Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEJARAH SEKOLAH

1) Logo Sekolah



i) Tiga bentuk bujur & abstrak potong bulan
Melambangkan semangat kerjasama antara guru dan pelajar dalam menunjukkan
pengembelengan tenaga antara guru dan pelajar di dalam mencapai kejayaan visi dan misi
pendidikan yang ditetapkan.
ii) Buku
Merupakan sumber ilmu di sekolah yang melambangkan tempat untuk menimba ilmu
pengetahuan.
iii) Warna :
Merah
Melambangkan keberanian dan tegas di dalam menghadapi cabaran dan perubahan dalam
arena pendidikan secara positif.
Kuning :
Melambangkan cahaya pendidikan yang menyinari kehidupan secara berterusan dan
melambangkan keunggulan pendidikan dalam kehidupan.
Biru :
Melambangkan perpaduan yang harmonis di dalam institusi dan masyarakat.
Putih :
Melambangkan kesucian rohani dan jalinan yang melahirkan keikhlasan, kejujuran dan sifat-
sifat terpuji di dalam segala aktiviti pelajar dan guru.
2) Cogan kata





3) SEJARAH SEKOLAH
3.1 LOKASI / KEDUDUKAN
Sekolah ini terletak di kawasan Taman Tampoi Utama dan Taman Tampoi Indah.
Jaraknya lebih kurang 13 km dari pusat bandar Johor Bahru, 3 km dari Skudai dan 5 km dari
susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan . Berhadapan dengan Kemayan City dan
berhampiran KIPMART. Sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Sekolah
Kebangsaan Perumahan Tampoi (1), Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Sekolah
Kebangsaan Kampung Pasir, Sekolah Kebangsaan Sri Perling (2), Sekolah Kebangsaan Taman
Perling, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo-
Kuang (2).
Laluan masuk ke sekolah ini dengan menyusur keluar lebuhraya Skudai ke Taman
Tampoi Indah (berhampiran stesen minyak Shell Taman Tampoi Indah) atau melalui Taman
Perling dan berpandukan papan tanda Taman Tampoi Indah.

3.2 MAKLUMAT PELAJAR
Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1) merupakan feeder school bagi sekolah ini.
Manakala tiga (3) buah sekolah berhampiran telah memindahkan pelajarnya ke Sekolah Kebangsaan
Taman Tampoi Utama. Sekolah-sekolah tersebut ialah
- Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir
- Sekolah Kebangsaan Taman Perling 1
- Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2
Seramai 280 orang murid dari ketiga-tiga buah sekolah tersebut telah disenaraikan untuk di
tempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama dan telah mendaftar pada 11 Jun, 2004
(Jumaat). Penempatan pelajar ini adalah dari Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja.
Tinjauan dan bancian telah dibuat di beberapa buah sekolah yang berhampiran bagi penempatan
pelajar ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama.

Tekun Tabah Usaha

3.3 Taman Perumahan Pelajar Yang Berhampiran Dengan Sekolah Kebangsaan Taman
Tampoi Utama

Taman Tampoi Utama
Taman Tampoi Indah
Pangsapuri Villa Rose
Pangsapuri Sri Kenari
Pangsapuri Sri Wangi
Pangsapuri Lily Jasmine
Rumah Pangsa Sri Indah
River Ria Cond. Villa Beach

3.4 PERASMI PENGOPERASIAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAMPOI UTAMA

Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama telah dirasmikan oleh Encik Mohamed bin Mohd. Nasir,
wakil Pengarah Pelajaran Johor pada 14 Jun 2004 (Isnin).





























LAGU SEKOLAH

Sekolah Tampoi Utama
Sekolah yang kucinta
Jadi tumpuan seluruh warga
Untuk mencapai cita

Tekun Tabah Usaha
Itulah amalan kita
Hormati guru ibubapa
Jadi insan mulia

Disini kami berjanji
Menyemai Ilmu yang murni
Menggapai wawasan suci
Untuk ibu pertiwi

Disini kami berdiri
Jasamu pahat dihati
Bersatu bangsa sejati

You might also like