Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN

Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Hj.Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia ke - 6.
Beliau telah mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 3 April 2009.Sejurus selepas
mengangkat sumpah,dalam ucapan sulungnya,beliau telah mengagaskan suatu gagasan yang
menjadi pegangan rakyat pada hari ini iaitu Gagasan 1 Malaysia.Apakah itu Gagasan 1
Malaysia? Ia bukanlah retorik politik semata mata untuk meraih undi rakyat,namun gagasan ini
sebenarnya merupakan suatu hasrat,harapan,impian,naluri serta isi dan suara hati seorang
Perdana Menteri yang ingin melihat rakyat yang dipimpinnya dapat menjalani kehidupan secara
aman,damai,sejahtera dan sentosa tanpa sebarang perbalahan mahupun persengketaan yang
akhirnya boleh mengakibatkan kerugian serta kemusnahan kepada negara.Selain itu,Gagasan 1
Malaysia juga merupakan suatu langkah yang proaktif serta bertepatan dengan suasana dan cita
rasa rakyat.Dalam erti kata lain,gagasan ini mengajak seluruh kaum untuk menjalin ukhuwah
sejati dan erat. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua
rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu
menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara
bersama.Hakikatnya,negara Malaysia yang kita cintai ini sebenarnya bukan menjadi hak milik
sesuatu bangsa mahupun individu namun,negara ini adalah menjadi hak milik mutlak Bangsa
Malaysia.










HARAPAN
( Sebuah nukilan dari lubuk jiwa PM )

Di wajah suci anak- anak ini,
Ku lihat sinar,
Di hati murni mereka,
Terpahat sebuah impian,
Andai sengketa membelenggu sesama,
Andai kerakusan menguasai kita,
Ke manakah tumpah harapan mereka.

Kerna,
Di bahu kitalah terpikul,
Segunung amanah,
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar,
Melunas sumpah,
Menunai janji.

Ayuhlah,
Rakan dan taulan,
Sahabat dan saingan,
Lupakan beda,
Lebihkan menerima,
Bertatihlah bersamaku,
Kita berjalan seiringan,
Kita melangkah sehaluan.

1 suara
1 impian
1 harapan
1 MALAYSIA

You might also like