Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FOLIO SIVIK

KERJAYA PILIHAN:JURUTERA DAN ARKITEK


Nama:1NORFITRIHA BINTI ABDULLAH
2.SITI NUR SYAUQINA SAFIY BT JAMALUDIN
3.NUR SHAHIRAH BT RIZDUAN
4.NOR DALILA BT ISMAIL
5. NUR FATIN SYAFIQAH BT MOHAMAD ZAMSHAH
6.HANIS NABILA BT MADZI

KERJAYA BIDANG KEJURUTERAAN


Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan
Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai
sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai
pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli,
mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan
perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers
Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan
sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

KEJURUTERAAN AWAM

a. JURUTERA AWAM
Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai
perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah
seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan
tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat
serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam
jangkamasa yang ditetapkan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya, jurutera
awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik,
jurutera awam kumbahan.

Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.
Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan
kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

b. PEMBANTU JURUTERA AWAM
Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau
juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan
kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap
perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan,
tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan
jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit
dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan
kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek
perumahan dan lain-lain.

c. JURUTEKNIK AWAM
Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan
tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran
awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur
lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020
berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan,
pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.Disektor awam
mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti
Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA
samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat
di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta
pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek
perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

a. JURUTERA MEKANIKAL
Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin
pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi
nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan
jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta
prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.



Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom
Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan
pembinaan dan bangunan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke
jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-
Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah
Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh
meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan
dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding
kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

b. JURUTEKNIK MEKANIKAL
Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal
yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan,
penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor
awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang
juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya
memohon ke jawatann yang lebih tinggi.


c. MEKANIK JURUTERA AM
Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali
kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam
bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian,
menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan
mempastikan ianya berfungsi dengan baik.




KEJURUTERAAN ELEKTRIK

a. JURUTERA ELEKTRIK
Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan
menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem
untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam
perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan
menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik,
Jurutera Peralatan Elektromekanik..

Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau
Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan
seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan
pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom
(M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji.

b. JURUTEKNIK ELEKTRIK
Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang
menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan
peralatan elektrik.

Prospek Kerjaya.

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan
tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang
lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan
dan tertinggi. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan
dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat
Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji.



KEJURUTERAAN KIMIA

a. JURUTERA KIMIA
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk
perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain
operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi.

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka
juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi
mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang
berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di
syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan
yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan
dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding
kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

b. PEMBANTU JURUTERA KIMIA
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan
Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia,
pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia
pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan
seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan
pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa,
sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam
Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-
barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan
lain-lain.


c. JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA
Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera
kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan - jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka
juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka
boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS
tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi. Di sektor
swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan
yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja
penyelidikan dimakmal.


KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

a. JURUTERA ELEKTRONIK
Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan
kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan
komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang
digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan
hiburan,dll.

Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian, Jurutera Kuasa Nukleur, Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara,
Penyamanan Udara Dan Penyejukan, Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik, Jurutera
Marin.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan
bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan
Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti
atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau
Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh
meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan
dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding
kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

You might also like