Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Konsep dan pelbagai makna integrasi

Makna integrasi ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan.


Dalam seni integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan terdapat
pelbagai bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang
telah digabungkan dalam satu untuk melahirkan keserasian.
Integrasi ialah apabila suatu perkara itu turut disatu padukan kepada
satu sama yang lain.
Dalam sesebuah negara, integrasi adalah lebih ke arah
mengintegrasikan kaum di antara kaum-kaum yang lain untuk dapat
disatukan.

Pengertian Integrasi
Psikologi - segala unsur perkembangan pelajar mengandungi aspek (JERIS)
yang berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
Sosiologi - perhubungan seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang
pelajar, dan antara pelajar dengan guru.
Pedagogi - kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran
dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus
untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah.

Isu dan cabaran integrasi
Cabaran dan Halangan Integrasi Nasional;
Perbezaan budaya dan agama
Sistem Pendidikan

Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Agenda Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Konsep Sekolah Wawasan
Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
Perkasakan bahasa Kebangsaan
Pupuk Kefahaman
Dasar Pelajaran kebangsaan
- keseragaman dari segi sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,
pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar.


Integrasi isi kandungan unit, pelbagai kemahiran, proses dan strategi
pelbagai mata pelajaran
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain
a) Seni Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis
b) Sejarah Sejarah Malaysia
c) Geografi Peta

Terdapat pelbagai jenis integrasi iaitu:
(a) Penggabungjalinan
Proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam
sesuatu mata pelajaran
iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan
Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam
aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca,
menulis dan mengira.

(c) Penerapan
satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan
gerak kerja kokurikulum.
i. Pendekatan implisit penerapan secara tidak langsung.
ii. Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan dan arahan
tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

(d) Pemulihan
Untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

(e) Pengayaan
Aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar
cerdas.
i. Berbentuk Pengukuhan
ii. Berbentuk Perkembangan lebih kompleks
iii. Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada

You might also like