Benchmark

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PENANDA ARASAN

PENDAFTARAN, TAKLIMAT DAN PERASMIAN MAJLIS



Pada 2 Oktober 2013 (Rabu) baru-baru ini, saya bersama rakan-rakan
daripada PISMP ambilan Januari 2011 telah pergi ke SK Saujana Impian yang
terletak di Kajang. Kami pergi ke sekolah tersebut untuk menjalankan program Bina
Insan Guru (BIG) semester 6 dimana aktivitinya adalah penanda arasan atau
benchmarking. Berdasarkan perancangan yang telah dijalankan oleh pihak Unit
Gerko, kami dipecahkan kepada dua kumpulan dimana separuh diantara kami pergi
ke SK Convent, Kajang dan separuh lagi pergi ke SK Saujana Impian, Kajang
dimana saya bersama rakan-rakan dari kelas yang terlibat diarahkan untuk
menjalankan program penanda arasan di SK Saujana Impian, Kajang.
Pada hari tersebut, saya bersama rakan-rakan yang terlibat telah bertolak dari
IPG Kampus Pendidikan Islam ke SK Saujana Impian, Kajang pada pukul 8.00 pagi.
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di sekolah
tersebut. Setibanya kami disana, pihak sekolah telah menyambut kedatangan kami
semua dengan meriah sekali.
Pada masa yang sama juga, kami telah disuruh untuk mendaftarkan diri di
kaunter pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Sejurus sahaja
selesai mendaftarkan diri, kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Besar sekolah
tersebut yang terletak di tingkat 3 untuk sesi taklimat ringkas yang telah diberikan
oleh Dr Hussin selaku ketua rombongan bagi program penanda arasan ini.
Berdasarkan taklimat secara ringkas yang diberikan oleh Dr Hussin, beliau terlebih
dahulu menyatakan hasrat dan tujuan kami datang ke sekolah tersebut dengan
harapan pihak sekolah akan memberikan kerjasama dalam memberikan input-input
yang berguna untuk dijadikan sebagai penanda arasan.
Majlis bermula tidak lama kemudian dan ianya telah dibuka dan dirasmikan
oleh Pegawai PPD Hulu Langat. Beliau ada menyatakan perasaan gembira kerana
berpeluang dating ke SK Saujana Impian bagi sama-sama menjayakan program
penanda arasan ini walaupun hanya sekejap. Selain itu, beliau ada juga
memberitahu kami bahawa pihak PPD telah mencadangkan SK Saujana Impian
dijadikan sebagai benchmark untuk program kami memandangkan pihak Unit
Gerko iatu Puan Nor Anisa binti Kadri ada menghubungi beliau untuk mendapatkan
serba sedikit maklumat tentang sekolah mana yang patut dijadikan sebagai
benchmark bagi menjayakan program BIG kami.
Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat bersama kami sepanjang program
penanda arasan dijalankan disebabkan atas urusan tertentu yang perlu diselesaikan.
Namun begitu, saya berasa bangga kerana dapat bertemu dengan beliau dan
kagum dengan sikap beliau yang telah ditunjukkan kepada kami.

You might also like