Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Bengkel Menjawab Soalan UPSR

ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum wa Rahmatulahi wabarakatuh

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang berusaha , Puan Roslina Binti Mahari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (1)
Petaling Jaya,
Yang berbahagia __________________________________________________
Puan Lee Suet Leng,Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Fadzli Bin Maswan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Cik Norzamzila Bt Mat, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
barisan guru-guru, seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan Inayah Nya, kita dapat berkumpul pada petang yang berbahagia ini
dalam majlis ilmu iaitu bengkal menjawab soalan UPSR _______________________

DOA
Teratak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini,marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh __________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________
atas bacaan doa itu tadi.

PENYAMPAIAN CERAMAH
Kini, tibalah kita ke acara kemuncak bengkel menjawab soalan UPSR
________________ pada petang ini iaitu ceramah yang akan disampaikan oleh
penceramah jemputan kita.

Untuk itu, izinkan saya membacakan sedikit biodata penceramah jemputan kita pada
petang ini.



Majlis diteruskan dengan menjemput _________________________________ untuk
menyampaikan ___________________________ .Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________________
atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharapkan agar semua murid
dapat memahami dan menguasai input penting yang telah disampaikan oleh beliau
sekaligus dapat dipraktikkan semasa menjawab soalan UPSR nanti InsyaALLAH

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
____________________________________ untuk menyampaikan cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan kepada penceramah jemputan kita pada petang ini.
Untuk itu dipersilakan, _____________________________ untuk menerima
cenderamata daripada pihak sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________ di atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

PENUTUP
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah
bengkel menjawab soalan UPSR ________________________ kita pada petang ini.
Saya bagi pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih di atas kesudian _________________________ melapangkan masa bagi
menjayakan majlis pada petang ini. Dikesempatan ini juga, saya memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like