Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ALAT BANTUAN:

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran


Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih
dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada
murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam
proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya
akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian
oleh guru-guru.
a) Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau
kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-
murid belajar sendiri.

b) Kos
Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan
sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan
pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan,
malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh
pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi
juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c) Aspek-aspek Teknikal
Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh
digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh
didirikan di atas meja atau sebagainya.

d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna
dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik
lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan
kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan
tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu
sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f) Saiz/Pengelolaan Kelas
Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu
difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh
dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus
memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan,
sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah,
atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.

g) Jangka Masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan
dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin.
Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan
perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

h) Strategi Pengajaran Pembelajaran
Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat
atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa
pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa
yang dirancang.


i) Bentuk dan Fungsi
Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud
disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun
mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan
tertentu maksud boleh disampaikan melalui non-verbal means tetapi
penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini,
bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang
dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa
kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk
komunikasi verbal tidak akan berlaku.
Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi (penglahiran bunyi-bunyi
individu, tekanan, irama, intonasi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis),
perbendaharaan kata (leksis) dan wacana (sekuen ayat-ayat). Aspek-aspek
bahasa seperti ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid
mengenal dan menggunakan bahasa itu dengan betul.

j) Ketepatan
Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat,
terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan
kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan
daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat
peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa
adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat
menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan
dengan situasi ketika itu.

k) Kepelbagaian
Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan
mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan
secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap
variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai
untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.
Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan
geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan
medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-
variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.

l) Kemahiran Bahasa
Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran
membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran
menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap
bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang
demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan
satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

m) Standardisasi dan Simplikasi
Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan
pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini,
bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para
pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan
berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan
pendidikan dan sosial dan sebagainya.

n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah
penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para
pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga
mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan
pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai
sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan
kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan
semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang
digunakan.

PENERANGAN:
a) Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi
keperluan pancaindera para pelajar?
Semua bahan pengajaran sama ada yang digunakan oleh guru atau yang
digunakan oleh pelajar mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi
keperluan pancaindera para pelajar. Dari segi visual umpamanya, bahan-bahan
itu harus mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas dan kemas. Begitu
juga dengan bentuk huruf, ilustrasi dan penjilidannya.bagi bahan-bahan yang
dirakamkan, ianya perlulah dapat didengar dengan jelas, mudah difahami,
ringkas dan padat. Biasanya, bahan-bahan yang dirancang mengikut keperluan
pencaindera para pelajar akan lebih berkesan dan berfaedah.

b) Banyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi
pengajaran dan pembelajaran.
Semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh
diajar secara sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan
peringkat-peringkat perkembangannya, maka bahan-bahan yang digunakan itu
hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut masa yang telah
ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini, bahan itu tentulah
dipengaruhi oleh sukatan pelajaran bahasa pada peringkat yang telah diterapkan
itu.
Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu dalam sesuatu waktu tertentu,
bahan-bahan yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula
melebihi daripada masa yang telah ditetapkan. Guru harus memastikan bahawa
dalam masa yang sesingkat itu, bahan-bahan yang disediakan harus memiliki
sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran serta harus dapat
disampaikan dalam masa tersebut.

c) Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar?
Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang
terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam pengajaran bahasa Malaysia
sekolah menengah, perkara penting yang perlu diajar ialah mendengar dan
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa (morfologi, sintaksis), peribahasa,
perbendaharaan kata, unsur-unsur sastera, tulisan jawi, bahan sumber dan
sebagainya. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah
disusun dengan mengambil kira perkara-perkara tadi. Penggunaan bahan harus
dapat menekankan aspek-asek ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik.

d) Adakah bahan-bahan itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik?
Keupayaan pelajar-pelajar menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya
bergantung kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran
itu kepada mereka. Dalam hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-
cara yang terbaik yang dapat digunakan untuk memudahkan pemahaman
mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti
serta alat-alat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu
pengetahuan daripada bahan-bahan tersebut.

e) Adakah terdapat perbezaan dariada segi jumlah dan kualiti dalam teks.
Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran,
guru itu harus sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada
pelbagai bahan yang berkaitan dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak
gabungan disiplin ilmu, maka makin luas isi, pengetahuan dan aktiviti engajaran
dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang termuat dalam sesebuah
teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang berterusan.
Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, bahasa, ilustrasi,
penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak
menjejaskan pengajaran guru.

You might also like