Panduan Tugasan Stu 242 2008

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Panduan Tugasan – STU242 Psikologi Sosial

Semester II Sidang 2008/2009


Dr Intan Hashimah Mohd Hashim
Psikologi Sosial Dalam Kehidupan Anda

1. Ini adalah tugasan individu.


2. Tugasan terbahagi kepada dua bahagian penting
3. Bahagian Pertama – deskripsi individu yang penting dalam kehidupan anda pada masa ini. Terangkan juga
dari segi apa dan kenapa mereka penting kepada anda.
4. Bahagian kedua- deskripsi bagaimana anda mengunakan teori/konsep psikologi sosial semasa berinteraksi
dengan mana-mana mereka yang disebut di atas. Tugasan ini mestilah mengandungi sekurang-kurangnya
dua deskripsi aplikasi.
5. Guna buku teks dan nota kuliah sebagai bahan rujukan utama.
6. Contoh:

i) Bahagian pertama- Deskripsi rangkaian sosial


Orang yang paling penting dalam kehidupan saya ialah ibu saya. Beliau penting kerana sentiasa membantu
saya dari segala segi dan membuatkan saya disayangi. Tidak kurang pentingnya ialah bapa saya. Beliau
sentiasa memberi galakan dan dorongan. Kawan baik saya juga amat penting.

ii) Bahagian kedua- Aplikasi Psikologi Sosial (1)


Saya ingin memujuk kawan baik saya agar pergi bersama saya ke Kompleks Bukit Jambul. Saya telah
mengunakan teknik kaki-dipintu. Pada mulanya saya meminta beliau pergi bersama saya ke kantin Tekun.
Apabila beliau bersetuju, saya seterusnya memujuk beliau untuk pergi ke Kompleks Bukit Jambul. Ini
merupakan teknik memohon persetujuan kaki-dipintu di mana kita memulakan permintaan dengan
permintaan yang kecil sebelum meneruskan dengan permintaan yang besar.

7. Kriteria permarkahan
i. Kebolehan melihat kaitan antara kehidupan dengan teori-teori Psikologi yang dipelajari di dalam kelas
ii. Kepahaman yang jelas tentang teori-teori Psikologi yang dibincangkan
iii. Menulis dalam bentuk yang original
iv. Ide-ide kreatif dalam mempersembahkan tugasan
v. Menyampaikan maklumat dalam bentuk yang menarik dan mudah di pahami
vi. Perbincangan adalah jelas dan tersusun dan tidak merangkumi isi isi yang tidak relevan

8. Tarikh penghantaran tugasan ialah pada Jumaat, minggu ke 15 (3 APRIL 2009). Sila hantar tugasan ke
pejabat Am PPSK

9. Panjang tugasan 1000-1200 perkataan.

10. Tugasan perlu dihantar bersama muka surat depan yang mengandungi maklumat berikut:
i. Nama
ii. No Matrik
iii. Tahun, Pusat Pengajian dan Minor
iv. Nama kursus (STU 231- Asas-asas Psikologi)
v. Nama Pensyarah (Dr Intan Hashimah Mohd Hashim)

10. Tugasan perlu ditaip mengunakan font Times New Roman (12), 1.5 Spacing dan tidak boleh melebihi 4
mukasurat (tidak termasuk mukasurat depan).

You might also like