Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA


KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH KE INDAH WATER KONSORTIUM
SDN BHD
ANJURAN:
GURU PELATIH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SAINS SEMESTER 8
DENGAN KERJASAMA
JABATAN SAINS IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TEMPAT:
INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
76300 SG. UDANG , MELAKA

TARIKH:
11 OGOS 2014
(Isnin)

MASA:
7.30 pagi 1.00 petang

PERKARA
Disediakan oleh:
Suriati Binti Johari,
Setiausaha,
Lawatan Ilmiah Indah Water Konsortium
Sdn Bhd
IPG KPM
Disemak oleh:
Pn. Fatimah binti Yusof,
Penyelaras,
Lawatan Ilmiah Indah Water Konsortium
Sdn Bhd
IPG KPM
Disahkan oleh:
En. Makrof bin Md Daud,
Ketua Jabatan Sains,
IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.
Disahkan oleh:
Dr. Hj. Mihat bin Dolah,
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.
Ulasan KUKP/PEK/PA

Dilulus/Tidak dilulus oleh:


Pn. Tumerah binti Rosmin
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.

1.0

PENGENALAN

TANDATANGAN/ULASAN

Kursus Sains Teknologi dan Masyarakat, SCE 3143 amat menarik untuk diterokai
khususnya oleh guru-guru Sains. Kursus ini memberi pengetahuan tentang aplikasi
sains

teknologi

serta

hubungannya

dengan

masyarakat.

Antara

fokus

perbincangannya ialah kestabilan struktur bangunan, pembelajaran berasaskan


projek untuk pemuliharaan air, tanah, dan hutan, pembelajaran berasaskan projek
untuk tenaga dalam biosfera, serta pembelajaran berasaskan projek untuk
pencemaran dan kesannya terhadap kesihatan manusia.
Justeru, lawatan ilmiah Indah Water Konsortium Sdn Bhd ini telah dicadangkan
bersama oleh pensyarah di Jabatan Sains dan guru-guru pelatih Program ljazah
Sarjana Muda Pendidikan PISMP Sains Januari 2011 untuk memenuhi salah satu
fokus perbincangan kursus iaitu projek pembelajaran berasaskan projek untuk
pemuliharaan. Lawatan ini merupakan salah satu medium untuk membuka minda
para peserta program mengenai sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk
semua rakyat Malaysia demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan
ke dalam sistem pengairan. Selain itu, lawatan ke Indah Water juga akan
mendedahkan peserta dengan penggunaan teknologi dan kepakaran yang cukup
dalam mengendalikan jentera-jentera dan makmal yang cekap dalam mengawasi
sistem kumbahan yang dijalankan.
2.0

RASIONAL

Lawatan ilmiah Indah Water Konsortium ini dilihat sebagai lawatan sambil belajar
yang

berencanakan

unsur

pendidikan

melalui

pengalaman

yang

boleh

mengintegrasikan antara teori dan pengalaman sebenar yang dapat memberi impak
positif ke atas pemahaman guru pelatih berkaitan isu pemuliharaan air dan tanah.
Program ini merupakan satu medium untuk memberi pendedahan yang lebih global
kepada guru pelatih mengenai perkhidmatan, pengurusan, dan proses-proses yang
dijalankan dalam mengekalkan bentuk kualiti dan kuantiti yang memuaskan.
Lawatan ini berkait rapat dengan sukatan pelajaran "Sains Teknologi dan
Masyarakat' bagi guru pelatih PISMP Sains Semester 8. Sejajar dengan itu,
pemilihan lokasi program Indah Water Konsortium Sdn Bhd di negeri Melaka itu

sendiri merupakan lokasi yang paling tepat dan sesuai untuk melihat dengan lebih
dekat lokasi di mana pengurusan dan pemprosesan

dilakukan serta memberi

pengetahuan baru kepada peserta program tentang penggunaan teknologi dalam


bidang ini.
Justeru, guru pelatih memerlukan program sambil belajar dan kursus seperti ini untuk
membantu meningkatkan kefahaman dalam medium pembelajaran yang lebih
berkesan. Lawatan ini juga melatih kepada guru pelatih agar dapat mensintesis
maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren
tentang teori dan amalan.
3.0

MATLAMAT

Lawatan ilmiah ke Indah Water Konsortium Bhd ini bermatlamat untuk melahirkan
guru yang mempunyai kefahaman tentang proses pemuliharaan air dan tanah
khususnya di negeri Melaka. Program ini bermatlamat membuka minda guru pelatih
tentang kepentingan air bersih terawat untuk kegunaan harian.

4.0

OBJEKTIF

1) Memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek Sains Teknologi dan Masyarakat


(SCE 3143) yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru pada semester
ini.
2) Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan rawatan air
kumbahan.
3) Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang kepentingan Indah Water
Konsortium dalam merawat sisa kumbahan.
4) Sebagai salah satu wadah untuk guru pelatih menghargai pembangunan
teknologi dan kesan positifnya kepada masyarakat.
5) Meningkatkan kemahiran interaksi antara guru pelatih dengan pihak luar.

5.0

TARIKH PROGRAM

11 0gos 2014 (Isnin)

6.0

LOKASI PROGRAM

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, 76300 Sg. Udang, Melaka.

7.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah seramai 17 orang guru pelatih PISMP Sains Semester 8
beserta 2 orang pensyarah pengiring (rujuk lampiran)

8.0

ANJURAN

PISMP Sains Semester 8 dengan kerjasama Jabatan Sains IPG Kampus


Perempuan Melayu

9.0

STATUS DALAM TAKWIM IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Program lawatan ilmiah ini termasuk dalam Sains Teknologi dan Masyarakat, SCE
3143 dan Takwim Jabatan Sains IPG KPM 2014 .

10.0
Bil.
1.
2.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR PUSAT IPG KPM


Keperluan
Plak IPGM Kampus Perempuan Melayu
Beg Cenderahati IPG KPM

Kuantiti
2 buah
2 buah

3.

11.0

Sijil Penyertaan

19 helai

PENGANGKUTAN

Sebuah bas IPG KPM diperlukan untuk perjalanan pergi dan balik ke Indah Water
Konsortium Sdn Bhd untuk 17 orang guru pelatih dan dua orang pensyarah
pengiring.

12.0

PENSYARAH PENGIRING/ PENSYARAH PENGENDALI

Bil.
Nama Pensyarah
1. Puan Fatimah binti Yusof
2. Puan Rohaya bt Mee

Jabatan
Sains
Sains

13.0

JAWATANKUASA PENGENDALI PROGRAM

Penaung

: Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu


Puan Tumerah binti Rosmin

Penasihat

: Ketua Jabatan Sains


Encik Makrof Bin Md Daud

Penyelaras : Pensyarah Jabatan Sains


Puan Fatimah Binti Yusof
Puan Rohaya Binti Mee

Pengerusi

: Mona Sazreen Binti Mohd Zaini

Naib Pengerusi

: Nur Farhana Binti Muhammad Fuad

Setiausaha

: Suriati Binti Johari

Bendahari

: Bahjatu Sholihah Binti Raman

AJK Pengangkutan

: Najwa Binti Zaninudin

AJK Aktiviti

: Intan Najihah Binti Mohd Yusof

AJK Peralatan

: Fadhlin Zahirah Binti Suhimi

AJK Cenderahati / Sijil

: Tg. Intan Mastura Binti Tg. Mohd Ramli

AJK Dokumentasi

: Siti Nur Zulaikha Binti Draman@ Zulkifli

14.0

TENTATIF PROGRAM

Tarikh

Masa
7.30 pagi

Aktiviti
Guru

pelatih

dan

pensyarah

berkumpul.
8.00 pagi

Bertolak dari IPG Kampus Perempuan


Melayu

9.00 pagi
11 Ogos 2014
(Isnin)

Tiba di lokasi lawatan, Indah Water


Konsortium Sdn Bhd.

9.00 pagi 11.00

Penerangan dari Pegawai IWK tentang

pagi

kepentingan IWK dan proses-proses


merawat sisa kumbahan.

11.00 pagi 12.45


tengahari
12.45 tengahari
1.00 petang

15.0

Melawat

tapak

pemprosesan

sisa

kumbahan.
Tamat lawatan
Bertolak pulang ke IPG KPM

PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya


dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksanakan dan
menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

You might also like