Isu Perpaduan Kaum Merupakan Satu Usaha Berterusan Yang Perlu Dipikul Dan Dijunjung Bersama

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama

oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab
itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali.
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka
lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar
telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin
dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.
1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan
ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah
'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'.
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia
(MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh
dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat
patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk
membolehkan Malaysia mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan
pingat emas pertama Malaysia.

You might also like