Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAB 4 : KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

4.2 Unsur, Sebatian dan Campuran



1) Unsur
Ialah bahan yang paling ringkas dan bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja.
Tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas.
Zarah-zarah yang membentuk unsur mungkin ialah atom-atom atau molekul-molekul.
Contoh-contoh unsur : besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon dan kuprum.
a) Logam besi terdiri daripada atom-atom besi sahaja.
b) Oksigen terdiri daripada molekul-molekul oksigen. Setiap molekul oksigen terbina
daripada gabungan dua atom oksigen yang serupa.
c) Sulfur terdiri daripada molekul-molekul sulfur. Setiap molekul sulfur terbina
daripada lapan atom sulfur yang serupa.
Terbahagi kepada dua kumpulan : unsur logam dan unsur bukan logam.
UNSUR LOGAM UNSUR BUKAN LOGAM
a) Perak
b) Besi
c) Kuprum
d) Plumbum
e) Emas
f) Merkuri
g) Aluminium
h) Timah
a) Karbon
b) Hidrogen
c) Argon
d) Iodin
e) Sulfur
f) Oksigen
g) Klorin
h) Nitrogen
1
SIFAT-SIFAT LOGAM SIFAT-SIFAT BUKAN LOGAM
Mempunyai permukaan yang berkilau.
Boleh ditempa, iaitu dapat dibengkok
atau diketuk menjadi bentuk tertentu.
Bersifat mulur, iaitu dapat ditarik
menjadi dawai.
Konduktor elektrik yang baik.
Konduktor haba yang baik.
Mempunyai takat lebur dan takat didih
yang tinggi.
Wujud sebagai pepejal (kecuali merkuri)
Mempunyai permukaan yang pudar
Bersifat rapuh dan tidak boleh ditempa
Tidak mulur
Tidak dapat mengkonduksikan elektrik
(kecuali karbon)
Penebat haba yang baik
Mempunyai takat lebur dan takat didih
yang rendah
Wujud sebagai pepejal, cecair atau gas
2) Sebatian
Ialah bahan yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih unsur akibat tindak balas
kimia
Sifat sebatian adalah jauh berbeza daripada sifat unsur-unsur yang membentuknya
Contoh : air ialah sebatian yang terbentuk daripada gabungan hidrogen dan oksigen
secara kimia
Jadi air tidak lagi mempunyai sifat-sifat oksigen atau sifat-sifat hidrogen
hidrogen oksigen air
Oksigen
Hidrogen
Hidrogen 2
2) Sebatian
Contoh-contoh sebatian dan unsur-unsur yang membentuknya:-
a) Garam biasa (natrium klorida) : gabungan natrium dan klorin
b) Kapur tulis (kalsium karbonat) : gabungan kalsium, karbon dan oksigen
c) Politena (sejenis plastik) : gabungan karbon dan hidrogen
d) Gula : gabungan karbon, hidrogen dan oksigen
3) Campuran
Ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur
secara fizikal sahaja
Tiada ikatan kimia antara komposisi-komposisi yang membentuk campuran. Oleh itu,
komponen-komponen campuran ini boleh diasingkan dengan mudah secara fizikal
Antara kaedah mengasingkan komponen-komponen dalam campuran secara fizikal ialah
penurasan, penyulingan dan penyejatan
Contoh campuran:-
a) Udara : campuran gas nitrogen, karbon dioksida, oksigen, gas nadir dan wap air
b) Air mineral : campuran air dengan pelbagai jenis garam mineral seperti garam
kalsium, magnesium, kalium dan natrium
c) Air kopi : campuran yang terdiri daripada air, susu, gula dan serbuk kopi
d) Air laut : mengandungi air dan garam terlarut seperti kalsium dan magnesium
e) Tanah : mengandungi butir-butir tanah, humus, air dan udara
f) Petroleum : mengandungi pelbagai sebatian karbon yang dipanggil hidrokarbon
3
4
Pengasingan Komponen dalam Campuran
a) Penurasan














Untuk mengasingkan campuran pepejal dan
cecair.
Contoh : campuran pasir dan air
b) Mengayak














Untuk mengasingkan campuran bahan
pepejal yang berbeza saiz.
Contoh : campuran tepung dan pasir




5
c) Pengekstrakan















Untuk mengasingkan bahan cecair yang
tidak bercampur dan mempunyai
ketumpatan yang berbeza
Contoh : campuran minyak dan air
d) Menggunakan magnet















Untuk mengasingkan bahan yang boleh
ditarik dengan menggunakan magnet
daripada suatu campuran
Contoh : campuran serbuk besi dan
serbuk sulfur
6
e) Penyulingan















Untuk mendapatkan air suling daripada
larutan yang mengandungi bahan terlarut
Contoh : campuran garam
f) Penyejatan















Untuk mendapatkan bahan yang terlarut
dalam air
Contoh : campuran air dan garam
7
Perbandingan antara Sebatian dan Campuran
Aspek Sebatian Campuran
Kaedah pembentukan Dengan tindak balas kimia Dengan tindak balas fizikal
Pembentukan bahan
baharu
Ya Tidak
Sifat-sifat asal bahan
baharu
Bahan baharu mempunyai
sifat-sifat yang berbeza
Setiap campuran
mengekalkan sifat-sifat asal
Pengasingan bahan Hanya boleh diasingkan
dengan tindak balas kimia
(contoh : elektrolisis)
Boleh diasingkan dengan
tindak balas kimia
Kombinasi Unsur dalam sebatian
mempunyai nisbah yang
tetap
Unsur dalam sebatian tidak
mempunyai nisbah yang
tetap
Perubahan tenaga Haba diserap atau
dibebaskan
Tiada haba diserap atau
dibebaskan
8
4.3 Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia
Air
Melarutkan dan membawa nutrien
dan bahan buangan dalam badan
Menetapkan suhu badan
Mengawal kepekatan darah
Medium bagi proses kimia dan
metabolisme berlaku
Udara
Mengandungi oksigen yang
berguna untuk pernafasan dan
percambahan
Mengandungi karbon dioksida
yang diperlukan untuk
fotosintesis
Oksigen dalam udara
diperlukan untuk pembakaran
bahan api
9
Hidupan
Medium bagi proses
kimia dan
metabolisme berlaku
Tanah
Mengandungi air dan mineral
yang berguna untuk
pertumbuhan tumbuhan
Merupakan habitat bagi semua
organisma hidup
Bahan api
fosil
Membekalkan tenaga untuk
kegunaan rumah, industri,
kenderaan dan stesen kuasa
untuk menjana elektrik
Mineral
Berguna bagi pertumbuhan
manusia, haiwan dan tumbuhan
yang sihat
10
Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi

Pemeliharaan sumber ialah tindakan melindungi sumber-sumber tersebut supaya dapat
mengekalkan keadaan semulajadinya.
Pemuliharaan sumber ialah cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam
untuk mengelakkan kerugian, kerosakan dan pembaziran.
Air
Kurangkan penerokaan hutan yang
merupakan kawasan tadahan air
Tidak membuang sampah sarap ke dalam
longkang, sungai, tasik atau laut
Kawal pembuangan sisa kilang dan sisa
pertanian ke dalam air
Jimatkan penggunaan air di rumah
11
Udara
Jangan lakukan pembakaran secara terbuka
Pasang penapis pada cerobong asap kilang
Ganti bahan api fosil dengan sumber tenaga
alternatif seperti biojisim, angin, suria, air
dan sebagainya
Galakkan penggunaan pengangkutan awam
12
Tanah
dan
Hidupan
Tebang pokok yang tua sahaja
Tanam semula pokok
Tanam tanaman tutup bumi
Mineral
dan Bahan
Api Fosil
Kurangkan penggunaan bahan api fosil
Guna sumber tenaga alternatif

You might also like