Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dewasa kini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit dan getir terutamanya pada

abad ke-21. Pelbagai halangan dan kekangan dalam penggunaan bahasa kebangsaan namun
ianya telah diperkenalkan diperingkat awal iaitu di sekolah bagi memastikan kedudukan bahasa
Melayu dapat dijadikan perpaduan dan memupuk keperibadian Malaysia. Namun setelah sekian
lamanya, disebabkan arus globalisasi dimana perkembangan pesat dunia tanpa sempadan
menyebabkan bahasa Melayu menerima cabaran yang begitu sukar bagi meletakkan bahasa
Melayu mampu sebaris dengan bahasa asing yang lain terutamanya bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa antarabangsa.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya cabaran sedemikian kepada
penggunaan bahasa Melayu iaitu sikap penuturnya sendiri. Seseorang penutur yang tidak
mempunyai kesungguhan dan mempunyai perasaan malu yang menebal untuk menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai penggunaan harian maka berlakulah bahasa Melayu kian terhakis dan
terkubur oleh kerana generasi yang tidak mengambil prihatian dan mengambil berat tentang
budaya masyarakat Melayu. Sikap yang tidak mengambil berat oleh penutur yang mana lebih
gemar menggunakan bahasa asing seperti bahasa inggeris kerana lebih selesa bercakap akan
menjadi persaingan kepada bahasa Melayu kerana dapat menggugat kedudukan bahasa Melayu
itu sendiri. Contoh ramai dalam kalangan orang Melayu berbangga menutur bahasa inggeris
walaupun orang sekelilingnya majoriti orang berbangsa Melayu dan boleh memahami bahasa
Melayu terutamanya dalam di majlis rasmi. Hal demikian mungkin adalah kerana penutur
terbiasa dengan didikan pendidikan atau ikutan oleh ibubapa atau masyarakat sekeliling. Nik
Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan,
bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh
penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat
kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.
Seterusnya ialah faktor penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita
sendiri. Terdapat beberapa gejala yang tidak sihat yang meruncing dan membimbangkan dalam
penggunaan bahasa Melayu. Hal demikian kerana banyak pengaruh media cetak dan media
elektronik telah merosakkan bahasa Melayu kepada orang ramai terutamanya kepada golongan
remaja dan kanak-kanak. Contohnya ialah penggunaan bahasa rojak dalam media seperti di kaca
televisyen mahupun di radio dalam mengacarakan sesuatu program secara langsung atau tidak
langsung. Terdapat banyak kesalahan mereka gunakan dari segi pertuturan ayat, istilah dan
sebagainya. Ianya satu trend pada masa kini yang boleh menyebabkan keracunan bahasa apabila
didengar oleh kanak-kanak atau remaja-remaja yang menyebabkan menjadi ikutan kepada
mereka kelak. Situasi sebegini begitu bahaya jika ianya menular kerana jika tidak diatasi dengan
segera keindahan bahasa Melayu akan tidak kedengaran dan berkemundang lagi. Memang tidak
dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah
Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa
diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua Contohnya ialah seperti Dalam hal ini you paling best.
How are you today..harap OKlah. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu
memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Malah
tidak dinafikan bahawa cabaran bahasa Melayu tidak dapat disekat kerana penggunaan bahasa
Melayu bukan standard dan bahasa inggeris dalam urusan rasmi khasnya urusan melibatkan
jabatan-jabatan kerajaan.

Di samping itu ialah faktor ketiga iaitu cabaran bahasa Melayu menerima persaingan
yang hebat dalam pelbagai sudut terutamanya dalam institusi pendidikan. Pada masa kini boleh
dilihat banyak institusi pendidikan tinggi dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Banyak kolej-kolej swasta serta universiti swasta yang cenderung menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar yang utama. Menurut Abang Patdeli Abng Muhi dalam makalahnya
Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran menyatakan nilai sosial dan nilai ekonomi bahasa
Melayu tidak dapat dielakkan dengan bayangan dengan bahasa Inggeris. Fenomena ini juga
adalah terjadi salah satu sebab kerana pasaran kerja atau permintaan kerja oleh syarikat-syarikat
diluar sana yang memerlukan graduan yang mahir dalam pengguasaan bahasa inggeris untuk
diambil bekerja. Malah sekarang setiap kali ditemuduga memerlukan mereka menutur bahasa
inggeris dengan sepenuhnya menyebabkan ramai pelajar atau siswazah menekankan
pengguasaan bahasa inggeris semasa di peringkat pengajian. Seharusnya kita perlu mencontohi
negara Jepun dimana di peringkat pendidikan rendah sehingga peringkat tinggi mereka
mengamalkan menutur bahasa ibunda mereka sendiri sehingga menjadikan bahasa Jepun adalah
salah satu bahasa di peringkat antarabangsa.
Selain itu, faktor yang keempat adalah kemajuan teknologi maklumat yang semakin
meluas ke pelusuk dunia. Dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan bahasa inggeris
adalah paling dominan dan seterusnya memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu. Oleh
itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata
berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap
dipelajari kerana ilmunya Jesteru, mempelajari bahasa asing tidak salah namun kita haruslah
mengekalkan identiti bahasa Melayu kita sendiri dengan mengamalkan pertuturan dan
penggunaan semaksimum yang boleh. Masyarakat hendaklah memainkan peranan yang penting
untuk menerima dengan secara terbuka dalam menghadapi perkembangan pesat teknologi
maklumat pada alaf ini. Apa yang penting adalah penyampaian dan pemahaman ilmu
pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan
adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri. Kita perlu mengambil
contoh negara Jepun walaupun negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa
ibunda tetap terjaga dan terpelihara.

You might also like