Professional Documents
Culture Documents
Kajian Kes 4
Kajian Kes 4
1.0 SUBJEK
2.0 KES
Nama Kes
Ponteng Sekolah
Perihal Kes
Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan remaja merupakan masalah
utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh
di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi
norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu
ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas
dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai
tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri
daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat
untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu
sekolah dalam kata yang mudah ialah tempat untuk menuntut ilmu bagi para pelajar.
Kajian Kes
Malik (bukan nama sebenar) merupakan anak tunggal sebuah keluarga yang
sederhana. Ibu Malik menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan
raya hadapan rumahnya. Setiap pagi ayahnya akan menjual nasi lemak dibantu oleh
ibunya yang memasak nasi lemak di rumah. Malik hidup dalam serba sederhana. Namun
Malik diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Malik pergi
ke sekolah dengan menaiki basikal. Malik adalah penghidap penyakit asthma.
Namun Malik mempunyai satu masalah di mana Malik selalu ponteng sekolah
terutamanya apabila hari tersebut ada subjek Matematik. Tingkah laku ini memang telah
menjadi kelaziman kepada Malik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Malik memang
tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu subjek Matematik. Keadaan ini
disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa Malik sendiri. Ibu dan ayah tidak
kisah jika Malik tidak ke sekolah kerana perkara ini telah dilazimkan sejak Malik di
bangku sekolah rendah.
Alasan Malik untuk tidak ke sekolah adalah kerana Malik tidak berminat dengan
subjek Matematik dan Malik tidak pernah lulus apabila menduduki ujian Matematik sejak
dari sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan Malik berasa putus asa dan menganggap
Matematik itu susah dan sukar. Di sekolah, Malik sering dimarahi oleh guru Matematik
kerana ponteng sekolah.
3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL
Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang
tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya
individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:
Rasa malu yang teramat (Awfulizing)
Terlalu menuntut (Demandingness)
Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)
Daya toleransi yang rendah
Lemah semangat
Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)
Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Malik seperti Malik mudah mengalah sebelum
mencuba untu mempelajari subjek Matematik dan mengambil jalan mudah dengan
ponteng sekolah.
Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada
andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional
dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir,
menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain,
berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk
merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu,
mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan
semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan
pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat
membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan
kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Di dalam kes ini, Malik telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional
bahawa dia pasti tidak akan berjaya menguasai dan mempelajari subjek Matematik.
Malik juga memberi alasan bahawa dia tidak akan dapat belajar Matematik kerana selalu
dimarahi oleh guru. Dalam REBT, manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada
sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran
mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan
menghadapi neurosis atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana
idea-idea dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak
logik. Implikasi daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan
gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat self defeating.
Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil
daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu
dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Perkataan ini pernah
diulang oleh Malik apabila dia menyatakan “Saya mesti tidak berjaya belajar Matematik
sebab Matematik susah. Cikgu pun asyik nak marah saya jer”. Ini adalah sebahagian ayat
yang digunakan oleh Malik dan ini menunjukkan Malik seakan mengaku kalah dengan
pemikirannya yang tidak rasional.
Matlamat Terapi
Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa
verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan
tingkah laku yang dialami oleh klien.
REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan
kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah
berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah
bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah
mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya
masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara
maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk
menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses
teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-
masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.
Imageri Rasional-Emotif
Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu oerkara yang sangat buruk yang
boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri,
ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai
kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat.
Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa Malik untuk berfikir jika dia
berterusan ponteng sekolah, hitung kerugian yang akan ditanggung apabila awak
berusia 40 tahun nanti. Sehari awak tak datang sekolah, berapa subjek yang telah
awak korbankan? Apabila besar nanti awak tidak teringinkah memakai kereta
besar bersama dengan kawan-kawan awak yang lain? Ke mana awak boleh pergi
tanpa kelulusan yang bagus? Adakah awak tak mahu mengubah kehidupan
keluarga awak sekarang?
Saya telah meneroka Malik sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Malik yang menyebabkannya dia ponteng sekolah. Masalah Malik ini berpunca daripada
persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri. Selain itu akibat daripada pengukuhan yang
telah diterima oleh keluarga menyebabkan Malik rasa tidak bersalah untuk ponteng
sekolah. Malik juga sering berputus asa tanpa mencuba sesuatu dan ini Malik dianggap
tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya dibuang dalam diri Malik.
Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih
banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan
adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti
tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak
nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang
dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu
telus dari Malik sendiri.
5.0 IMPLIKASI
Selepas sebulan, Malik masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Ini
terpulang kepada Malik kerana Malik seharusnya memikirkan masa depannya dan jangan
sentiasa berharap sesuatu yang baik jika tidak disusuli dengan usaha. Saya tidak berjaya
membawa kesedaran kepada Malik kerana pengukuhan keluarga yang kuat
mempengaruhi cara Malik. Ini menyukarkan Malik untuk menerima sesuatu yang baru.
6.0 REFLEKSI
Kekuatan
Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang
tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan
sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu
berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu
klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara
untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien
menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang
bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih
mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien.
Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.
Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan
pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran
yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah
menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui
menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu
agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional.
Kelemahan
Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi
contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada
individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa
dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang
betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak
fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak
geliga.
REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan
dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien
akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja.
Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk
menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia
berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan.
Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan
diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri
melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami
keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk
menjadi rasional.
7.0 CADANGAN
Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia
di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan
lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai
asas dalam menjalani kehidupan seharian.
Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang
ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.
Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara
bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.
8.0 PENUTUP
Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.
Tandatangan,
.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)