Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Aplikasi Teknik 6P Dalam Membina Ayat Huraian Karangan

(Disediakan oleh: Cikgu S.M.D Robert)



1. Analisis tajuk atau soalan karangan untuk menentukan T (tema) dan F (kata fokus).
2. Karangan mestilah terdiri daripada perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
3. Membina 5 perenggan yang terdiri daripada 3 isi.
4. Bahagian pendahuluan memadai setakat dua ayat sahaja, iaitu ayat tema (AT) dan ayat fokus (AF).
5. Perenggan isi pula hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat isi (AI) dan
ayat huraian (AH), ayat contoh (AC) atau ayat penegas (AP).
6. Perenggan kesimpulan pula, perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat rumusan (AR), ayat syor
(AS), ayat pendapat (APd) atau ayat harapan (AHp).
7. Bagi memudahkan pelajar membina ayat huraian (AH), teknik 6 Pertanyaan (6P) seperti apa, bila,
siapa, di mana, bagaimana dan mengapa dapat membantu.
8. Karangan yang cemerlang mengandungi ungkapan yang menarik dan penggunaan penanda wacana
yang sesuai.

Contoh soalan:
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kemalangan jalan raya berlaku berdasarkan rajah
yang diberi. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Analisis soalan:
Tema kemalangan jalan raya
Fokus faktor-faktor penyebab
6P - Bilakah kemalangan jalan raya berlaku?
- Mengapakah berlaku?
- Siapakah terlibat?
- Bagaimanakah kemalangan berlaku?

Jawapan Contoh:

Perenggan Pendahuluan:
(AT) Kemalangan jalan raya suatu kejadian yang pasti berlaku hampir setiap hari. (AF) Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Perenggan Isi:
(AI) Salah satu faktor penyebab kemalangan jalan raya berlaku ialah sikap manusia. (AH-
Soalan ABM..Apakah..?) Sikap manusia yang cuai dan kurang berhati-hati mengundang padah ketika
berada di jalan raya. (Soalan ABM..Bagaimanakah..?) Sebagai contohnya, mereka memandu sambil
berbual melalui telefon bimbit, tidak mematuhi had laju, dan sebagainya. (AC)
Selain itu, (AI) kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan faktor mekanikal. (AH-Soalan
ABM..Apakah..?) Hal ini berpunca daripada keadaan kenderaan, keadaan jalan raya yang tidak rata dan
lampu isyarat yang tidak berfungsi. (AH-Soalan ABM..Bagaimanakah..?) Sebagai contohnya, brek
kenderaan yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kemalangan berlaku. (AC)
Bukan itu sahaja, (AI) faktor penyebab kemalangan berlaku juga ialah faktor cuaca. (AH-
Soalan ABM..Bagaimanakah..?) Apabila hujan turun, jalan raya akan berkeadaan licin dan berkabus.
(AH-Soalan ABM..Apakah..?) Hal ini menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan
kerana penglihatan yang kurang jelas.

Perenggan Penutup:
Kesimpulannya, (AR) kemalangan jalan raya merupakan sesuatu kejadian yang sukar
dielakkan. Oleh itu, (AS) semua pengguna jalan raya hendaklah berhati-hati dan mematuhi peraturan
kerana malang tidak berbau.

You might also like