Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Tel : 019-5508305 Blog : jpp-iptb.blogspots.com


1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : IPGKTB/HEP/JPP/01 (46)
Tarikh : 20 Januari 2012

Pengurus Kantin,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tuanku Bainun,
Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Tuan,
Sokongan terhadap Perkhidmatan Pengurusan Kantin
Dengan segala hormatnya dimaklumkan, kami Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2011/2012 mewakili semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun di sini ingin menyatakan
bahawa pihak pengurusan kantin telah berjaya melaksanakan perkhidmatan mereka dengan
baik.
2. Perkhidmatan yang baik itu termasuklah daripada segi penyediaan makanan, kepelbagaian
jenis lauk, harga yang berpatutan, dan sebagainya. Hal ini telah memudahkan urusan guru-guru
pelatih di IPGKTB sewaktu rehat.

3. Atas segala kerjasama pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian
Saya yang menurut perintah,

......
(KHAIRUL ANAM BIN AMRAN)
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tuanku Bainun

s.k. 1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
2. Fail berkenaan

You might also like