Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

__________________________________________________________

SGDG1023 SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SEMESTER (A132) SESI 2013/2014
__________________________________________________________

BAB 4: MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH



DISEDIAKAN OLEH:
NORHAFIZI BIN NORDIN
816370


DISEDIAKAN UNTUK:
PM. DR. ZAHYAH HANAFI


TARIKH:
5 April 2014



1

BAB 4:
SOALAN 2
Sekolah- sekolah rendah pada masa ini yang masih menggunakan pengantar selain daripada
Bahasa Melayu dikatakan tidak mendukung semangat kebangsaan yang cuba menyatupadukan
semua kaum di Negara ini. Adakah anda setuju dengan pendapat ini. Berikan hujah anda.

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik,bahasa
dan budaya. Terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Isu perpaduan
dan integrasi merupakan satu perkara yang amat penting dalam proses pembangunan Negara
Malaysia. Malaysia terbahagi kepada 13 buah negeri, tiga wilayah persekutuan, Sabah dan
Sarawak. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi setiap bangsa di Malaysia
Sebelum kemerdekaan, sistem pendidikan bermula dengan pihak British
memperkenalkan sistem pendidikan yang beteraskan kepada kaum dan status ( Azizah, 2011).
Terdapat tiga jenis sekolah utama iaitu sekolah pendidikan English, Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Bahasa pengantar yang digunakan bagi sekolah-
sekolah ini adalah berdasarkan kepada bahasa ibunda kaum masing-masing. Sehubung dengan
itu, bahasa melayu tidak lagi dijadikan sebagai bahasa pengantar utam dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Setiap sekolah akan menggunakan bahasa ibunda masing- masing
dan matlamat perpaduan akan menjadi lebih sukar untuk dicapai.

2

Namun begitu, Semenjak sebelum merdeka, pendidikan telah dijadikan tunggak untuk
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak
1956.
"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, perenggan12, 1956)

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan bagi Negara
Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa itu sangat jelas di sisi perlembagaan.
Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Fakta ini tidak dapat disangkal atau dipertikaikan atau
dipersoalkan oleh sesiapa pun mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai kebangsaan negara.
Oleh itu, semua warga Malaysia harus menghormati dan mempertahankan bahasa Melayu kerana
bahasa itu adalah bahasa kebangsaan bagi seluruh rakyat Malaysia.
Dalam peredaran masa kini, pelbagai isu mengenai Bahasa Melayu telah dibangkitkan,
isu yang mana akan mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isu
yang sering dihaskan adalah isu penggunaan bahasa melayu dalm pembelajaran dan pengajaran
dan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu dalam

3

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat
sekolah rendah. Menurut penulis Zamri Mahamod (2006) Dasar pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia sejak tahun 2003 ini merupakan satu perubahan dalam sistem pendidikan
negara.
Perlaksanaan dasar ini mendapat pelbagai respon daripada masyarakat Malaysia. Sebagai
contoh, dari keratan akhbar Berita Harian (2008), satu jawatankuasa telah ditubuh bagi menuntut
supaya Menghentikan Dasar PPSMI di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta.
Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (JKBI). Jawatankuasa JKBI yang
terdiri daripada 7 organisasi dari Johor menghantarkan memorandum kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menuntut supaya menghentikan Dasar PPSMI di peringkat sekolah
rendah dengan serta-merta. Wakil JKBI yang hadir dalam penghantaran memorandum termasuk
Sdr Nyam Kee Han, Sdri Cheah Yin Hong dan Sdri See Siew Min. Mengikut keputusan soal
selidik yang telah dijalankan, 84.3% daripada pelajar mengharapkan soalan dalam UPSR
dikeluarkan dalam Bahasa Ibunda. Berita Harian (2008).






4


BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PENYATUAN NASIONAL
Bahasa adalah medium yang boleh digunakan bagi pelbagai tujuan. Ia boleh digunakan
untuk mmenerangkan sesuatu budaya dan menjadi alat untuk membentuk semangat kebangsaan.
Ia juga adalah sumber penyatuan nasional. Pada zaman purba, China menggunakan sistem tulisan
bagi menyatukan rakyatnya daripada pelbagai suku yang menuturkan bahasa yang tidak sama.
Pada zaman moden pula, bahasa Jerman dan Itali digunakan untuk tujuan penyatuan di Jerman
dan Itali. Indonesia menggunakan bahasa Indonesia untuk tujuan ini.
Dalam semua kes ini, bahasa didapati memang berjaya mendukung peranan murni ini.
Oleh itu, bahasa yang digunakan haruslah dapat difahami oleh semua golongan bangsa dalam
sesebuah Negara. Lazimnya dalam hal ini, hanya satu bahasa digunakan dan saluran pentingnya
adalah pendidikan. Sehubungan ini, melalui Laporan Pendidikan Razak yang diperkenal pada
1956 dan kemudian termaktub dalam Akta Pendidikan 1961, tujuan utama sistem pendidikan ini
adalah untuk menyatukan semua kaum dengan menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu,
melalui penggunaan kurikulum yang sama. Ia masih menjadi tujuan dasar pendidikan negara
sehingga ke hari ini.
Walaupun begitu, untuk memenuhi kehendak sesuatu kaum yang berhak memperoleh
pendidikan dalam bahasa ibundanya, sistem pendidikan kita dari awal lagi hingga kini, tidak
bersifat satu aliran, yakni menggunakan bahasa Melayu, seperti dicadangkan itu. Sebaliknya, ia
terdiri beberapa aliran yang setiap satunya menggunakan bahasa berlainan sebagai bahasa
pengantar, terutama pada pendidikan sekolah rendah. Dengan ini, bahasa Melayu hanya boleh
mula digunakan sebagai alat penyatu pada pendidikan sekolah menengah saja.

5

Dengan sistem pelbagai aliran ini, proses penyatuan melalui penggunaan bahasa Melayu,
hanya bermula di sekolah menengah untuk sebahagian besar golongan muda, khususnya yang
menghadiri sekolah vernakular sebelum ini. Sudah tentu ini bukan cara terbaik untuk tujuan
penyatuan seperti dihasratkan oleh sistem pendidikan kita. Polarisasi kaum yang menjadi begitu
nyata melalui corak pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebenarnya
sudah lama wujud. Sebelum ini, ia diperkata sekali-sekala dan tidak pun dianggap sebagai
ancaman besar kepada keharmonian kaum di negara ini. Hakikatnya, masyarakat Malaysia tidak
pernah bersatu dalam erti kata sebenar-benarnya. Sebaliknya, yang wujud ialah pautan sosial
yang memperlihat hubungan etnik yang langsung tidak kukuh.
Pelbagai sebab boleh dihubungkaitkan dengan perkara ini. Antaranya sistem pendidikan
kita yang gagal menyatukan semua kaum melalui penggunaan bahasa yang dikongsi. Kegagalan
ini terletak pada keengganan sektor masyarakat tertentu, antaranya kaum Cina, untuk ikut
merealisasikannya agar menjadi kenyataan.
Sehubungan ini, banyak usaha untuk memanfaatkan kepelbagaian aliran pendidikan ini
untuk tujuan penyatuan, khususnya melalui bahasa Melayu, tidak diterima baik. Antaranya,
pengenalan subjek baru Malaysia Negaraku, bakal diajar sekali minggu selama 30 minit, kepada
murid Tahun Satu di semua aliran pendidikan, melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang
diperkenal pada 2011, Berita Harian (2013) . Ia yang dicadangkan disampaikan dalam bahasa
Melayu, tidak diterima. Sebaliknya ia akan diterima jika disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk penolakan ini, semuanya memperlihat kaum Cina
tidak bersedia untuk bersatu melalui penggunaan bahasa Melayu.

6

Penggunaan bahasa Melayu untuk mengajar subjek ini sudah tentu bertujuan integratif.
Selain boleh memupuk perasaan kebersamaan melalui kandungannya, bahasa Melayu yang
digunakan itu boleh ikut memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita.
Kedua-dua ini sebetulnya adalah sebahagian daripada semangat perpaduan yang amat penting
dalam sebuah negara majmuk.





7


KESIMPULAN
Secara jujur, perlu diakui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang
belum cukup mantap dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku,
melalui peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di
peringkat kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan
negara dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan
daripada bahasa ibunda kita sendiri. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' -
bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya.
Penyatuan nasional yang kini akan menjadi agenda utama negara, untuk mempertingkat
perpaduan kaum, perlu banyak membabitkan bahasa Melayu selaku bahasa negara, khususnya
dalam peranannya sebagai bahasa kebangsaan. Melalui peranan ini, bahasa Melayu hendaklah
diangkat semula untuk bukan saja mewakili setiap rakyat Malaysia. Tetapi yang lebih penting
lagi ia adalah hak milik kita semua dan aspek penting mengenai kerakyatan kita. Dengan ini, ia
wajar sekali dijadikan antara alat penyatuan nasional


8

Rujukan

Azizah Yaacoba, Noor Aziah Mohd Awala, Fazilah Idrisa, & Zaharah Hassana. (2011) The role
of the language of unity at higher education institution: Malaysian experience. Procedia
Social and Behavioral Sciences 15 (14571461)

Modul: Sekolah satu perspektif sosiologi. Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden.
UUM.

Suaram J.B. ( 2008, Ogos 5 ). Pelajar Sekolah Rendah: Kami mahukan Bahasa Ibunda Dalam
UPSR. Berita Harian .Retrieved from http://www.bharian.com.my

Teo Kok Seong. ( 2013, April 29 ). Bahasa Melayu Alat Penyatuan Bangsa. Berita Harian.
Retrieved from http://www.bharian.com.my

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2006) Strategi pembelajaran Bahasa Melayu pelajar
pelbagai etnik bukan Melayu. Journal pendidikan Universiti Malaya.

You might also like