Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kuliah 4

Kesan Konflik
Objektif Pembelajaran
Pelajar berupaya memahami kesan negatif konflik
Pelajar berupaya memahami kesan positif konflik
Pengenalan
Konflik adalah sesuatu yang normal dan tidak boleh
dihindarkan sebagai hasil dari interaksi manusia
Mengikut pandangan tradisional, konflik harus
dielakkan kerana membawa kesan yang negatif
Pada pandangan kontemporer, konflik boleh
memberi kesan negatif (merosakkan) dan kesan
positif (membina) kepada individu dan organisasi.
Kesan yang dibawa oleh konflik bergantung kepada
bagaimana cara konflik itu dikendalikan
Perbincangan 1
Bincangkan kesan sesuatu konflik
kepada

1. Individu
2. Kumpulan (termasuk keluarga)
3. Organisasi
4. Komuniti
Kesan Negatif Konflik Kepada
Individu
Mengikut Kreps (1986), konflik boleh membawa
kesan yang negatif seperti:
Melemahkan hubungan inter personal
Timbulnya perasaan marah
Perasaan terluka
Keterasingan
Tanda Konflik Pada Diri
Sikap saling tidak percaya antara satu kumpulan
dengan kumpulan yang lain
Juga ditunjukkan secara verbal dan non-verbal
Raut wajah tidak senang
Bersikap diam
Mengasingkan diri dengan kelompok lain

Kesan Negatif Konflik Pada
Organisasi
Mengikut Daft (1982), konflik membawa kesan
negatif kepada organisasi seperti:
Pembaziran tenaga
Hilangnya tumpuan kepada pekerjaan
Merasakan kumpulan lain tidak begitu penting
Kurangnya kerjasama antara kelompok bahkan
mendorong berlakunya permusuhan
Koordinasi yang sangat buruk
Kesan Positif Konflik
Kreps (1982), konflik yg dikelolakan secara tepat
membawa kesan positif
Sebagai isyarat bagi meneliti masalah yg timbul
Bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku
Meningkatkan interaksi & keterbukaan
Menggalak dan meningkatkan kreativiti
Satu ruang untuk menyelesaikan masalah
Mendorong penyampaian maklumat antara
kelompok
Menguji kekuatan idea dan jalan penyelesaian
yang ditawarkan untuk sesuatu masalah yang berlaku
Pandangan Stewart & Logan (1993)
Konflik yang berlaku boleh membantu pihak yang
terlibat membuat keputusan yang lebih baik, bukan
keputusan yang terus diterima dari pihak atasan.
Konflik boleh membantu untuk mencari penyelesaian
sesuatu masalah yang melanda individu atau kumpulan
Konflik dapat membina keyakinan dalam sesuatu
perhubungan
Konflik berupaya membina hubungan interpersonal
yang sebenarnya

You might also like