Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REKREASI MATEMATIK: KOTAK BERACUN

TOPIK: PERATUSAN
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1) 1 KOTAK
2) 20 KEPING KAD
3) 1 CD PLAYER
4) KERTAS KAJANG
TUGASAN PELAJAR
Ketika aktiviti dijalankan, semua pelajar akan mendapat sehelai kertas kajang.
Semua pelajar dikehendaki menulis setiap soalan yang diperoleh oleh pelajar
semasa aktiviti berjalan. Semua pelajar akan mencatat setiap soalan dan jawapan di
atas helaian tersebut.
ARAHAN PERMAINAN KOTAK BERACUN
1. Pelajar terbahagi kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan menerima sehelai
kertas kajang.
2. Pelajar perlu duduk dalam satu bulatan dan guru memastikan pelajar akan
duduk di antara kumpulan lain. Sebagai contoh, pelajar daripada kumpulan A
akan duduk di antara dua orang pelajar daripada kumpulan B dan C.








3. Lagu akan dimainkan oleh guru dengan menggunakan CD Player. Apabila
lagu dimainkan, pelajar pertama akan menyerahkan kotak beracun kepada
pelajar kedua dan pelajar kedua akan menyerahkan kotak beracun kepada
pelajar ketiga dan seterusnya sehinggalah lagu diberhentikan.
4. Sebaik sahaja, lagu diberhentikan, pelajar yang memegang kotak beracun
tersebut akan mencabut satu kad daripada kotak tersebut.
A
A
B
C
a
A
B
C
a
B
a
C
a
A
B
a
C
5. Pelajar perlu menjawab soalan dan bagi jawapan yang betul akan mendapat
5 markah. Sekiranya, pelajar tidak dapat menjawab dengan betul, tiada
markah yang akan diberikan.
6. Kad yang telah dijawab akan dikeluarkan daripada kotak beracun.
Seterusnya, lagu akan dimainkan sehingga permainan ditamatkan.
7. Kumpulan yang mendapat jumlah markah yang paling tinggi dikira sebagai
pemenang.

PERSEDIAAN GURU
1. Guru perlu menyediakan 20 keping kad. Setiap kad mengandungi satu soalan
berkaitan peratusan.
2. Guru perlu menyediakan jawapan bagi setiap soalan.
3. Paling penting, kad tersebut perlu dilabelkan dengan nombor.
4. Nombor pada kad perlu sama dengan jawapan yang ada pada guru.

DISEDIAKAN OLEH:
1. Pn Azian binti Mohd Johari (SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, KL)
2. Pn Siti Hawa binti Kasmin (SMK Jelai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan)
3. Pn Wan Zanita binti Wan Nawi (SMK Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor)
4. Pn Zafirah binti Mohd Al Hafiz (SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan)
5. Pn Halimatusadiah binti Mohd Johari (SMK Dato Abu Bakar Baginda,
Sepang, Selangor)
6. Pn Suziana binti Mohd Nor (SMK Juasih, Negeri Sembilan)

You might also like