Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SCE 3109

Imelda Joseph Page 1




Kaedah pengendalian dan pengurusan bahan nuklear yang selamat
Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga nuklear mampu memberikan
pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada manusia samaada dalam bidang
perubatan, pertanian, pertahanan mahupun kemajuan industri. Berikutan dengan itu,
banyak negara termasuk negara Malaysia mula memberikan perhatian kepada
tenaga nuklear sebagai alternatif kepada petroleum dan gas asli.
Walaubagaimanapun, oleh kerana bahan nuklear merupakan bahan yang sangat
radioaktif dan boleh mengancam kehidupan manusia jika tidak diurus dengan baik
ataupun jika berlaku kemalangan, maka ia haruslah dikendalikan dengan sangat
teliti sebagai bahan yang beracun.
Terdapat dua jenis bahan radioaktif iaitu bahan radioaktif terkedap dan tidak
tekedap. Banyak prosedur yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan
bahan radioaktif ini dan prosedur-prosedur yang diperlukan mungkin berbeza bagi
institusi yang berbeza kerana institusi-institusi ini menggunakan jenis bahan
radioaktif yang berbeza mengikut keperluan. Sebagai contoh cara pengendalian
radioaktif di hospital mungkin sedikit berbeza dengan cara pengendalian di stesen
jana kuasa nuklear.
Penyimpanan dan penstoran bahan-bahan radioaktif adalah satu aspek yang
perlu diberikan perhatian yang serius jika sesebuah institusi ingin menggunakan
bahan-bahan ini. Sesuatu kemudahan penstoran harus berupaya menyimpan sisa
tidak kira dalam apa bentuk, kandungan unsur radioaktif atau status pemprosesan
secara selamat. Dengan ini, bahan-bahan radioaktif boleh diterima, dikendali,
disimpan dan dikeluarkan tanpa menyebabkan risiko-risiko yang tidak dikehendaki
kepada pengendali mahupun orang awam. Oleh itu, sesebuah kemudahan
penstoran yang selamat bergantung kepada reka bentuk, pembinaan, pengendalian
dan penyenggaraan mengikut amalan kejuruteraan yang betul. Kemudahan
penstoran perlu mempunyai simbol sinaran yang jelas dan mempunyai akses
terkawal. Bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah berkeupayaan menjamin
keutuhan bungkusan sisa radioaktif supaya ia dikekalkan sepanjang tempoh
simpanan yang dijangkakan.Lazimnya, sisa radioaktif seperti kaca atau benda tajam
disimpan dalam bekas yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan. Sisa punca
SCE 3109

Imelda Joseph Page 2

radioaktif terkedap disimpan di dalam bekas yang dapat mengurangkan dedahan
dan membantu pengendalian pada masa akan datang.
Jika sesebuah institusi pendidikan seperti institusi-institusi pengajian tinggi
ingin menggunakan bahan radioaktif, kemudahan yang diperlukan untuk
penyimpanan dan penstoran bahan ini haruslah diadakan. Di sekolah-sekolah
biasanya bahan radioaktif terkedap digunakan bagi tujuan pengajian sains.
Penggunaan punca radioaktif tak terkedap (unsealed sources) biasanya tidak
digalakkan kerana langkah-langkah keselamatan yang diperlukan agak rumit dan
juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dalam pengurusan bahan radioaktif di
sekolah, seorang kakitangan yang mempunyai pengetahuan asas dalam
keselamatan dan perlindungan sinaran haruslah dilantik supaya mampu mengurus
bahan-bahan tersebut dengan selamat. Semasa pembelian sesuatu bahan
radioaktif, kakitangan yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan supaya
setiap punca terkedap telah dilabel dengan nama radionuklid dan keaktifannya serta
nombor siri yang membezakannya daripada punca-punca lain bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan mengenai bahan yang digunakan. Selain itu, setiap bahan
radioaktif yang disimpan haruslah diperiksa secara berkala untuk mengesan
kebocoran ataupun kontaminasi bahan-bahan tersebut untuk mengelakkan kesan
bahaya radiasi bahan-bahan tersebut kepada orang sekeliling.
Semasa mengendalikan sesuatu aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan-
bahan radioaktif, Kot makmal hendaklah sentiasa dipakai. Bahan juga tidak boleh
dipegang dengan tangan dan haruslah dikendalikan dengan menggunakan penyepit.
Selain itu, bahan ini tidak diletakkan pada kedudukan yang sangat hampir dengan
mata dan jarak haruslah dijaga supaya dapat mengurangkan dedahan sinaran
bahan radioaktif kepada badan. Manakala proses pencairan, pembancuhan dan
pelupusan bahan radioaktif hendaklah dilakukan oleh kakitangan yang telah dilatih
dan kerja-kerja ini haruslah sentiasa dijalankan dalam almari wasap. Semasa
melakukan proses ini juga, barang-barang yang tidak berkaitan perlulah dikeluarkan
ataupun diketepikan terlebih dahulu. lni adalah untuk mengelak daripada berlakunya
kontaminasi pada barang-barang tersebut.
Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan cecair bahan-bahan radioaktif
mestilah dilakukan di atas talam yang dialas dengan kertas penyerap di dalam
SCE 3109

Imelda Joseph Page 3

almari wasap. Selepas sebarang kerja yang melibatkan bahan-bahan radioaktif,
permukaan meja dan juga lantai harus dicuci dengan bersih manakala sisa atau
bahan pepejal yang tercemar seperti sarung tangan, tisu serta barang-barang lain
haruslah dibuang di dalam bekas sampah yang dilapik dengan plastik khas. Hal ini
adalah bagi memastikan tong sampah tersebut tidak tercemar dengan bahan
radioaktif. Sisa cecair radioaktif tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya tetapi
haruslah disimpan di dalam bekas atau botol khas yang dilabel dengan simbol
sinaran.



Sisa bahan radioaktif menuntut pelbagai peralatan serta pengendalian yang
berbeza untuk melindungi manusia dan juga alam sekitar daripada bahaya kesan
radiasi. Pelupusan sisa-sisa bahan radioaktif merupakan satu aspek yang sangat
penting dan harus ditekankan jika sesebuah institusi ingin menggunakan bahan-
bahan radioaktif. Terdapat tiga jenis sisa radioaktif yang dihasilkan daripada tempat-
tempat yang berbeza iaitu sisa aras rendah, aras sederhana dan juga aras tinggi.
Sisa aras rendah lazimnya daripada hospital, makmal dan juga daripada
kitaran bahan api nuklear. Sisa-sisa bahan radioaktif di bawah aras rendah
Rajah 1
Botol yang digunakan untuk
menyimpan sisa-sisa bahan
radioaktif tidak terkedap

Rajah 2
Tong sampah khas untuk
membuang sisa pepejal
tercemar.
SCE 3109

Imelda Joseph Page 4

selalunya terdiri daripada kertas,sarung tangan plastik dan bahan-bahan kecil yang
mengandungi radiasi yang mempunyai jangka hidup yang rendah. Sisa-sisa ini tidak
terlalu bahaya untuk dikendalikan tetap mesti dilupuskan dengan lebih teliti
berbanding dengan sisa buangan biasa. Biasanya sisa-sisa ini akan ditanam di
tempat pembuangan sampah. Untuk mengurangkan ruang yang digunakan, bahan-
bahan ini selalunya akan dimampatkan dan disimpan di dalam bekas tertutup
sebelum ditanam.
Sisa aras sederhana pula adalah sisa bahan radioaktif yang mengandungi
tahap radiasi yang lebih tinggi dan memerlukan perlindungan khas. Sisa radioaktif
yang dikategorikan di bawah aras ini adalah seperti resin, enapan kimia tercemar
dan komponen reaktor. sisa ini biasanya dikeraskan terlebih dahulu di dalam konkrit
ataupun di dalam bitumen untuk pelupusan namun terdapat juga sisa yang ditanam.
Sisa aras tinggi mengandungi produk radioaktif yang tinggi dan elemen berat
yang mengandungi radioaktif yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Sisa
bahan radioaktif di bawah aras ini menghasilkan haba dan memerlukan proses
penyejukan dan juga penyimpanan khas semasa pengendalian dan pemindahan.
Jika bahan api yang terlibat diproses semula, sisa buangan yang diasingkan akan
digabungkan dengan kaca Borosilikat yang dibalut dengan kanister keluli tahan karat
untuk dilupuskan. Manakala bagi bahan api reaktor yang tidak diproses semula
dimana kesemua isotop radioaktif kekal di dalamnnya, sisa ini dikategorikan
sebagai sisa aras tinggi. Kedua-dua jenis sisa aras tinggi ini adalah sangat radioaktif
dan individu yang mengendalikannya harus dilindungi daripada radiasi bahan-bahan
ini. Bahan-bahan ini disimpan di dalam bekas khas yang tidak akan pecah.

Kesemua prosedur pengendalian ini haruslah dipatuhi oleh setiap individu
atau institusi yang melibatkan aktiviti atau kerja yang menggunakan bahan-bahan
Rajah 3
Cara pelupusan sisa bahan
radioaktif aras tinggi
SCE 3109

Imelda Joseph Page 5

radioaktif. Hal ini kerana kebocoran bahan radioaktif dan dedahan kepada radiasi
akan memberikan kesan negatif jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar.























SCE 3109

Imelda Joseph Page 6

Rujukan Buku
Gibbs, L. (2010, March). Radiation Safety Manual. Stanford California: Stanford
University.
Jabatan Perlesenan Tenaga Atom. (1989). Panduan Bagi Pengedalian Bahan
Radioaktif dalam Pengajian Sains di Sekolah Menengah. Selangor Darul
Ehsan: Kementerian Sains.
N.A. (2013). GUIDE TO THE. United States: PerkinElmer, Inc.
Rujukan internet
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2010). NOTA KESELAMATAN KIMIA. Retrieved
February 28, 2014, from http://www.ukm.my/fst/images/nota/kimia.pdf
World Nuclear Association. (2013). Radioactive Waste Management. Retrieved
March 2, 2014, from http://www.world-nuclear.org/info/Nuclear-Fuel-
Cycle/Nuclear-Wastes/Radioactive-Waste-Management/

You might also like