Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

HUBUNGAN ETNIK

SKP 2204 (KUMPULAN 6)




PROPOSAL KAJIAN HUBUNGAN ETNIK
MITOS DAN KEPERCAYAAN ETNIK-ETNIK DALAM KALANGAN
MAHASISWA UPM




KUMPULAN: CINDIAN


Nama Ahli Kumpulan No. Matrik
1. Muhammad Afiz bin Rosli 160631
2. Norsakinah binti Shamsudin 160655
3. Arsyadul Ibad bin Abd Karim 160708
4. Wajihah binti Ahmad Zamri 161840
5. Azizah binti Mohd Hazedi 161917
6. Hannah Shobana Samuel 164012
7. Nurshuhada binti Ahmad Khirul Anuwar 169930
8. Azlini binti Razali 169980
9. Fatin Amalina binti Hishamudin 170059


GERAK KERJA DALAM KUMPULAN

MINGGU PERTAMA: Perjumpaan ahli kumpulan. Perbincangan mengenai tajuk dan pembahagian
tugasan.
MINGGU KEDUA: Penambahbaikan dan suntingan proposal dibuat dalam kumpulan.
MINGGU KETIGA: Proposal dihantar.
MINGGU KEEMPAT:
MINGGU KELIMA:
MINGGU KEENAM:
MINGGU KETUJUH:
MINGGU KELAPAN:
MINGGU KESEMBILAN:
MINGGU KESEPULUH:
MINGGU KESEBELAS:
MINGGU KEDUA BELAS:
MINGGU KETIGA BELAS: Persiapan slide show dan lakonan
MINGGU KEEMPAT BELAS: Pembentangan hasil kajian












KAJIAN LITERATURE
Melayu, sebagaimana Cina atau India, adalah salah satu suku bangsa yang
menetap dan mengamalkan cara hidup serta falsafah yang seragam. Dan suku
bangsa ini memang telah ditakdirkan wujud di rantau Nusantara yang mencakupi
beberapa wilayah dan kepulauan utama di Asia. Dari perspektif sejarah, tamadun
Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira tamadun Melayu
Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Alam Melayu juga telah lama
membina kebudayaannya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yang lain.
Dalam proses perkembangannya, ia melalui tiga peringkat utama iaitu:

(a) Tamadun Purba atau Pra-Sejarah (sehingga abad ke-3 Masihi)
(b) Tamadun Hindu iaitu mulai kedatangan pengaruh Hindu (abad ke-3 Masihi dan
Arab jahiliah, hingga tahun1200 Masihi)
(c) Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam (1200 Masihi hingga kini.
Khurafat bermakna kepercayaan karut yang bertentangan dengan agama Islam juga
terdapat kepercayaan-kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran agama
Islam yang suci. Kepercayaan ini diwarisi secara turun-temurun, dan satu generasi
ke satu generasi. Ia menyalahi dasar-dasar ilmu tauhid dan diambil daripada punca-
punca yang salah. Kepercayaan karut ini sukar dihapuskan kerana ia sudah berakar
umbi dalam jiwa orang-orang Melayu. Kepercayaan ini masih mendapat tempat
dalam akidah orang-orang Melayu kerana mereka sudah menganggap kepercayaan
itu adalah betul dan salah. Di Nusantara kepercayaan animisme ini juga wujud
dalam bentuk kepercayaan kepada penunggu atau puaka yang menghuni sesuatu
tempat. Mereka turut meyakini makhluk-makhluk ini boleh mendatangkan kesan baik
ataupun kesan buruk kepada mereka. Kepercayaan kepada animisme juga telah
membawa kepada amalan beragama iaitu pemujaan dan perhambaan diri kepada
sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa untuk mendatangkan kesan-kesan
tertentu kepada si pemuja.
Hinduisme ialah bentuk kepercayaan yang datang dari pengaruh India ke Alam
Melayu. Hubungan antara Alam Melayu dengan India telah terjalin sejak abad ke 2M
lagi. Kerajaan-kerajaan seperti Majapahit, Srivijaya dan lain-lain adalah kerajaan-
kerajaan yang mendokong fahaman hinduisme. Selepas kedatangan pengaruh
hindu, muncul lah fahaman sinkretisme iaitu percampuran antara agama Hindu-
Buddha dengan unsur-unsur kepercayaan peribumi. Kesan dari proses sinkretisme
ini jelas kelihatan dalam ciri-ciri agama Hindu-Bali yang masih kekal hingga kini.
Sinkretisme dalam Hindu-Bali mewujudkan ciri-ciri perbezaan antara Hindu-Bali dan
Hindu-India kerana Hindu-Bali meliputi unsur-unsur kepercayaan peribumi dan
kepercayaan agama Buddha (12) .

Dalam memperkatakan tentang pengaruh Hindu-Buddha di Alam Melayu, Prof S. M.
Naquib berpendapat bahawa pengaruh Hindu dan Buddha semata diamalkan oleh
suatu lapisan tipis struktur masyarakat sahaja. Ia merupakan agama yang
dipertahankan oleh golongan istana serta golongan bangsawan sedangkan rakyat
biasa mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap ajaran-ajaran tersebut. Van Leur
menyatakan masyarakat Melayu-Indonesia itu bukanlah sebagai masyarakat Hindu
kerana ia dianuti dengan bersungguh-sungguh oleh golongan bangsawannya
sahaja. Sedangkan falsafah Hindu yang sebenar tidak juga difahami oleh mereka.
Ajaran yang mereka pegang adalah dalam bentuk pandangan hidup yang
berteraskan kesenian serta upacara-upacara ritual demi untuk memperkukuhkan
kedudukan golongan raja-raja dan bangsawan dalam masyarakatnya. Ia bukanlah
satu ajaran yang berteraskan falsafah dan logik akal fikiran serta tidak mampu
merubah pandangan hidup masyarakat di Alam Melayu itu sendiri.
Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah
dunia roh. Berbagai-bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan,
dan telah pun dijadikan alternatif kepada ubat. Budaya rakyat telah membantu
mengisi kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara
mitos, agama dan fenomena yang aneh memang rapat sekali. Dewa-dewi menjadi
sebahagian tradisi, antara yang terpenting termasuk Guan Yin, Maharaja Jed dan
Budai. Kebanyakan kisah-kisah ini telah berevolusi menjadi perayaan tradisional
Cina. Konsep-konsep lain pula diperluas keluar mitos menjadi lambang kerohanian
seperti dewa pintu dan singa penjaga. Di samping yang suci, turut dipercayai yang
jahat. Amalan-amalan seperti menghalau mogwai dan jiangshi dengan pedang kayu
pic dalam Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara turun-temurun.
Upacara penilikan nasib Cina masih diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun
mengalami perubahan.










KAJIAN RESPONDEN
1. Boleh tuan ceritakan sedikit sebanyak mengenai kepercayaan mitos dalam masyarakat ?
2. Apakah punca wujud kepercayaan mitos?
3. Adakah kepercayaan mitos memberi kesan buruk atau dapat menberi kebaikan?
4. Apakah contoh kepercayan mitos yang masih dipercayai masyarakat hingga hari ini?
5. Adakah wujud kaitan secara langsung atau sebaliknya akan persekitaran dalam
sesebuah masyarakat untuk mempercayai mitos?
6. Pada pendapat tuan, kesahihan mitos perlu dibuktikan dengan kajian ilmiah atau
membiarkan sebagai mitos?
7. Masyarakat hari ini disogokkan dengan media massa dengan mitos moden dan hantu.
Apa pendapat tuan dengan polimik ini?
8. Sejauh mana pengaruh kepercayaan mitos ini dalam pembentukkan modal insan yang
unggul khusus kepada mahasiswa?
9. Bagaimana tuan lihat dari prespektif yang menyeluruh mengenai mitos dalam kalangan
mahasiswa sebagai barisan kepimpinan sebagai peneraju Negara masa depan?
10. Apakah hasrat dan nasihat tuan dapat sampaikan kepada masyarakat mengenai
kepercayaan mitos khususnya kepada mahasiswa UPM?
DUA ORANG TOKOH YANG DIPILIH
1. Prof. Dr. Mat Rofa
Pensyarah di Fakulti Sains, UPM
2.

You might also like