Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Panduan Cara Buat Tugasan Geografi PT3 2014

PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi



Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang
relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:


Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan
ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif
kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah
melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif
iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan
berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi
kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh
bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan
kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran
tanah berlaku.








SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG


BORANG SOAL SELIDIK


NAMA :
UMUR :
PEKERJAAN :
ALAMAT :



ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.



1. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara di kawasan tempat
tinggal anda?

Pembakaran terbuka
Pelepasan asap kilang

Asap kenderaan bermotor

Pembinaan bangunan

Penggunaan baja kimia
Pembuangan sisa toksik
Perniagaan
Penternakan
2. Apakah kesan pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?
Udara tercemar
Suhu meningkat
Bau busuk
Jerebu
Hujan asid
Hidupan akuatik terancam
Gangguan kesihatan
Air tercemar




3. Apakah langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di tempat tinggal anda?
Kempen kesedaran
Penguatkuasaan undang-undang
Kitar semula
Pendidikan alam sekitar
Rawatan air kumbahan
Menggunakan petrol tanpa plumbum
Insinerator/tapak pelupusan sampah
Penggunaan catalytic converter


p/s : Sepatutnya ada kotak untuk setiap jawapan. Tapi ni kes copy dari word masuk ke
blog. So pelajar2 bolehlah masukkan sendiri kotak di sebelah setiap pilihan jawapan yer.



PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan
Tugasan


Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :


1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan
realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah
penuh.
: Perancangan merangkumi :

Jadual Kerja
Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
Objektif Kajian
Kaedah Kajian


2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan
menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah
penuh.
: Proses awal perlulah ada :
sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan
kajian
senarai rujukan
gambar jika berkenaan


3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti
berikut :
Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan
kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.
Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan
jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah
mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan
kawasan kajian.
Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas
dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta
yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan
mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah
penuh.



Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan
panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah
dengan menggunakan ayat anda sendiri.




Home ChemistryAward Nuffnang WW Novel GuruPT3
Wednesday, July 02, 2014
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014
Tingkatan 3
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Nota Penting: Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan
Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah
dengan menggunakan ayat anda sendiri.





Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas
anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir
http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3-geografi.html
contoh soal selidik
contoh borang soal selidik lain

Format laporan tugasan Geografi

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda boleh pilih sama ada udara, air,
tanih)

Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara
di bandaraya Kuala Lumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)

contoh:
a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)
b) Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
c) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpur
d) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di bandaraya
Kuala Lumpur

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji
(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,
jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan
dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap
kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif
iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan
memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada
hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak
terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Pencemaran Bau:
satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak
disenangi sehingga memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian
dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan
juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran
hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan
habuk atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan
Faktor dan Punca Pencemaran Air
Antara penyebab utama pencemaran air adalah:

1. Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air.
Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki
minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan
mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,
lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan
tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan
berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam
air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t
idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan
dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di
Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus
disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam
sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan
kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik
ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh
menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan
akuatik.

3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak
bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai
akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat
menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.

4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran
dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.
Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak
dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai
apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan
manusia apabila digunakan.

Faktor dan Punca Pencemaran Bau
Antara penyebab utama pencemaran bau adalah:

1. dari kawasan pelupusan sampah.

Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin
sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.



2. dari kawasan penternakan ayam.

Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu
keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya di waktu pagi.


3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.

Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan
longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.



4. dari aliran parit yang tersumbat.

Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan
pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

5. pelepasan habuk yang tersebar melalui udara.
Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan
melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi
membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Bagi aktiviti
pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padi selepas menuai padi.
Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara.
faktor lain yang boleh dihuraikan:
sistem pembentungan yang tidak dibaikpulih
sikap segelintir masyarakat
pencemaran sungai/air

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan
kajian
(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.
Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan
kajian kes anda)

Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan,
penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan
juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar
setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa
maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada
bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat
kira-kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur
dioksida(SO2) di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur,
alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul
di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Kesan Pencemaran Bau
Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-
kesannya ialah :

1. Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk.
Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh
menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana
dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk.

3. Pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi
punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang
tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang
tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan
makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.

5.Air Tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja
menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang
tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.


Kesan Pencemaran Air

(a) Kesan Kepada Manusia
Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi
bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Sesetengah bahan pencemaran boleh
menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah
kromosom. Yang menjadi mangsa adalah penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila
mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

(b) Kesan Kepada Organisma Akuatik
Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai, tasik dan air dari tanah. Air yang
tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang, dan minyak
mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai
jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai
jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber
makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu, organisma akuatik akan
mengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-
jenis organisma akuatik.

4. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.
(huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih
dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi
mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda. langkah-langkah
di bawah juga buleh digunapakai untuk pencemaran-pencemaran yang lain mengikut kesesuaian)

Langkah mengurangkan pencemaran udara
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:
Menghijaukan kawasan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Program kitar semula
Kempen
Tindakan Undang-undang
Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.



(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan
asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu
pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.



(c) Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.



(d) Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.



(e) Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic
converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin
(Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua
hala (Two-way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran
dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar bermangkin tiga hala (three-way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan
oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan
penggunaan minyak kenderaan bermotor.


(f) Tindakan Undang-undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak
berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam
sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan.
Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan
alam.

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-
murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah
pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan
yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran
lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan
kesedaran secara lebih berkesan.

Langkah mengurangkan pencemaran bau
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran bau adalah:
(huraikan mengikut ayat anda sendiri)
penguatkuasaan undang-undang
pemerkasakan sistem-sistem yang berkaitan
rancangan pembangunan
kempen berterusan dan praktikal
kepimpinan melalui teladan
penerapan dalam sistem pendidikan
Anugerah kualiti alam sekitar diperluaskan
gotong royong
contoh huraian:

(a) Gotong Royong
Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga
melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan
melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan
sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan
sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat
menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara
persekitaran sekolah.

(b) Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau
badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan
untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut
sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan
sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.


Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air
Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah
seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling
- dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri
dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum
dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis
makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang
sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

(ii) Melaksanakan program Peningkatan Kualiti Air Sungai
- mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.
Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan
orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.
Pada masa yang sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau
alam sekitar, jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-
duanya sekali.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah
pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus
memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan
nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta
oleh tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan
sebagainya.
(lihat contoh penulisan sumber pada tugasan sejarah)

sumber baru:
saya memberikan anda satu folio/kajian lengkap mengenai Pencemaran Alam sekitar yang
merangkumi pencemaran air, tanah, udara:
Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini
Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur
Folio Geografi Tingkatan 3 2011 Pencemaran Alam Sekitar
Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)

Tempoh Pelaksanaan
1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

Sumber: melvister.com , cikguhailmi.com
Diolah dan Diedit oleh saya sendiri!

untuk info lanjut, sila download panduan guru dan panduan murid bagi tugasan kajian kes
Geografi --> klik sini

lihat juga:
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3


@ !(>)

Jom Skodeng Entry Lain Pulak PBS, PT3
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014
Tangguhkan PBS!
PT3 menggantikan PMR
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3
Related Posts Widget[?]
si Tukang Karut: Cik Balqis
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PBS, PT3
12 comments:
Anonymous said...
mcm mna nak copy / download nie
July 02, 2014 8:07 PM

Anonymous said...
nak copyy , nak buat bahan -,-
July 02, 2014 10:21 PM

Cik Balqis said...
@Anonymous
tak bole ke? okeh2..kjp lagi try balik..
July 03, 2014 7:25 AM

Cik Balqis said...
@Anonymous
baik2..faham2. kejap ye :P
July 03, 2014 7:27 AM

Anonymous said...
nak buat fakta mcm mne ye?
July 03, 2014 10:40 PM

Cik Balqis said...
@Anonymous
buat fakta mengenai apa?

jika nak simpulkan sesuatu fakta, anda kena ada huraian mengenai fakta tersebut.
July 03, 2014 10:44 PM

Nurul Mawaddah said...
thnx lot :)
July 04, 2014 12:53 PM

mimi choong said...
Macam mane download? Please teach me...thanks :)
July 04, 2014 10:20 PM

Anonymous said...
geografi x perlu buat karangan mcm sejarah ke? dan berckp psl grafik adkah soalan
borang soal selidik yg prlu digrafikkan? atau ianya freestyle? any type of graphic
instrument would do aslkn ianya menepati tajuk?
July 04, 2014 10:59 PM

Cik Balqis said...
@mimi choong juz copy and paste only :)
July 04, 2014 11:07 PM

Cik Balqis said...
@Anonymous
xperlu. kajian ggeografi nk cantik buat point.

borang soal selidik xperlu bentuk grafik. tgk cth borang soal selidik yg sy bg. hny perlu
ada soalan n pilihan jwpn yg byk. ikut style yg awk suka.

kalau nk guna grafik, kita bole guna utk huraikan sesuatu. n awk bole selitkan di mn2
huraian
July 04, 2014 11:08 PM

Anonymous said...
definisi kena 1 m/s shja ka? dan kalau sy buat temubual adkh sy perlu merekodkan
temubual tersebut ataupun buat borang soal selidik secara subjektif? dan kalau punca
kesan dan faktor ayt apa yang perlu sy mulakan dahulu?
contohnya kalau definisi bermula dengan (menurut Wikipedia maksud.....) kalau
faktor plk? dan dlm definisi blh x ada ayt 'jerebu' di dlmnya krana cg sy kata x blh
kerana ia masuk dlm kesan pncmrn udara.. tp setahu sy format dia mengatakan
bhawa dlm definisi kena ada konsep,huraian dan contoh... sy kurang fhm lah cg..
minta maaf kalau pnjg sgt soalan sy dan sy hrp cg dpt membantu sy... onegaishimasu...
July 05, 2014 2:57 PM
Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Bahan PT3 sudah boleh dicopy. saya buka disable click untuk sementara waktu
3 Julai 2014


Cik Balqis
26 tahun 9 bulan
B.Ed (Hons) Science (Chemistry), UPSI
Single
JeLiNg2
last time skodeng sini padaWed, Jul 2, 2014 08:59:26 PM
156 makhluk tgh skodeng ^v^
ViSiToR
520964
SiLa LiKe!
aRcHiVe
2014 (66)
o July (6)
FIFA World Cup 2014
Punca Sebenar Tanah Mendap di Jalan Pudu-Jalan Han...
Saya Dapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan!
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan ...
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan...
Wordless Wednesday # 27: 30 Hari dalam bulan Ramad...
o June (9)
o May (7)
o April (14)
o March (16)
o February (9)
o January (5)
2013 (138)
2012 (99)
2011 (49)
2010 (117)
2009 (109)
2008 (14)
PoPuLaR
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3
Lagu OST Adam Dan Hawa Astro Mustika HD
Apo Bondo Eh Ni?
Nur Feetri: Singaporean Duckface
Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
Kebaikan dan keburukan pelajar bawa handphone ke sekolah
Drama Bersiri Adam dan Hawa
Malaysia semakin sejuk. Betul tak?
Novel: Love You, Mr. Arrogant
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014
BUSUK

mahu doa dimakbul

produk mns

anak linda rafar meninggal dun..

wordless wednesday 27 working
PINGJE!

Ulasan Novel: Confession of
a Shopaholic

Ekslusi f: Filem Highland
Tower Terakam Gambar
Anu!

Bos oh Bos

Cerita Lawak Pembantu
Rumah

Buka Cawangan
BLOG TRAFFIC
CONTACT ME

TWITTER
NETWORKEDBLOGS

Follow this blog
BACKLINES


Excellent review BlogPingSitePingates
http://www.freesearchenginesubmission.infoclic pour info
TAJUK
Isi 2
PrOtEctTiOn

Translate

Powered by Translate

Followers

[close]


Follow Imotiv


Google+

Powered by Blogger.

Copyright 2008-2014. All Right Reserved. Miss
Balqis@2014


Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah
pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji (Tajuk kajian: Pencemaran
udara)
Pencemaran Udara : Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan
bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan
memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.

2. Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran
hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan
habuk atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan
3. Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan,
haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam
darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata
dan juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar
setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah
membawa maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya
kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat
kira-kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur
dioksida(SO2) di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.
Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah
hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
4. Langkah mengurangkan pencemaran udara
Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:
Menghijaukan kawasan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Program kitar semula
Kempen
Tindakan Undang-undang
Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi
masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip
mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara
dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating
memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini.
Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan
sebagainya.

Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung
dalam udara sehingga berlakunya perubahan yangmenjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.
Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder.

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida
akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan
asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang
berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk
atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Kesan Pencemaran Udara


Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga
menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun),
Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya
gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah
terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut
kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada
bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-
kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2)
di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di
dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini
dan juga menjejaskan kualiti udara.


Kesan Kejadian Pencemaran kepada Alam
Sekitar

a) Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung
dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan
pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar
dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi
tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke
udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid
terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan
dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta
dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan
kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit
seperti mengidap asma.

b) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat
daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah
faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang
banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari
untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan
menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja
membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di
kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa
gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas,
mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa
sakit dada.

c) Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terla
lu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan
global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara
kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

d) Air tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan
sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air
akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak
betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka
sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah
anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan
badan akibat penggunaan sumber air tersebut

e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan
sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka
berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang
getah.

Rujukan:
1. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html
2. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-
alam-sekitar/

Bahan Tugasan Geografi PT3: Kesan Kejadian Pencemaran Alam Sekitar kepada Manusia dan
Alam Sekitar ini sekadar perkongsian dan sebagai sumber rujukan sahaja. Calon perlu mengolah
semula dalam bentuk penulisan rencana. Diingatkan juga, calon perlu sesuaikan dengan kajian kes
calon.
Langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara merupakan bahagian terakhir
untuk kajian kes PT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki
untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh.
Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan
kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah
pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan. Diingat sekali lagi, pelajar mesti
menghuraikan cadangan tersebut menggunakan ayat sendiri dengan relevan dan kritis.

Read more: http://www.cekgunorazimah.com/#ixzz36JhnMqEZ
Punca Pencemaran Sungai Batu Ferringhi Penang




GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK)
antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran pantai khususnya membabitkan Sungai Batu Ferringhi dan
harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon
Yeow perkara itu dijelaskan berdasarkan laporan siasatan terkini yang dikemukan oleh JAS, pada taklimat kepada
exco kerajaan negeri 28 Februari lalu.

Justeru Chow berkata, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap IWK memandangkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pegawai undang-undang .

Dalam taklimat itu, JAS telah kenalpasti punca pencemaran di Sungai Batu Ferringhi antaranya premis makanan,
loji IWK, kegiatan dobi dan cuci kereta.

JAS negeri telah pun menyiapkan kertas siasatan terhadap IWK berhubung dgn masalah pencemaran di Sungai
Batu Ferringhi, kertas sisaatan dibuat berdasarkan peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan
diserahkan kepada pegawai undang Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, kata Chow.

Tambah Chow, menerusi taklimat itu juga, pihak JAS meminta agensi lain yang berkaitan mengambil tindakan
wajar termasuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran air di kawasan Sungai Batu Ferringhi
memandangkan ia di luar kawalan JAS.

Ini kerana selain IWK, tiga buah premis makanan, tiga buah kedai dobi dan sebuah kedai cuci kereta juga
mungkin menjadi penyumbang utama kepada pencemaran di kawasan peranginan itu.

Chow berkata demikian di pejabatnya tengahari tadi bagi memberitahu perkembangan terkini isu pencemaran
pantai Batu Ferringhi.

Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak awal Februari lalu
mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Air laut di kawasan itu bertukar hitam dan berbau didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik
IWK.

Manakala maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (escherichia coli) e-coli dalam
sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

IWK bagaimanapun menafikan punca pencemaran datang dari loji kumbahan milik mereka.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam
Sulaiman berkata pihaknya belum lagi meneliti laporan tersebut.

"Kami tidak berani komen atau buat apa-apa andaian lagi sebelum membaca kandungan laporan itu.

Bagaimanapun, kami menekankan bahawa IWK akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk
mengendalikan perkara ini secara baik," katanya.

Astro Awani


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/03/punca-pencemaran-sungai-batu-
ferringhi.html#ixzz36Jj1Q1VZ
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

You might also like