Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1. Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) 4.

1 Pengenalan Secara amnya, senarai kuantiti adalah


satu dokumen yang mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang
disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan
serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas yang dibahagikan kepada beberapa
ruang, iaitu ruang untuk keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang
untuk jumlah harga. Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu untuk
mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengalakkan
kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor, arkitek dan jurutera juruukur bahan
menyediakan senarai kuantiti jurutera,
2. berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement - SMM). SMM
adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan peneranganpenerangan mengenai cara
mengambil ukuran, menulis huraian dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi kerja bangunan
digunakan SMM kerja bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam digunakan SMM
untuk kerja kejuruteraan. 4.2 Maksud Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item
binaan diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan ke dalam kertas khas. Ukuran-
ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk mendapat kuantiti dalam unityang
ditetapkan. Ianya adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan rumah
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 yang mengandungi senarai barang keperluan
berserta dengan kuantiti masing-masing. Setelah senarai tersebut disediakan, kadar harga bagi
setiap barang-barang perlu dimasukkan untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan
rumah.
3. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Perkara Beras Tepung gandum gula Minyak
masak Bawang merah Bawang putih Bawang besar Cili kering halia Kunyit Lengkuas Serai Cili
hidup Kicap Sos tomato Sos cili Susu pekat Susu tepung Unit kg Kg Kuantiti 50 20 Harga 1.10 0.75
RM 55.00 15.00 Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Kg Botol Botol Botol Tin Kg 10 10 2 1 3 2 1 1 1 1 1
3 3 3 6 3 1.50 1.20 2.00 3.00 3.50 2.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 1.75 1.95 1.75 1.50 2.00 15.00
12.00 4.00 3.00 10.00 4.00 0.80 0.70 0.60 0.80 2.50 5.25 5.85 5.25 9.00 30.00 Jumlah 178.75
Jadual 4.2.1 : Contoh senarai barang-barang keperluan yang biasa disediakan pada setiap akhir
bulan. Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk mendapatkan
jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat senarai kuantiti yang lengkap boleh
dirujuk pada jadual 4.2.2. Dalam rajah memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan
senarai kuantiti, iaitu huraian bagi item binaan dan kuantiti. Huraian sesuatu kerja perlu ditulis
dengan penuh dan jelas supaya dapat menggambarkan kerja yang sebenar. Kuantitinya
diberikan dengan tepat dalam unit-unit yang mudah. Dalam perkataan lain, senarai kunatiti
merupakan perkataan dan bilangan mengenai sesuatu bentuk binaan.
4. Kadar No Huraian Unit RM SENARAI LUAR NO Sen 6-DINDING Untuk huraian bagi bahanbahan
dan mutu kerja yang digunakan bagi senarai ini, lihat Bahagian B - Bahan-bahan, mutu Kerja
dan Awalan kepada semua Tukangan a. Konkrit tetulang Gred 25-20mm M3 egregat seperti
dihuraikan didalam tiang pengukuh. b. 30 TETULANG ROD KELULI SEDERHANA seperti yang
dihuraikan c. Rod 12 mm garis pusat didalam tiang pengukuh. Kg 412 Kg 152 Kotak bentuk kayu
tak berketam M2 13mm tebal pada sisi tiang pengukuh. 288 Rod 8 mm pengikat. ditto sebagai d.
KERJA BATA DARIPADA BATA BIASA DENGAN TURAP BERTOLOK seperti yang telah dihuraikan e.
Dinding bata setebal setengah M2 bata diikat dengan tetulang anyaman seperti yang telah
dihuraikan. Jumlah Kuantiti 355 Jadual 4.2.2 : Jadual senarai kuantiti yang lengkap RM Sen
5. 4.3 Kegunaan Senarai Kuantiti a) Untuk memperlawa tender Merupakan kegunaan utama
senarai kuantiti. Tujuan mempelawa tender adalah untuk memilih kontraktor yang layak untuk
melaksanakan sesuatu projek yamg dicadangkan. Kontraktor akan dipelawa untuk membuat
tender bagi sesuatu projek yang dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender, terlebih
dahulu penender-penender perlu mengisi kadar harga kepada kuantiti item binaan yang
terdapat didalam senarai kuantiti. Seterusnya mereka akan membuatpendaraban bagi
mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi projek yang dicadangkan. Senarai kuantiti
yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada Juru Ukur bahan untuk membuat penilaian dan
pemilihan berdasarkan kepada harga-harga tender yang dikemukakan. b) Untuk menyediakan
bayaran kemajuan Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan menyediakan Sijil
Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran Kemajuan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Untuk
menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai kerja-kerja yang telah disiapkan oleh
kontraktor dari semasa ke semasa. Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan
akan melawat tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan kerja-kerja yang telah
disiapkan. Berpandukan rekod tersebut, jurukur bahan boleh mengenal pasti dan mengeluarkan
kuantiti dan harga bagi item-item binaan yang telah disiapkan dari senarai kuantiti. Kemudian
dengan mencampurkan harga-harga tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan dalam Sijil
bayaran kemajuan akan diperolehi.
6. c) Untuk menilai pindaan kerja Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan
kerja, jurukur bahan akan menilai kerja-kerja yang terlibat bagi menentukan perbezaan kos
antara kerja asal dan kerja pindaan. Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti
kerana semua butir mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga bagi kerja asal boleh
didapati didalamnya. Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan kadar harga
daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada yang asal atau yang diwajarkan, akan
dimasukkan kepada kuantiti kerja-kerja pindaan dan kemudiaa pengiraan akan dibuat. d) Untuk
memesan dan membeli bahan-bahan Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi
sesuatu item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah kuantiti kerja seperti yang telah
siap dibina. Untuk tujuan memesan dan membeli bahan binaan, kuantiti bahan-bahan yang
diperlukan boleh didapati dengan menganalisis kuantiti item binaan yang terdapat dalam
senarai kuantiti.
7. 4.4 Jenis-jenis Senarai Kuantiti Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik
dan mudah difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah difahami, biasa
item binaan dihuraikan dibawah tajuk-tajuk yang berkaitan dengan binaan bangunan, tukang
atau operasi. Cara item binaan itu dihuraikan menentukan jenis senarai kuantiti. Jenis-jenis
senarai kuantiti yang biasa didapati adalah seperti berikut : a. Senarai Kuantiti mengikut tukang
Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut tukang yang membuat atau
mengerjakan binaan tersebut. Cara ini merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah
pengukuran setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu tukangan itu
disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu. Contoh : Item binaan seperti tingkap dan pintu
kayu , daun pintu kayu, dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu. Disenaraikan dibawah
tajuk tukang tanggam. Item binaan seperti dinding bata, tiang bata dan lantai bata disenaraikan
dibawah tajuk tukang bata. Berikut adalah antara senarai tajuk-tajuk tukang yang ada dalam
kerja binaan: Tukang konkrit Tukang gali Tukang kayu Tukang bumbung Tukang Lepa
8. b. Senarai kuantiti mengikut elemen Item-item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau
elemen bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu disenaraikan
dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu. Contoh : Elemen Rangka Elemen Bumbung
Item binaan seperti kekuda, gelegar bumbung, perabung, genting, papan tumpu kasau dan lapis
kalis tiris. Item binaan seperti tiang, rasuk lantai, rasuk bumbung, lantai atas, acuan untuk tiang
dan rasuk serta tetulang untuk tiang, rasuk dan lantai. Secara amnya pecahan-pecahan elemen
adalah seperti berikut : a) Elemen cerucuk b) Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai c)
Elemen rangka Elemen bumbung d) Elemen tangga e) Elemen dinding luar f) Elemen pintu dan
tingkap luar g) Elemen pintu dan dinding dalam dan lain lain.
9. c. Senarai Kuantiti Penunjuk Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang
biasanya mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan serta kuantiti, jadi kadang-
kadang lokasi sebahagian daripada item binaan yang disenaraikan tidak dapat dipastikan
walaupun dengan merujuk pada lukisan yang lengkap. Untuk mengatasi masalah ini, nota-nota
yang menunjukkan lokasi yang dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam senarai
kuantiti penunjuk. d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek
binaan dipecahkan mengikut operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasarkan analisis
rangkaian kerja yang menunjukkan operasi-operasi penting. Penyediaan senarai kuantiti ini
melibatkan pelencongan dari kaedah pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji
disenaraikan sebagai suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara bahan binaan yang
diperlukan bagi tiap-tiap operasi itu disenaraikan secara berasingan. e. Senarai Kuantiti
Peruntukan Kadang-kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera tidak sempat
menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang membolehkan jurukur bahan menyediakan
senarai kuantiti yang tepat sebelum tender dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur
bahan akan menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan. Kuantiti-kuantiti yang terdapat dalam
senarai kuantiti jenis ini ialah kuantiti kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja
sebenar telah dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran semula di tapak bagi
mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya membuat penilaian yang sewajarnya.
10. 4.5 Proses Pengukuran dan Unit-unit Pengukuran Kuantiti a) Proses Pengukuran / Penyediaan
Senarai Kuantiti i. Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji berkaitan rekabentuk,
saiz, bahan binaan, sekil lukisandan lain-lain.Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau
pengukuran semula pengukuran boleh dilakukan berdasarkan rekodrekod kerja ditapak bina
atau diukur dari kerja yang telah disiapkan. ii. Pengukuran / taking off ialah proses dimana
dimensidiukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan diataskertas khas dinamakan kertas
dimensi. iii. Working-up ialah proses mendarab (squaring) dimensi,mencampur dan menukar
dimensi kepada unitunitukuran (billing). iv. Draf senarai kuantiti sebelumditaip mengikut
ataupertukaran. disediakan dan pecahan elemen disunting bangunan b) Unit-unit Pengukuran
Kuantiti Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti melibatkan
pengukuran kuantiti item-item binaan yang terlibat. Berpandukan unit-unit pengukuran tertentu
kuantiti item binaan dapat dikira. Unit-unit pengukuran ini telah ditetapkan di dalam Kaedah
Pengukuran Setara. Unit-unit berikut adalah digunakan didalam menyatakan kuantiti:
11. Ukuran Unit 1. Panjang Meter panjang ( ) 2. Luas Meter persegi ( ) 3. Isipadu Meter padu ( ) 4.
Berat Kilogram (kg) 5. Bilangan Nombor (no) 6. Mata benda kerja yang Item tidak dapat diukur
dengan manamana unit ukuran. Jadual 4.5 (b)(i) : Unit-unit Pengukuran Kuantiti Proses
pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu, salah satunya adalah Borang
Dimensi. Rajah 4.5(b)(ii) menunjukkan kaedah bagaimana ukuran yang diambil dicatitkan di
dalam Borang Dimensi.
12. Unit Panjang (meter) 0.92 Cuma satu ukuran sahaja yang perlu diambil dan dicatatkan. Di bawah
tiap- tiap ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan suatu garis pemisah Unit Luas (meter persegi)
0.90 2.45 Dua ukuran ( sepasang ) yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah tiap-tiap pasang
ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan satu garis pemisah. Unit Isipadu (meter padu) 0.15 0.23
3.00 Tiga ukuran yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah satu set ukuran itu dilukiskan satu
garis pemisah. Unit Bilangan (Nombor) 6 Cuma jumlah bilangan item binaan yang perlu
dicatatkan. Dibawah setiap bilangan dilukiskan satu garis pemisah Rajah 4.5(b)(ii) : Ukuran yang
diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi
13. 4.6 Borang Dimensi Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan ukuran
yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang berkaitan. Borang ini direka bentuk
mengikut keperluan British Standard 3327 : 1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada
dua bahagian dimana tiap bahagian mengandungi empat ruang. Rajah 4.6.1 : Contoh Borang
Dimensi
14. Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu. 1 2 1) 2) 3) 4) 3 4 1 2 3 4
Ruang Angkali(timesing column) Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban jika terdapat
lebih daripada satu butiran kerja diukur. Ruang Ukuran(dimension column) Ruang untuk
mencatatkan ukuran sebenar yang diukur atau diambil terus dari lukisan. Ruang Hasil
Kiraan(squaring column) Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka-angka diruang
pertama dan ruang kedua Ruang Keterangan(description column) Huraian bagi butiran kerja
yang diukur akan ditulis diruang ini. Contoh aplikasi penggunaan ruang angka, ruang ukuran dan
ruang hasil kira-kira dalam borang dimensi. Mencatatkan ukuran 2.00 1.00 0.50 1.00 Catatan ini
menunjukkan pengiraan seperti berikut : 2.00 1.00 0.50 = 1.00 Ukuran 2.00 adalah panjang,
1.00 adalah lebar dan 0.50 adalah dalam Mencatatkan bilangan Catatan ini menunjukkan
pengiraan seperti berikut : 2 2.00 1.00 0.50 2.00 2 2.00 1.00 0.50 = 2.00 Tanda ( / )
menunjukkan darab atau kali. Angka 2 dalam ruang angka menunjukkan terdapat tiga butiran
yang serupa.
15. Mencatatkan tambahan pada bilangan 2 1.00 1.00 0.50 2.00 Catatan ini menunjukkan pengiraan
seperti berikut : (2 + 3) (1.00 1.00 0.50) = 2.00 Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara nombor 2
dan 3 menunjukkan tambah. Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk
membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan seringkasnya.Ini merupakan
aspek pengukuran kuantiti yang paling susah dan memerlukan penguasaan pengetahuan teknik
yang mendalam. Secara amnya, perkara-perkara yang dimasukkan kedalam huraian bagi sesuatu
butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut : a) b) c) d) e) Nama item binaan yang diukur.
Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam bilangan, panjang atau luas) Jenis, kualiti
dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item
binaan tersebut. Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan dipasangkan di tempatnya.
16. Keterangan konkrit bertetulang gred 25 - 20mm batu - baur di dalam asas papak 3 1.20 1.45
0.30 3 1.20 1.45 0.30 1.50 Dalam 1.50 0.46 Keterangan ditulis bersebelahan atau atas sedikit
dari pada ukuran pertama yang dicatatkan. Ia ditulis semasa ukuran sesuatu butiran kerja itu di
ambil. Keterangan konkrit bertetulang Sekiranya pengiraan gred 25 - 20mm pendek atau ringkas
batu - baur di perlu dibuat bagi dalam asas pad mendapat sesuatu ukuran, mestilah dibuat di sisi
sebelah 0.775 kanan ruang F1a] 0.320 keterangan dan bukan di atas kertas 0.455 yang
berasingan. Pengiraan sisi membolehkan kita melihat bagaimana sesuatu ukuran itu didapati
dan dari mana puncanya.
17. Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a dengan membuat
pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah kanan ruang keterangan. Tanda kandungan
3 1.20 1.45 0.30 2 1.20 1.20 0.45 Konkrit bertetulang gred 25 20 mm batu baur di dalam asas
pad. Biasanya untuk satu butiran kerja beberapa set butiran terpaksa diambil. Kadang kadang
bilangan ukuran yang di ambil untuk sesuatu butiran kerja adalah banyak. Apabila dicatatkan
diatas borang dimensi, kita akan mendapat sebaris ukuran dibawah satu huraian ( rujuk sebelah
). 1.50 1.50 ` 0.30 Bagi menunjukkan ssesuatu baris ukuran itu adalah bagi satu item binaan
sahaja, maka satu garis kandungan menegak dilukiskan dari atas baris pertama huraian hingga
ke ukuran yang terakhir. 3.20 2.10 Lepaan setebal 20 mm daripada simen dan pasir (1:3) seperti
yang dihuraikan Selain itu, garis kandungan boleh juga digunakan untuk membezakan satu item
binaan dengan item binaan yang lain,sekiranya terdapat terdapat lebih daripada satu item
binaan yang diukur dalam satu muka surat.
18. 4.7 Huruf Khas Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan. Ia
bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan konkrit boleh ditulis
sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis sebagai pjg. Penggunaan huruf ringkas
ini hanya digalakkan untuk perkataan yang mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja.
PerkataanDitto 1.20 1.45 `1.50 1.20 1.45 1.10 Korekan untuk asas papak tidak melebihi 1.50m
dalam, keluarkan dan sebahagiandaripada bahan korekan digunakanuntuk
meninmbus,dipadatkan dan diratakan,selebihnya diangkut dan dibuang ke tempat lain. Ditto
melebihi 1.50 m tetapi tidak melebihi 3.00 m Kadang kadang huraian bagi satu item binaan
adalah sama dengan huraian item binaan yang sebelumya. Dalam hal ini huraian tidak perlu
ditulis sekali lagi. Bagi menjimatkan perkataan ditto yang bermakna sama seperti di atas boleh
digunakan ( Sila rujuk contoh disebelah ). Perkataan ditto hanya boleh digunakan jika huraian
yang sama ditulis dalam ruangan yang sama dalam satu halaman. Perkataan ditto tidak boleh
digunakan jika huraian tersebut ditulis dalam ruangan yang lain tetapi di halaman yang sama.
Dalam keadaan ini gunakan ayat seperti telah dihurakan.Tiap halaman baru mesti dimulakan
dengan huraian penuh. Perkataan ditto dan seperti telah dihuraikan tidak boleh digunakan
sebab belum ada huraian yang boleh dirujuk
19. 4.8 Kaedah Pengukuran Kuantiti 1.50 5000 2500 Dalam amalan biasa, ukuran panjang dicatatkan
di atas sekali, ukuran lebar selepas atau dibawah ukuran panjang dan diikuti akhirnya dengan
ukuran tebal , tinggi atau dalam. 3000 5500 Rajah 4.8.1 : ukuran yang diambil Ukuran bagi rajah
A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah : 5.50 2.50 Ukuran-ukuran yang
dicatatkan ini menunjukkan 5.55 ialah ukuran panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar Ukuran bagi
rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut : 3.00 5.00 1.50 Ukuran-ukuran yang
dicatatkan ini menunjukkan 3.00 ialah ukuran panjang, 5.00 ialah ukuran lebar dan 1.50 ialah
ukuran dalam, tinggi atau lebar.
20. Mencari Isipadu 1.20 1.45 0.30 Konkrit tetulang Gred 25 20mm batu baur di dalam asas papak.
Merujuk jadual ketiga-tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam dicatatkan di dalam ruangan
ukuran. Manakala dalam ruangan tidak perlu dicatatkan apaapa dimensi lagi. Contoh item
binaan yang dikira dalam unit isipadu adalah: a. Kerja Korekan seperti korekan untuk asas papak
dan rasuk tanah. b. kerja korekan seperti kerja konkrit untuk asas papak, tiang asas dan rasuk
tanah. Pengukuran isipadu untuk dua butiran kerja diatas bergantung kepada
kedalaman/ketebalan.seki ranya kedalamannya kurang daripada 300mm, maka pengukurannya
dalam unit luas (berdasarkan kepada Kaedah Pengukuran Setara)
21. Mencari Luas 3.20 2.10 20mm Tebal lepaan simen dan pasir di atas lantai konkrit. Merujuk
jadual item binaan yang diukur dalam persegi, dua dimensi iaitu panjang dan lebar dicatatkan
dalam ruangan ukuran, manakala dimensi untuk tebal dicatatkan bersama keterangan di dalam
ruangan keterangan. Contoh item binaan yang dikira dalam unit luas adalah : a. kerja korekan
seperti korekan pembersihan permukaan b. kerja acuan seperti kerja acuan untuk sisi asas
papak, sisi tiang asas dan sisi rasuk tanah. c. konkrit pemarasan seperti konkrit pemarasan
dibawah asas papak dan rasuk tanah.
22. Mencari Panjang 2.40 3.50 100 50mm tebal kayu bergergaji yang diawet untuk kasau
bumbung. Bagi item binaan yang unit ukurannya adalah panjang, ukuran panjang sahaja perlu
dicatatkan di dalam ruang ukuran, manakala ukuran lebar dan tebal/tinggi/dalam dinyatakan
dalam huraian dalam ruangan huraian. Bagi item binaan yang mempunyai dua dimensi (panjang
dan garis pusat sahaja) seperti besi tetulang dimensi yang perlu dicatatkan dalam ruangan
keterangan hanyalah garis pusat sahaja
23. 2 ITEM 2 MencariBilangan 100mm 100mm 12mm Tebal plat kaki daripada keluli lembut
mengikut B.S 15 Mengukur Item Membenarkan untuk penyediaan semua peralatan yang
diperlukan oleh cerucuk, loji, alat dan peralatan sampingan dan kenderaan mereka ke tapak,
pengendalian, pemasangan, mendirikan dan rombakan dan penyingkiran dari tapak selepas
selesai operasi cerucuk. Bagi item binaan yang unit ukurannya ialah bilangan, huraiannya
mestilah mengandungi ukuran-ukuran panjang, lebar dan tebal, tinggi atau dalam. Dalam ruang
ukuran hanya perlu dicatatkan bilangan atau nombor butiran yang diukur. Unit item digunakan
untuk mengukur item-item binaan yang tidak dapat ditentukan kuantitinya menggunakan unit-
unit ukuran seperti isipadu, luas, panjang atau bilangan diperingkat pengukuran. Penggunaan
unit item biasanya untuk kerja-kerja cerucuk dan juga kerjakerja pembersihan tapak.
24. 4.9 Kesimpulan Kerja-kerja pengukuran kuantiti adalah asas yang penting untuk menyediakan
senarai kuantiti, di samping untuk menyediakan anggaran kasar kos pembinaan sesebuah projek
binaan.Pengukuran kuantiti merupakan asas yang sangat penting bagi setiap pelajar jurusan
ukur bahan sebelum mempelajari sesuatu yang lain. Pelajar juga harus memahami tentang
kaedah mengambil ukuran dengan betul

You might also like