Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN HARI SUAIKENAL TAHUN 1 / 2014

Tarikh : 30.12.2013 ( Isnin )


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Kelas Tahun 1
Kehadiran Guru : Pn.Veerathangam ( Guru Besar )
En.M. Jeyendran ( P.K. Pentadbiran )
Pn. M. Yasothai ( P.K. HEM )
En. S.Kaaarthik
Pn. S.Punitha
Pn. K.Amutha
En. Y.Ellan Selvi
Cik.M.Sivasanthini
Pn.P.Kanmani
Pn.M.Anjalay Devi


Bil. Kehadiran Murid : 3 Orang ( seorang murid tidak hadir dengan bersebab)
Bil. Kehadiran Ibubapa : 3 orang

Hari suaikenal tahun 1/2014 telah diadakan pada 30/12/2013 iaitu bersamaan dengan
hari Rabu. Seperti yang dirancang majlis pada hari itu telah bermula 8.00 pagi dan berakhir
pada pukul 12.00 tgh. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikendalikan dengan sempurna
oleh warga sekolah SJK(T) Ladang Scarboro, Bahagian 2
Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya lagu Negaraku
dinyayikan oleh para hadirin. Kemudiannya, Guru Besar SJK(T) Ladang Scarboro iaitu
Pn.Veerathangam telah memberikan ucapan kepada para hadirin. Dalam ucapannya beliau
telah menyampaikan beberapa maklumat penting kepada para ibubapa tentang sekolah dan
isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Beliau juga
meminta para ibubapa memberikan perhatian yang serius dalam pendidikan anak-anak
mereka dari semasa ke semasa. Selain itu, Guru Besar juga meminta para ibubapa sentiasa
datang ke sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam pendidikannya
daripada guru-gurunya. Seterusnya, beliau telah memperkenalkan guru-guru yang mengajar
untuk tahun satu. Antaranya ialah :-
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
NO. HP GB :013-4608822


Pn.P.Kanmani ( Guru Kelas, Guru Bahasa Tamil, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral,
Dunia muzik )
En.Kaaarthik ( Guru Bahasa Malaysia )
Pn. Punitha ( Guru Bahasa Inggeris, )
Cik.Sivashanthini ( Guru Matematik , Dunia Sains Teknologi)
Pn.K.Veerathangam (GB)( Guru Seni )

Kemudianya, beberapa ucapan telah diberikan. Antaranya ialah seperti berikut :-
Bil Guru Tajuk
1 En.M.Jeyendran ( Penolong Kanan Pentadbirn ) KSSR, PBS
2 Pn.M.Yasothai ( Penolong Kanan HEM ) RMT, KWAPM, SPBT
3 En. S. Kaaarthik Disiplin
4 Pn.Y.Ellan Selvi LINUS

Penyerahan buku teks kepada para murid telah dijalankan. Pn.P.Kanmani selaku guru SPBT
sekolah telah mengedarkan buku teks kepada murid-murid. Semasa pengedaran buku teks beliau telah
meminta kepada para murid membalutkan buku yang diberikan.
Perjumpaan pada hari tersebut diteruskan dengan lawatan sekitar sekolah. Pn.P.Kanmani
telah membawa para murid bersama dengan para ibubapa untuk melawat kawasan sekolah. Semasa
melawat beliau telah memberitahu kepada murid-murid peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
semasa berada di tempat-tempat seperti pejabat, perpustakaan, kantin dan sebagainya.
Pada pukul 12.00tgh majlis suaikenal telah bersurai. Murid-murid dan para ibubapa
meninggalkan kawasan sekolah.


Disediakan oleh,

Pn.P.Kanmani

You might also like