Hibah Syariah STPM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENDAHULUAN

Hibah(pemberian) mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan atiyyah membawa makna
yang hampir sama.Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat
Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat
(fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat pelaksanaan wajib satu pertiga harta)
dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada
masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

DEFINISI HIBAH
Hibah(pemberian)
1
mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan atiyyah
membawa makna yang hampir sama.Jikalau memberi sesuatu kepada orang yang
memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Taala,ini dipanggil
sedekah.Jikalau menyampaikan sesuatu kepada orang yang dihadiahkan kerana sesuatu
penghargaan dan kasih sayang kepadanya,disebut hadiah ataupun hibah(pemberian).Atiyyah
pula ialah pemberian di kala sakit.


_____________________________________
1. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 1.


Hibah di Sudut Bahasa
Hibah
2
merupakan kalimah Arab yang memberi maksud pemberian. Di sudut bahasa, hibah
adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang yang
diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan.
Mengikut pengertian ini, hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat
tertentu.Contoh ada ain atau zat tertentu ialah mengurniakan dan memberi anak lelaki atau
perempuan (lihat : surah As-Syuura ayat 49),
Firman Allah S.W.T :
! =B NuqyJ9$# F{$#ur 4 ,=s $tB !$to 4
=pku`yJ9 !$to $ZWtR) =ygtur `yJ9 !$to uq.%!$#
Maksudnya : bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa Yang
dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan
mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya.
(Surah As Syuura 42:49)
Manakala contoh tiada ain atau zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Ali
Imran/ 8).

_____________________________________
2. http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/

Firman Allah S.W.T :
$oY-
/u w ? $oYt/q=% yt/ ) $oYoKyyd =ydur $uZs9`B
y7R$! pyJmu 4 y7R) |MRr& >$duq9$#
Maksudnya : (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati
Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu;
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.
(Surah Ali Imran 3:8)
Disebut kepada pemberi hibah sebagai Waahib (), penerima hibah sebagai Mauhuub
lahu( ) dan harta yang diberikan sebagai Mauhub () dan Mauhabah)).

Hibah di Sudut Istilah
Hibah di sudut istilah syara ialah memberi milik benda tanpa ganjaran atau gantian (al-
Jurjaani) atau hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran atau
gantian (al-Majallah)
3
.
Hibah di dalam istilah syara ialah satu aqad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu
menukar ganti kerana dibuat secara sukarela
4
.Mazhab Hanbali mentakrifkan dengan maksud
pemindahan milik barang pemberian yang harus diselenggara atau digunakan pada harta yang
diketahui atau sukar diketahui,ada dan berkuasa menyerahkannya,bukan perkara
_____________________________________
3. Sadiy Abu Jaib . (1988) . al-Qaamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilaahan . Kuala Lumpur . Darul Fikri Sdn. Bhd.

4. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 1.

wajib di dalam kehidupan tanpa mengganti dengan sesuatu yang mana dari segi uruf hibah
dapat dikira daripada lafaz hibah(pemberian) dan memberi hak milik dan seumpamanya.Ia
bukan berbentuk pinjaman,anjing,hamil,nafkah isteri,wasiat dan juga jual beli.Perkataan
memindah milik bukan termasuk makna pinjaman,harta benda dan bukan bermaksud yang
selain harta benda seperti anjing.Berkuasa menyerahkannya pula bukan bermaksud
hamil,bukan perkara wajib tidak termasuk hutang dan nafkah,di dalam kehidupan tidak
termasuk wasiat dan tanpa mengganti bukan termasuk aqad pertukaran seperti jual beli.
Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : Akad yang memberi faedah pemilikan ain
tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.
Kata Imam al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya Mujam Mufradat Alfaz al-Quran :
yang bermaksud : Hibah ialah anda menjadikan harta milik anda
kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran. Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku
berikan kain ini dengan ganti beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah
tetapi menjadi jual beli, meskipun disebut beri/ hibah.


HUKUM HIBAH
Dari segi syara hibah adalah sunat
5
berdasarkan firman Allah S.W.T :
Maksudnya : ....... Kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari
maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik
kesudahann

( Surah An Nisa 4:4 )
Dan firman Allah S.W.T :
Makdudnya : .... dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum
kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan .......... ,
(Surah Al Baqarah 2:177)
Manakala sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Berilah hadiah,kamu akan berkasih sayang.
_____________________________________
5. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 2.

Dan sabdanya lagi :


Maksudnya : Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi hadiah kepada jirannya sekalipun hanya
sepotong kambing iaitu kukunya,yang merupakan pada asalnya ialah unta yang kecil,tetapi di sini meminjam
perkataan kambing.
Ijma para ulama telah sepakat mengatakan sunat hibah ini dengan segala bentuk dan
jenisnya.Tolong menolong sesama kaum keluarga adalah lebih afdal kerana ia boleh
mengeratkan silaturrahim.
Maka haram bagi pemberi hibah mengambil balik pemberian yang telah sah menjadi hak
milik bagi penerima hibah, kecuali hibah si ayah kepada si anak di mana harus si ayah
mengambil balik pemberiannya daripada si anak.
Tidak halal bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya.
Sabda Baginda :

Maksudnya : Orang yang menarik balik barang pemberiannya adalah seumpama anjing yang muntah,kemudian
menjilat semula muntahnya itu.

Tidak halal
6
bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya melainkan bapa
terhadap anaknya.Dari Ibnu Amru Ibnu Abbas meriwayatkan :

Maksudnya : Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : Tidaklah halal bagi seseorang lelaki Islam
yang memberikan sesuatu pemberian,kemudian dia kembali padanya melainkan bapa pada apa yang
diberikannya kepada anaknya.
(Diriwayatkan oleh Ahmad,dan disahkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Menarik balik pemberian harus di sisi Mazhab Maliki
7
pada barang yang diberi oleh bapa
kepada anaknya yang masih kecil ataupun yang besar dengan lima syarat berikut iaitu :
1. Anak tidak berkahwin selepas hibah
2. Tidak membaharui hutang yang sudah matang.
3. Barang yang diberi tidak berubah keadaanya.
4. Penerima tidak membaharui atau mengubah barang pemberian.
5. Pembeli atau penerima tidak ditimpa sakit.


_____________________________________
6. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :

Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 513.

7. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 21-22.

Para imam juga telah sepakat bahawa sesuatu pemberian hibah hanya sah dengan
ijab(penawaran),dan qabul(penerimaan) serta terima serahan harta atau memegangnya.
Para imam juga bersepakat bahawa menepati pada janji yang baik adalah dituntut dan
mengkhususkan beberapa orang anak dalam sesuatu pemberian adalah makruh,begitu juga
melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain.

RUKUN HIBAH
Perkara 837 daripada Al Majallah
8
menyebutkan bahawa Sesuatu pemberian dapat
berkuatkuasa dengan ijab dan qabul dan disempurnakan dengan penerimaan serahan.Rukun
hibah menurut jumhur ulama ada 4 iaitu pemberi,penerima,barang yang diberi dan
sighah(lafaz).
1. Pemberi

Pemberi ialah orang yang memiliki barang yang diberi,jikalau benar ia pemilik yang sah,dia
berhak memberi.Menurut pendapat jumhur,sekiranya pemilik barang sakit memberi sesuatu
kepada seseorang,kemudian mati,pemberiannya itu hanya 1/3 (20%) daripada harta
peninggalannya.


_____________________________________
8. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 4.

2. Penerima

Penerima ialah semua orang dan seseorang itu harus memberikan semua hartanya kepada
orang lain melalui persetujuan.Manakala pemberian semua hartanya kepada sebahagian anak
anaknya dalam pemberian adalah makruh hukumnya,menurut jumhur ulama,sekalipun ada
yang berpendapat harus.

3. Barang yang Diberi

Segala barang yang dimiliki.

4. Sighah

Segala perkara yang dituntut dalam ijab dan qabul berupa perkataan atau perbuatan seperti
lafaz hadiah,hibah,pemberian dan yang seumpama dengannya.

Ijab sama ada secara terus terang seperti kata pemberi, Aku berikan barang ini kepadamu,
atau ijab secara tidak terus terang seperti kata pemberi, Aku telah menyerahkan hak milik
kepadamu,atau Aku telah jadikan barang ini untukmu atau Dia untukmu atau Aku
telah berikannya atau Aku telah serah untuknya atau Aku hadiahkan untuknya atau
Aku berikan makanan ini untuknya atau Aku bawa kamu di atas tunggangan ini dan
berniat barang itu sebagai pemberian.Qabul pula ialah seperti Aku terima.Ini kerana
menyerahkan barang pemberian atau menjadikan barang pemberian itu untuk si penerima
tanpa perlu mengganti adalah makna sebenar kepada hibah dan kerana lafaz lafaz yang
lain mengikut keadaan uruf manusia atau penggunaan mereka sudah cukup membawa makna
memindah hak milik.

Di syaratkan pada shighah
9
(ijab dan qabul) 3 perkara berikut :

1. Bersambung penerimaan (qabul) dengan pemberian (ijab), di mana waktu ijab dan qabul itu
tidak dipisahkan oleh pemisah (samada percakapan, perbuatan atau diam) yang diambilkira
(diterimapakai) secara uruf (kebiasaan setempat). Jika pemberi berkata, saya berikan duit ini
kepada awak, lalu penerima bercakap-cakap tentang kereta kemudian menjawab, saya
terimalah duit itu. Maka pemberian/ hibah itu tidak sah.

2. Tidak mengikat shighah tersebut dengan apa-apa syarat. Maka jika pemberi mengatakan,
saya berikan duit ini kepada awak jika hujan turun, pemberian/ hibah itu tidak sah kerana
bersyarat.

3. Tidak mengikat shighah tersebut dengan waktu. Maka jika pemberi mengatakan, saya
berikan buku ini kepada awak sebulan, pemberian itu tidak sah kerana terikat dengan waktu
tertentu.Namun begitu, jika pemberi mengatakan, saya berikan rumah ini kepada awak selagi
saya hidup, apabila saya mati rumah ini menjadi pusaka anak-anak saya, pemberian itu tetap
dikira

_____________________________________
9. http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/

sah dan menjadi hak milik pemerima secara mutlak, meskipun bersyarat demikian. Ini adalah
kes pengecualian yang menjadikan hibah berlangsung dan syarat terbatal. Hibah ini disebut
hibah Umra. Rasulullah s.a.w menyebut : al-Umra jaaizah bermaksud : Hibah Umra harus
(berlangsung dan menjadi hibah yang sah). Begitu juga hibah Ruqba di mana pemberi
mengatakan, saya berikan rumah ini kepada awak selama saya atau awak hidup, jika saya
mati ia tetap milik awak dan jika awak mati ia kembali kepada saya. Pemberian ini tetap
berlangsung dan menjadi milik penerima hibah, manakala syarat masa itu lagha/ batal/ sia-
sia. Hibah sebegini dinamakan hibah Ruqba.

Dan terkecuali dari mengitibarkan ijab dan qabul
10
itu beberapa perkara iaitu :

1. Kalau perempuan memberikan gilirannya kepada madunya tidaklah berkehendak kepada
qabul menurut pendapat yang sah.
2. Apa yang dilucutkan oleh sultan atau gabenor gabenor hakim dan lain lain pegawai
kerana berlakunya adat demikian.
3. Kalau dibelinya perhiasan untuk anaknya yang masih kecil,maka itu adalah memilikkan
baginya.Kata Al Imam As Subski berlainan dengan yang kalau dibelikannya untuk
isterinya,tidaklah jadi memilikkan baginya,sedang perbezaan di antara keduanya ialah dia
sebagai wali anak yang masih kecil itu tetapi tidak isteri.Yang muktamadnya tentang ini
adalah menurut adat.

_____________________________________
10. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :


Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 518.

SYARAT SYARAT HIBAH
Terdapat syarat-syarat pemberi dan syarat-syarat barang yang diberi. Ulama'
Mazhab Hanbali pernah menyebut 11 syarat
11
dalam hibah iaitu:

1. Barang itu harus diselenggarakan.
2. Pilihan barang yang baik.
3. Harta yang sah untuk jual beli.
4. Tiada tukar ganti.
5. Hadiah itu diberi kepada orang yang sah memilikinya.
6. Ada qabul daripada penerima.
7. Menjaga barang pemberian sebelum dipergunakan.
8. Pemberian disempurnakan.
9. Tiada jangka waktu tertentu.
10. Orang yang harus menyelenggarakan pemberian itu ialah seorang yang merdeka, mukallaf
dan cerdik.
11. Bentuk barang yang diberi mestilah harta, bukan barang-barang yang tertentu.

Syarat syarat Pemberi

Seorang pemberi hadiah itu disyaratkan `berkeahlian' untuk menderma iaitu seorang yang
berakal, baligh, serta matang atau cerdik. Syarat ini telah pun berkuat kuasa,
kerana hibah merupakan satu `aqad sukarela. Dengan itu juga tidak harus pemberi itu seorang
kanak-kanak
_____________________________________
11. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 7.

atau seorang yang gila. Ini kerana kedua-duanya tidak berupaya untuk menderma
lantarankeadaannya yang susah dan bahaya. Demikian pula seorang bapa yang tidak
mampu memberihibah, kerana harta yang sedikit tanpa mensyarat ganti. Keadaan ini tiada
perselisihan kerana keupayaannya terbatas terhadap bentuk-bentuk manfaat dan pemberian,
yang mana derma atausumbangannya mendatangkan kesusahan semata-mata. Oleh itu
tidak harus bagi bapa yang sedemikian mengeluarkan derma.

Menurut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf tidak harus seorang bapa
mensyaratkan mengganti sesuatu pemberian pada anak-anak. Ini kerana
`pemberian' dengan syarat mengganti hanya suatu `aqad sukarela di permulaan
iaitu sebelum menerima serahan, kemudian menjadi jual beli pada akhirnya iaitu
selepas menerima serahan. Bapa pula tidak berupaya menjelaskan derma.
Menurut Muhammad, pemberian hibah daripada bapa dengan syarat mengganti
adalah harus kerana perkara ini dalam makna jual beli menurut kaedah
pengajaran melalui penyesuaian makna.

Syarat syarat Barang yang Diberi

Barang yang diberi dikenakan beberapa syarat :

1. Barang itu hendaklah ada pada waktu pemberian (Hibah)
Oleh itu suatu pemberian itu tidak berlaku jika tiada barang pada waktu `aqad seperti
memberi pohon tamar yang berbuah pada tahun ini, atau anak kambing yang lahir pada tahun
ini. Di sini, hibah tidak berlaku kerana menyerahkan pemberian bagi benda yang belum ada.
Oleh sebab itu `aqad seperti ini batal.
Contoh lain ialah memberi anak kambing yang masih berada di dalam perut (kandungan)
dan memberi kuasa untuk memegangnya selepas lahir.Di sini tidak berlaku hibah kerana
berlaku dua kemungkinan sama ada anak kambing ada atau tidak. Ini kerana perut yang
membuncit kadang - kadang disebabkan mengandung ataupun sesuatu penyakit di
dalamperut.Begitu juga kalau memberi tepung yang masih di dalam biji gandum, minyak yang
menjadi biji, mentega di dalam susu atau minyak zaitun pada biji zaitun, hukumnya tidak harus
sekalipun pemberi kuasa menerima serahan setelah semua benda tadi siap. Ini disebabkan pembelian
itu belumada. Barang yang belum ada tidak boleh dipindah milik. `Aqad yang dibuat itu batal,
serta 'aqad itu perlu diperbaharui semula.
Sementara itu pemberian susu yang masih dalam kantung susu Iembu, bulu biri-biri yang
masih berada di tubuh kambing, tanaman dan pohon tamar yang masih di dahan dan tamar
yang masih berada di atas pokoknya adalah seperti hibah sepadu yang ditakuti pada masa
akan datang berlaku kerosakan. Jikalau pemberi itu memotong bulu biri-biri, memetik buah
tamar dan menyerahkan kepada penerima, hukumnya harus, kerana barang itu ada dan
dimiliki. Namun masih tidak harus jikalau tidak menghilangkan halangan iaitu pemberi sibuk
dengan perkara lain. Oleh sebab itu jika pemberi memotong bulu biri-biri atau
memetik buah tamar, hilanglah halangan dan menjadikannya harus. Dengan itu, pemberian
seperti ini harus dan betul.
Ulama' Mazhab Syafie dan Hanbali sepakat dengan ulama' Mazhab Hanafi tentang syarat ini.
Mereka berkata, "Segala benda yang sah berjual beli, sah jugalah sebagai pemberiannya." Kata
ulama' Mazhab Maliki, harus juga pemberian barang yang tidak sah dijual beli seperti hamba
yang lari dari tawanan, unta yang sesat, benda yang tidak diketahui dan buah yangbelum masak
serta barang yang dirampas.

2. Barang itu hendaklah harta yang halal.

Oleh sebab itu pemberian hibah tidak berlaku pada harta benda yang bukan asal seperti panas,
bangkai, darah, berburu di Tanah Haram, dalam keadaan berihram dan sebagainya. Tidak
harus satu pemberian itu daripada barang yang tidak betul seperti arak.

3. Barang itu hendaklah dipunyai oleh dirinya sendiri.

Pemberian tidak boleh pada benda-benda yang harus. Syarat-syarat yang lepas semuanya
adalah syarat-syarat berkuatkuasanya suatu pemberian.
4. Barang itu hendaklah dimiliki oleh pemberi.

Oleh sebab itu suatu pemberian tidak boleh berlaku pada harta bendakepunyaan
orang lain tanpa izinnya, kerana adalah mustahil menyerahkan hak milik pada barang
yang tidak dimilikinya.Syarat ini dilaksanakan menurut Mazhab Hanafi.Harus
hukumnya memberi hadiah pada barang yang dimiliki, menurut Mazhab Hanafi,
sama ada barang itu miliknya atau barang berhutang. Oleh itu harus
memberi barang hutang kepada orang yang mempunyai hutang, kerana orang yang
dalam tanggungan berkuasa menyerahkan barang pemberian dan memegangnya.
Malahan penerimaan barang menyamai taraf penerimaan barangorang yang dalam
tanggungan. Di samping itu harus pemberian hibah barang hutang kepada orang
yang tiada berhutang, sekiranya diizinkan kepadanya menerima serahan secara
terang-terangan. Penerimaannya diizinkan berdasarkan kaedah istihsan.

5. Barang itu hendaklah terpelihara atau terpilih.

Oleh sebab itu menurut Mazhab Hanafi, tidak sah pemberian hibah sepadusekiranya
ada kemungkinan berlaku pembahagian seperti rumah atau tempat tinggal yang
besar, di mana pemberian itu menjadi rosak. Namun jikalau barang yang dihibahkan
itu dibahagi-bahagikan dan juga diserahkan, pemberian itu sah. Ini adalah syarat sah
bagi suatu pemberian hibah.

Pemberian itu harus, jika barang sepadu yang dihibahkan kepada orang tiada
kemungkinan terbahagi, seperti kereta, bilik mandi, tempat tinggal yang kecil dan
benda yang tidak boleh dibahagi. Pemberian di sini diharuskan kerana darurat di
mana pemberi kadang-kadang perlu kepada pemberian sebahagian barang atau harta
tersebut.Dalil mereka ke atas keadaan yang pertama : bahawa penerimaan dalam
suatu pemberian adalah tei ulasuk syarat, seperti kes gadaian yang akan diterangkan.
Sedangkan pemberian hibah sepadu menghalang daripada penerimaan
kerana penggunaan atau penyelenggaraan pada setengah barang sepadu
sukar digambarkan. Oleh sebab itu mendiami separuh rumah yang
dihibahkan adalah mustahil. Penyelenggaraan atau penggunaan pada rumah itu
tidak dapat dijalankan kecuali pada keseluruhan rumah. Sementara itu
'aqad pemberian tidak bermaksud seluruh rumah. Oleh sebab pemberian
hibah sepadu yang tidak boleh dibahagi atau diagihkan, ia menghalang kesem-
purnaan clan kesahihan penerimaan barang.

Kata ulama' Mazhab Maliki, Syafi`i dan Hanbali bahawa pemberian barang sepadu
yang dihibahkan adalah harus seperti di dalam kes jual beli. Oleh sebab itu,
penerimaan pada pemberian barang sepadu yang di hibahkan juga sah seperti
penerimaan di dalam barang jualan sepadu. Sifat penerimaannya ialah pemberi
menyerahkan segala barang yang berkenaan kepada penerima. Dengan itu dia
telah melunaskan hak penerima secukupnya clan bahagian perkongsiannya yang
berada di tangan penerima menjadi miliknya seperti wadi`ah.

6. Barang yang diberi itu hendaklah berbeza daripada barang yang lain.

Pemberian disertakan dengan barang yang ada hubungan dengannya dan akhirnya tidak
mengasingkan barang yang ada kena-mengena dengan barang pemberian. Ini kerana yang
dimaksudkan penerimaan barang ialah kepastian untuk menyelenggarakan dan mengurus
barang yang diterima tidak dicapai jikalau barang pemberian tidak dicampur dengan
barang lain yang ada kaitan. Ini adalah syarat sah pemberian.

Berdasarkan perkara tadi, jikalau seseorang memberi tanah yang ada tanaman tetapi
pemberian itu mengecualikan tanaman atau pemberian tanaman dengan mengecualikan
tanah, pohon tamar yang ada buah tetapi mengecualikan buahnya, buah tamar dengan
mengecualikan pohon tamar, hukumnya tidak harus, sekalipun telah menerima barang
pemberian. Hibah seperti ini tidak boleh dipakai. Seandainya buah-buahan telah dipetik
dan tanaman telah dituai, kemudian diserahkan dalam keadaan kosong tanpa hasil
tadi, hukumnya harus, kerana `penghalang' kepada perlaksanaan hukum `aqad yang
mensabitkan pemilikan barang telah gugur.



Begitu juga jikalau seseorang memberikan rumah yang ada kelengkapan
perabot dengan mengecualikan kelengkapan perabot, atau bekas yang ada barang
yang lain dengan mengecualikan barang itu, atau memberi binatangtunggangan (kuda)
yang ada di atasnya muatan, dengan mengecualikan muatan sementara barang
pemberian telah diserahkan, pemberian seperti ini tidak boleh, dan barang itu
masih menjadi kepunyaan pemberi. Ini kerana barang pemberian dicampuradukkan
dengan yang lain. Ini sama kedudukannya dengan
pemberian hibah sepadu. Hibah ketika itu menjadi rosak.Jikalau barang pemberian itu
dibezakan daripada barang lain dan penyerahan itu tetap pada satu barang tanpa
mengecualikan apa yang ada di dalamnya, hukum pemberian itu harus.

JENIS PENERIMAAN

Penerimaan barang pemberian menurut Mazhab Hanafi ada dua jenis. Penerimaan
dengan jalan asli dan penerimaan dengan jalan wakil.

1. Penerimaan dengan jalan asal.

Penerimaan dengan jalan asal, iaitu memegang harta itu untuk dirinya. Syarat
harusnya hanya berakal sahaja. Oleh sebab itu kanak-kanak yang belum mumaiyiz
dan juga orang gila tidak boleh memegangnya. Orang yang sudah sampai umur baligh,
bukanlah menjadi syarat sah penerimaan dari segi istihsan. Dengan itu juga, harus
kanak-kanak yang berakal (iaitu mumaiyiz) memegang barang yang diberi
kepadanya.

Dari segi qiyas pula yang merupakan pendapat selain Mazhab Hanafi, mereka menjadikan
sampai umur baligh sebagai syarat kerana katanya penerimaan termasuk dalam bab bidang
kuasa clan kanak-kanak tidak ada bidang kuasa terhadap dirinya. Oleh sebab itu, kanak-kanak
tidak harus memegang barang pemberian. Sebagaimana mereka tidak boleh berjual beli.

Dari segi istihsan pula, penerimaan barang pemberian digunakan untuk penyelenggaraan
yang bermanfaat. Hal ini diketahui oleh kanak -kanak yang berakal.

2. Penerimaan dengan jalan wakil.

Penerimaan dengan wakil. Dalam hal penerimaan barang, wakil terbahagi kepada dua
jenis iaitu jenis yang merujuk kepada penerimaan serahan dan jenis yang merujuk
kepada penerimaan itu sendiri.

i. Penerimaan bagi kanak kanak

Jenis yang pertama ialah penerimaan bagi kanak-kanak. Syarat harusnyaialah bila
ada penjaga atau orang yang memberi nafkah iaitu keadaankanak-kanak yang di
bawah perlindungan atau jagaan seseorang, iaitu dibawah pemeliharaan dan
didikannya ketika tiada wali.

Jika orang lain memberi sesuatu kepada budak kecil, lalu walinya yang menerima
barang itu hendaklah berdasarkan tertib yang ditentukan oleh Mazhab Hanafi, bapa
kemudian wasuiya, datuk kemudian wasinya.Seandainya mereka ini tiada dan sukar
dicari, penjaga barang itu berpindah kepada orang yang lebih jauh,sama seperti di
dalam kuasa menikahkan kerana sebarang kelewatan wali yang tidak ada atau sukar
dicari ini membawa kepada lenyapnya manfaat terhadap budak kecil itu.Wali atau
penjaga hendaklah berpindah kepada orang yang selepas bapa dan datuk.

Sehubungan dengan itu, sekiranya salah seorang wali memberikansesuatu dan
harta yang ada pada mereka, kepada budak kecil, sahpemberiannya dan ada
orang - orang yang memegang barang itu bagi pihak budak kecil Begitu juga jikalau
bapa menjual harta anaknya yang kecil, kemudian harta yang dijual itu musnah
akibat jualan, kemusnahan itu juga menimpa budak kecil kerana budak itu juga dikira
sebagai penerimaserahan dengan penerimaan bapa.

Sekiranya budak kecil yang berakal menerima barang yang diberi oleh salahseorang
wali yang disebutkan, hukumnya harus menurut kaedah istihsan. Sebaliknya
menurut qiyas tidak harus seperti yang ada pada bahagian penerimaan dengan jalan
asli.

Tidak harus juga selain empat orang wali yang disebut tadi di samping ada salah
seorang daripada mereka, menerima barang pemberian bagi pihak kanak - kanak,
sama ada orang lain atau orang yang mempunyaihubungan kerabat seperti
saudara lelaki, pakcik dan ibu, kerana merekatidak mempunyai kuasa menjalankan
harta budak kecil.
Sekiranya salah seorang daripada wali yang empat itu tiada, orang yangmemberi
perlindungan dan jagaan kepada budak itu, harus menerimanya, menurut
kaedah istihsan. Dari segi qiyas pula, tidak harus keranatiada kuasa
menjalankannya, tetapi dari segi istihsan perkara ini bolehkerana dia merupakan
orang yang memberi perlindungan kepadanya, jugatermasuk jenis kuasa menjalankan
kerana dialah yang mengasuhnya danberusaha memberi kebaikan kepadanya.
Penerimaan barang pemberianuntuk kanak-kanak hanya boleh pada barang yang
berguna. Dengan ituperkara ini termasuk dalam bab penjagaan.

ii. Jenis yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri.

Manakala jenis kedua, penerimaan dengan jalan wakil ialah jenis yangmerujuk
kepada penerimaan itu sendiri. Penerimaan di sini wujud dengansebab adanya wakil
daripada penerimaan (hibah) pemberian, sama ada penerimaan pemberian
mahupun lebih kuat daripadanya. Keterangannya seperti berikut:
a. Jika barang yang diberi pada tangan penerima sebagai wadi'ah (titipan) atau pinjaman,
pemberiannya itu harus dan tidak perlu memperbaharui penerimaan selepas majlis 'aqad,
menurut kaedah istihsan. Tetapi secaraqiyas, tidak boleh jadi, orang yang menerima
pemberian selagi tidak memperbaharui penerimaan selepas `aqad antara penerima dan barang
yang diberi. Ini kerana kuasa orang yang menerima wadi`ah (titipan) pada hakikat dan makna
ialah sama dengan kuasa pemberi wadi`ah. Oleh sebab itu, harta benda yang ada di
tangannya, perlu diperbaharui penerimaannya.

Dilihat dar
-
i segi istihsan bahawa penerimaan pemberian dan
penerimaan wadi`ah ataupun pinjaman saling mempunyai kesamaan kerana kedua-
duanya adalah penerimaan amanah yangtidak diganti di mana pemberian adalah
`aqad sukarela. Wadi`ahdan pinjaman, kedua-duanya sama-sama menerima atau
memegangnya, yang mana pihak penerima dan pemberi berada padakedudukan
yang sama semasa penerimaan berlaku.

b. Jika barang pemberian di tangan penerima dalam keadaandikenakan ganti
seperti barang rampasan dan dipegang di atasharta yang dipelihara untuk
dijual dan barang yang dipegangdengan jualan yang rosak, sah pemberian itu
dan bebas darijaminan ganti. Ini kerana penerimaan jaminan ganti lebih
kuatdaripada penerimaan amanah. Oleh itu penerima menggantikandid pemberi
kerana wujud kelayakan dengan jalan 'aqad iaitupenerimaan clan ditambah
dengan jaminan ganti

c. Jika barang yang diberi berada di tangan penerima dalam keadaan dijamin ganti oleh orang
lain, seperti barang gadaian dijamin dengan hutang dan barang yang dijual, dijamin
dengan bayaran harga. Menurut Karkhi, pemilik barang memberikannya kepada penerima
belum dikira menjadi orangyang memegang atau menerima serahan jika belum memperbaharui
penerimaan. Ini kerana ia adalah penerimaan barang gadaian dan jual beli. Biarpun
denganpenerimaan itu ada jaminan ganti, tetapi tidak sah pelepasannya. Oleh itu tiada
kemungkinan memberi pelepasan dengan sebab pemberian supaya menjadi penerimaan
amanah, kemudian diikuti kesamaan dua penerimaan. Ketika ini dipanggil penerimaan jaminan
ganti. Jika berbeza dua penerimaan, tidak boleh mengganti atau mewakilkan. Ini berbeza
dengan barang-barang rampasan dan harta yang dipelihara untuk dijual kerana jaminan
tersebut dapat mengesahkan pelepasan daripadanya. Pemberi membenarkan pemberian
dan penerimaan terus kekal tanpa jaminan. Dengan itu persamaan dua penerimaan dapat
saling mengganti atau mewakilkan satu sama lain.

PEMBERIAN KEPADA ANAK ANAK.
Tiada khilaf antara jumhur ulama' mengatakan sunat
12
memberi sama rata di dalam
pemberian kepada (sesama) anak-anak, makruh melebihkan sesama mereka seperti yang
kami kemukakan sebelum ini. Namun mereka telah berselisih pendapat di dalam menerangkan
maksud persamaan atausama rata yang disunatkan.
Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Syafi`i pernah berkata yang
juga merupakan pendapat jumhur iaitu sunat kepada seorang bapa memberi
sama rata sesama anak-anak, lelaki dan perempuan di dalam pemberian.
_____________________________________
12. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 28.

.

Bapa hendaklah memberi kepada anak perempuannya seperti juga ia memberi kepada anak
lelakinya, berdasarkan sabda Nabi S.A.W. :

,

Maksudnya : Berilah sama rata sesame anak anakmu di dalam pemberian,sekalipun kamu mahu
mengutamakan kerana keutamaan wanita terhadap lelaki.

Di samping itu juga kerana keadilan di dalam pembahagian mu`amalah adalah amat
dituntut.Para ulama' telah menerangkan Hadith-hadith ini tentang Sunnah memberi
hadiah kepada anak-anak secara sama rata.

Mazhab Hanbali dan Muhammad dari Mazhab Hanafi pernah berkata
bahawa seorang bapa boleh membahagi-bahagikan pemberian harta antara anak -
anaknya berdasarkan pembahagian yang ditetapkan oleh Allah di dalam
Mirath(harta pusaka), iaitu Allah telah menjadikan untuk bahagian seorang lelaki
bersamaan dua orang perempuan kerana Allah S.W.T. telahpun membahagikan
sesama mereka seperti itu. Pilihan yang lebih baik ialah mengikuti pembahagian yang
telah ditentukan Allah. Juga keranapemberian hibah di dalam kehidupan salah satu
daripada dua keadaan pemberian, iaitu menjadikan untuk bahagian seorang lelaki
bersamaan dua orang perempuan seperti semasa kematian dan kemudian diiringi
oleh Mirath (harta pusaka) pula. Ini menunjukkan bahawa pemberian
perlu dipercepatkan atau disegerakan selepas berlaku kematian. Pemberian
itu sewajarnya berdasarkan pembahagian yang telah Allah tetapkan dalam harta
pusaka.

UMRA ( ) DAN RUQBA (

)

Umra
13
diambil dari kata kata umrun ( ) iaitu hidup. Al-Umra
14
bermaksud
pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat
harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al-Umra juga
bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat
salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima
hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada
pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah
akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-umra adalah
seperti pemberi hibah berkata: tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu
semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku
masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati atau "Aku bagi rumah ni
kepadamu selagi aku hidup" atau " Kau tinggallah dirumah tu selagi hayat kamu"

Ruqba
15
pula diambil dari kata kata muraqabatun (

) yang bererti berinti


intipan kerana satu sama lainnya saling mengintip bilakah ia mati supaya kembali
kepadanya. Manakala al-ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah
satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan
kepada salah satu pihak yang hidup.
_____________________________________
13. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :

Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 509.

14. http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html

15. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :

Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 509.

Al-Ruqba
16
juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah,
di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal
dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah
akan kembali kepada pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi
hibah berkata: tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu
maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk
kamu.

Para fuqaha sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan
terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah
yang bersifat sementara seperti hibah umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal.
Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad
hibah itu sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara umra kerana
sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara umra, maka ia menjadi milik orang
yang dihibahkan.
Sebahagian daripada fuqaha mazhab Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu
Thur dan lain-lain serta qawl al-qadim Imam Syafie berpendapat bahawa hibah
umra adalah harus dan syaratnya sah jika tidak dinyatakan oleh pemberi hibah
bahawa harta yang dihibahkan akan
_____________________________________
16. http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html


menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian penerima hibah. Ini bermakna
harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.

Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat
sementara pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ariyah (peminjaman).
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah umra tetapi tidak
mengharuskan hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis
Rasulullah s.a.w yang telah mengharuskan hibah umra dan membatalkan hibah
ruqba. Namun hadis ini dikritik oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui
kesahihannya. Mereka juga berpendapat bahawa hibah ruqba adalah hibah taliq ke
atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia akan terlaksana.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting
yang membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai hibah umra
dan hibah ruqba ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan
hibah sesuatu yang ditaliqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah
menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan fuqaha.

Mazhab yang mengatakan hibah umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah
berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara umra atau ruqba.
Mazhab yang mengharuskan hibah umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan
hadis yang bermaksud:
(Hibah) umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka.

Menurut Mazhab Syafie
17
hibah umra dan ruqba ialah hibah sah, tetapi syarat tidak
terpakai berdasarkan Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Umra dibenarkan untuk pemiliknya begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya"
Kesimpulannya kebanyakan ulama telah mengharuskan pemberian umra dan ruqba
dengan menganggap kedua duanya dari jenis hibah juga,perlu kepada ijab dan
qabul serta penerimaan barang dan seumpamanya.Namun Mazhab Maliki dan
Hanafi
18
melarang pemberian ruqba dan mengharuskan pemberian umra.

KESIMPULAN
Hibah merupakan amalan membantu ekonomi umat Islam dan merapatkan ikatan
persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Ianya amat wajar
disuburkan dalam kehidupan semua ahli masyarakat lantaran ia boleh dilakukan
dalam bentuk harta, makanan, minuman, dan wang ringgit. Alangkah bertuahnya
masyarakat yang prihatin kepada masalah umat yang hidup sezaman dengannya
lalu memberi di saat orang memerlukan, tidak meminta-minta walau pun amat
berhajat kepada sesuatu, pemurah tidak kedekut, pemaaf tidak pendendam, dan
sentiasa sukakan kebajikan.Membantulah sesama umat Islam untuk merapatkan
silaturrahim dan dapat membantu memajukan ummah.
_____________________________________
17. http://mizimind.blogspot.com/2009/10/hibah-umra-ruqba.html

18. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 6.


BIBLIOGRAFI

1. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur
: Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.
2. Sadiy Abu Jaib . (1988) . al-Qaamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilaahan . Kuala Lumpur .
Darul Fikri Sdn. Bhd.
3. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon . (2002) . Fiqh dan
Perundangan Islam Jilid V . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
4. http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html
5. http://mizimind.blogspot.com/2009/10/hibah-umra-ruqba.html
6. http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/

You might also like