Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Definisi PPBK

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang
menggunkakan teknik-teknik kepintaraan buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,
1989). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada
program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian
melalui terminal (Nik Azis, 1989)



PPBK juga dikenali sebagai:

a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika;

b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom

c) Computer Based Learning (CBL) negara negara lain

d) Computer Aided / Assisted Language Learning



Perisian komputer yang digunakan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai
perisian kursus. Perisian kursus ini melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti,
video, audio, teks, grafik dan aanimasi untuk menyampaikan pengetahuan serta untuk mewujudkan
aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.





3.2 Jenis Jenis PPBK



Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi dan objektif PPBK serta
kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang enam
jenis PPBK iaitu:









3.2.1 Latih Tubi



PPBK jenis ini dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan
secara kendiri. Dalam latih tubi, pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum
balas berdasarkan jawapan mereka. Antara kelebihan latih tubi adalah :

PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian kursus mengikut kesesuaian.

Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan sebelum mempelajari bahagian-
bahagian seterusnya.

Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi pelajar.



3.2.2 Tutorial



Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang
baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini
bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran mengantikan guru. Tutorial yang dibangunkan
dengan baik membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran
mereka. Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapat digunakan untuk
pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk mengajar konsep-konsep yang
konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks.
Perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang
pelajar.

Tutorial membolehkan pelajar bbelajar mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar yang cerdas boleh
menjalankan aktiviti dengan cepat manakala pelajar lemah pula dibimbing melalui pemulihan (Alessi &
Trollip, 1991). Di mana pelajar boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka
memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.



3.2.3 Permainan



Permainan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dan untuk
menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan. Ia merupakan aktiviti aktiviti yang dilaksanakan
mengikut satu peraturan dan biasanya membawa kepada kemenangan.

Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru
perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran. MacFarlane &
Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan permainan dalam
pengajaran dengan menggunakan The Sims, Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Hasil daripada
kajian mendapati, guru-guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di dalam permainan
adalah sesuai dengan kandungan kurikulum, tahap pembelajaran pelajar adalah rendah. Walau
bagaimanapun, dapatan positif telah diperolehi dari segi:



Penyelesaian masalah

Daya ingatan

Semangat kerjasama di kalangan pelajar

Komunikasi antara pelajar

Hormat-menghormati di antara pelajar





3.2.4 Simulasi



Thomas & Milligan (2004) mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan
melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.

Program simulasi memberi suasana yang menyerupi keadaan dan fenomena sebenar dalam dunia luar,
Jika digunakan sebelum menghadapi keadaan sebenar, simulasi memberi pelajar peluang untuk
menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan suatu tindakan terhadap suatu sistem
atau keadaan sebelum menghadapi keadaan sebenar.

Contohnya eksperimen-eksperimen sains yang berbahaya yang melibatkan bahan-bahan radioaktif,
bahan mudah terbakar dan bahan beracun sesuai dilakukan melalui simulasi komputer sebelum
eksperimen sebenar dilakukan.

Program simulasi ini sangat memotivasikan pelajar kerana mereka sentiasa berinteraksi secara spontan
dengan komputer. Penggunaan simulasi selepas suatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman
pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mereka mungkin perolehi semasa
pembelajaran sebenar.



3.2.5 Tunjuk Cara



Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur.
Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya
dalam keadaan sebenar. Ia juga sesuai digunakan untuk memahami suatu prosedur yang tidak boleh
atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, merbahaya atau terlalu
kompleks.

Kaedah tunjuk cara boleh menggunakan beberapa siri gambar, simulasi atau animasi. Dalam PPBK,
pelajar biasanya diberikan peluang untuk melakukan prosedur tersebut secara interaktif. Latihan ini boleh
dilakukan berulang kali sehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebut
dalam keadaan sebenar.



3.2.6 Ujian



PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-
soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi
PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan.

Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka
dengan serta merta. Dalam ujian diagnostik, ia dapat memaklumkan kepada pelajar dan guru kelemahan-
kelemahan pelajar agar guru dapat merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan. Berbeza
dengan ujian, latih tubi dikendalikan sendiri oleh pelajar untuk menilai diri mereka sendiri pemahaman
mereka terhadap suatu pembelajaran. Ujian pula dikendalikan dalam situasi yang lebih terkawal.
Maklumat yang diperoleh hasil daripada ujian ini digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian pelajar
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



* Terdapat perisian kursus PPBK yang menggabungkan beberapa jenis ujian seperti tutorial dengan ujian
dan simulasi atau simulasi dengan tunjuk cara dan sebagainya.

Soalan

1. Terangkan berbezaan dan persamaan perisian kursus PPBK jenis

tutorial dan latih tubi.



2. Fikirkan satu topik dan cara ianya boleh disampaikan dengan

menggunakan perisian kursus PPBK yang mengandungi animasi,

video, audio atau teks.











Rujukan





Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction methods and

development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.



Gagne, R. M., Wager, W., & Rojas, A. (1981). Planning and authoring computerassisted instruction
lessons. Educatioal Technology, 21(9), 17-21.



http://www.thejournal.com/articles/13739_1. (Sejarah PPBK)



Programmed Instruction (2006 ) The Columbia Encyclopedia, 6th ed. New York:

Columbia University Press, 2001 04. Retrieved 18:00, July 4, 2006 from

http://www.bartleby.com/65/.



Scheafermeyer, S. (1990 ). Standards for instructional computing software design

and development. Educational technology, 30 (6), 9-15.



Thomas, R. C. & Milligan, C. D. (2004). Putting teachers in the loop: tools for

creating and customising simulations. Retrieved on April 3 2008, from

http://www-jime.open.ac.uk/2004/15/.

You might also like