Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

DI KALANGAN GURU PELATIH


Najeemah Mohd Yusof
J abatan Pendidikan

Abstrak


Kajian ini meninjau hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih
Institut Perguruan Darulaman. Subjek kajian terdiri daripada 111 orang guru pelatih perempuan dan 99 orang
guru pelatih lelaki. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Tennessee Self-concept Scale yang telah
diubah suai. Soal selidik ini mengandungi 60 item. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pelatih Institut
Perguruan Darulaman mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Namun, peratusan guru pelatih perempuan yang
mempunyai konsep kendiri yang tinggi melebihi guru pelatih lelaki. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya
hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih
(r = 0.58, p<.01). Selain daripada itu, secara perbandingan , konsep kendiri aspek sosial didapati mempunyai
hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan ( r = 0.66, p <.01). Bagi
guru pelatih lelaki pula, konsep kendiri aspek psikologikal didapati menunjukkan sifat hubungan yang sama (r
= 0.60, p <.01). Beberapa saranan dikemukakan untuk dipertimbangkan semasa merancang bagi pemupukan
dan peningkatan konsep kendiri positif di kalangan guru pelatih.


Pengenalan
Kajian Berkaitan
Metod
Keputusan Kajian
Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan konsep kendiri dengan pencapaian
akademik di kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, ambilan
Julai 1997. Walaupun banyak kajian telah membuktikan wujudnya hubungan
signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar sekolah
(Patri, 1986; Goh, 1977; Bailey et al, 1964), hubungan konsep kendiri dengan
pencapaian akademik di kalangan guru pelatih masih perlu dibuktikan secara
empirikal. Ini disebabkan wujudnya perbezaan yang nyata antara pelajar sekolah
dan guru pelatih baik dari segi umur, pengalaman, kelulusan mahupun tumpuan
kurikulum yang dirancang untuk mereka. Setakat pengetahuan pengkaji sehingga
kini hanya satu kajian hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik di
kalangan guru pelatih dijalankan di negara ini (Azmah Tambi 1992). Kajian ini
mendapati tiada perhubungan yang jelas antara konsep kendiri dengan pencapaian
akademik.
Maklumat mengenai aspek hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik
di kalangan guru pelatih penting untuk pendidik guru dan pihak yang
berkepentingan dalam merancang langkah-langkah untuk meningkatkan
pencapaian akademik guru pelatih dan seterusnya melahirkan insan guru yang
berkualiti.

Masalah kajian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa berinteraksi dengan guru pelatih,
didapati sesetengah daripada mereka mempunyai konsep kendiri yang positif.
Mereka yakin terhadap diri dan aktif melibatkan diri dalam interaksi kuliah dan
kokurikulum. Manakala ada sekumpulan guru pelatih yang agak pasif dan bersikap
negatif. Di samping itu, ada juga diperhatikan guru pelatih perempuan
menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam kerja kursus, peperiksaan dan
aktiviti kokurikulum jika dibandingkan dengan guru pelatih lelaki. Apakah tahap
konsep kendiri guru pelatih IPDA mengikut jantina ? Adakah wujudnya hubungan
signifikan konsep kendiri dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih
IPDA ?
Soalan kajian

o Apakah tahap konsep kendiri guru pelatih Kursus Perguruan Diploma
Malaysia ambilan Julai 1997 IPDA mengikut jantina ?
o Bagaimanakah hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian
akademik di kalangan guru pelatih tersebut ?
o Bagaimanakah hubungan antara konsep kendiri daripada aspek i)
fizikal, ii) psikologikal, dan iii) sosial dengan pencapaian akademik
mengikut jantina guru pelatih tersebut ?

Batasan Kajian

Kajian ini merupakan kajian khusus tentang hubungan konsep kendiri
dengan pencapaian akademik. Pembolehubah lain seperti pengaruh ibu
bapa, guru, rakan sebaya dan lain-lain tidak dikawal. Pencapaian akademik
adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester.
Sampel diambil dari IPDA sahaja. Oleh itu dapatan kajian ini tidak sesuai
digeneralisasikan.

Definisi operasional

Pencapaian akademik

Dalam kajian ini pencapaian akademik yang dimaksudkan ialah
keputusan peperiksaan akhir semester guru pelatih semester 1 yang
terdiri daripada peperiksaan bertulis akhir semester, kerja kursus
berportfolio, kerja kursus berbentuk taksiran dan gerak kerja
kokurikulum.


Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan gambaran seseorang tentang dirinya. Ia
merupakan satu imej, idea dan perasaan mengenai seseorang yang
sentiasa bergerak dan berubah-ubah. Roger (1981) menyatakan
bahawa ia merupakan satu cara pembentukan personaliti individu
yang merangkumi aspek pengamatan akan sifat diri dan
kebolehannya, hubungan dengan orang lain dan persekitaran serta
objek yang diamati yang mempunyai nilai-nilai positif dan nilai
negatif.
Coopersmith (1980) menyatakan bahawa konsep kendiri individu
yang positif ialah individu yang mempunyai harga diri, menerima diri
dan mempunyai pandangan hidup yang lebih baik serta pandai
membuat keputusan. Sementara individu yang mempunyai konsep
kendiri yang negatif kelihatan tidak gembira, berasa diri tidak
berguna, mudah putus asa dan sukar baginya untuk membuat
keputusan.
Ringkasnya, bolehlah ditakrifkan bahawa konsep kendiri bertindak
sebagai pusat kepada pembentukan personaliti seseorang itu.
Penilaian sikap, kepercayaan dan persepsi terhadap diri sendiri
dirangkumi sekali.


Konsep Kendiri Aspek Fizikal

Gambaran tentang fizikal diri daripada aspek keadaan kesihatan,
bentuk badan dan rupa paras. Contohnya, sama ada seseorang
menganggap dirinya sihat atau berpenyakit, menarik dan lain-lain.


Konsep Kendiri Aspek Psikologikal


Gambaran tentang tingkah laku diri serta harapannya, cara ia berfikir
dan bertindak. Contohnya sama ada seseorang menganggap dirinya
berfikir dan bertindak secara positif atau negatif; mengharapkan
sesuatu yang baik atau buruk, melakukan sesuatu yang berfaedah atau
sebaliknya.


Konsep Kendiri Aspek Sosial
Gambaran tentang kehiudpan sosial diri termasuk sifat hubungannya
dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan lain-lain. Ianya merangkumi
tanggapan diri terhadap kebolehan dan kemahirannya bergaul dengan
orang lain. Contohnya, sama ada seseorang menganggap dirinya
disayangi, diminati ataupun mudah bergaul, berinteraksi dengan
orang lain.



KAJIAN KONSEP KENDIRI BERKAITAN



Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dengan menggunakan pelbagai
alat kajian. Ramai juga pengkaji yang berusaha mengenal pasti faktor-faktor yang
memepengaruhi konsep kendiri seseorang . mengikut Samuel (1982) dan Schwartz
(1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang tinggi konsep kendirinya
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu
bapa yang rendah konsep kendirinya.
Selain daripada faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri, kajian juga
membuktikan bahawa wujudnya hubungan antara konsep kendiri dengan sikap,
pemikiran dan perlakuan seseorang. Vanderpool (1989) dan Gross (1980) telah
membuat kajian tentang self-regard dengan menggunakan Tennesse Self-Concept
Scale ke atas penagih-penagih alkohol. Mereka mendapati bahawa penagih alkohol
mempunyai self-regard yang lebih rendah jika dibandingkan dengan orang-orang
biasa.
Medinnus (1985) telah membuat kajian ke atas pelajar-pelajar maktab. Hasil
kajiannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang tinggi penerimaan kendirinya
(self acceptance) adalah lebih penyayang dan kurang menolak keluarganya, jika
dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang rendah penerimaan kendirinya.
William dan Cole (1968) yang membuat kajian ke atas enam orang pelajar,
mendapati adanya hubungan antara self-regard dengan pencapaian dalam
membaca dan matematik.
Kajian yang dijalankan oleh Corington dan Beery (1987), menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar di sekolah adalah bergantung kepada bagaimana perasaannya
terhadap dirinya.
Anggapan terhadap kebolehannya yang sebenar. Jika ia rasa ia berkebolehan, ia
akan berusaha ke arah itu. Ini bermakna bahawa, seseorang yang tinggi konsep
kendirinya adalah lebih berkemampuan untuk berjaya kerana ia lebih beranggapan
bahawa ia mempunyai kebolehan dan seterusnya berusaha ke arah itu.
Ringkasnya konsep kendiri seseorang dipengaruhi oleh orang-orang significant
seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya. Sikap, pemikiran, imej dan
perlakuan mereka boleh mempengaruhi sikap, pemikiran, perlakuan dan seterusnya
konsep kendiri mereka.
Selain itu, konsep kendiri juga mempengaruhi banyak perkara. Anggapan yang
positif terhadap dirinya juga menyebabkan seseorang itu berasa dirinya dihargai,
dihormati, diterima dan difahami sama ada daripada orang lain atau dirinya.
Perasaan seperti ini bukan sahaja membuatkan seseorang itu yakin terhadap
dirinya, tetapi ia juga merupakan sebagai penggalak untuknya terus berusaha
mencapai matlamatnya. Bagi pelajar yang tinggi konsep kendirinya, mereka sudah
semestinya mempunyai arah yang hendak dituju dan seterusnya berusaha ke arah
itu termasuk pencapaian kecemerlangan dalam bidang akademik.

METOD

Subjek kajian

Kajian ini melibatkan guru pelatih semester 1 Kursus Perguruan Diploma Malaysia ambilan
Julai 1977 dari Institut Perguruan Darulaman. Jumlah guru pelatih tersebut ialah 230 orang
tetapi yang menjawab soal selidik ialah 210 orang (111 adalah perempuan dan 99 lelaki).
Kumpulan pengkhususan subjek kajian ditunjukkan dalam jadual 1.
Kebanyakan subjek kajian memiliki SPM dan sebahagian kecilnya STPM. Umur mereka
dalam lingkungan 18 hingga 28 tahun

Jadual 1 :Taburan Subjek Kajian Mengikut Kumpulan Pengkhususan

Pengkhususan Bilangan
MT/PJK
MT/KH
PRA/PM
PA/KT
SN/KT
SN/KH
PM/PS
MT/SN 1
MT/SN 2
21 orang
16 orang
30 orang
30 orang
30 orang
27 orang
35 orang
22 orang
19 orang


Instrumen

Untuk tujuan kajian ini, satu set soal selidik Tennesse Self-Concept Scale yang diubah suai
digunakan. Soal selidik ini mengandungi 60 item yang terdiri daripada pernyataan konsep
kendiri yang tinggi dan rendah. Antara 60 item ini, 10 daripadanya dijeniskan sebagai
pernyataan berkenaan dengan konsep kendiri aspek fizikal (item 1 hingga 10), 26 konsep
kendiri aspek psikologikal (item 11 hingga 36) dan 24 lagi konsep kendiri aspek sosial (item
37 hingga 60). Subjek kajian dikehendaki memberi skala penilaian dari 1 hingga 5 untuk tiap-
tiap item berdasarkan pandangannya terhadap dirinya(daripada paling tidak benar hingga
kepada paling benar). Nilai pekali Cronbach (aplha) ialah 0.95.
Cara Pembahagian Skor Konsep Kendiri

Tiap-tiap skor yang diberi oleh subjek kajian diberi skor 1 hingga 5. Bagi pernyataan yang
menunjukkan konsep kendiri yang tinggi, angka 1 yang diberi membawa 1 skor, angka 2
membawa 2 skor, angka 3 membawa 3 skor, angka 4 membawa 4 skor dan angka 5
membawa 5 skor.
Bagi pernyataan yang menunjukkan konsep kendiri yang rendah, angka 1 membawa 5 skor
dan angka 2 membawa 4 skor, angka 3 membawa 3 skor, angka 4 membawa 2 skor dan
angka 5 membawa 1 skor. Jumlah skor minima yang akan diperolehi oleh seorang subjek
ialah 60 dan jumlah skor maksima ialah 300. Pemeringkatan konsep kendiri ditunjukkan
dalam jadual 2. Skor 60 hingga 179 digolongkan sebagai tahap konsep kendiri rendah.
Manakala, skor 180 hingga 300 dikategorikan sebagai tahap konsep kendiri tinggi. Umumnya
konsep kendiri rendah disifatkan sebagai konsep kendiri negatif, manakala konsep kendiri
tinggi dikenali sebagai konsep kendiri positif.
Jadual 2 : Pemeringkatan konsep kendiri mengikut skor.

Skor yang di
perolehi
Tahap konsep
kendiri
60 hingga 179


180 hingga 300
Rendah


tinggi
Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik dinilai dari purata mata gred (PMG) dalam peperiksaan akhir Semester
Satu. Pencapaian akademik mereka dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut :-

Jadual 3 : Tahap pencapaian akademik mengikut PMG

PMG yang di
perolehi
Pencapaian
Akademik

3.50 4.00


3.00 3.49

Prestasi Cemerlang


Prestasi Tertinggi


2.00 2.99

Prestasi Memuaskan


Analisis data

Skor konsep kendiri dikategorikan berpandukan kriteria yang ditunjukkan dalam jadual (2)
untuk memperoleh tahap konsep kendiri. Ia dirumuskan dalam bentuk kekerapan dan
peratusan mengikut jantina seperti yang ditunjukkan dalam jadual (5). Sementara sifat
hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik diukur dengan menggunakan
ujian Korelasi Hasil Momen Pearson (r). Pengiraan pekali Korelasi (r) dijalankan dengan
mekorelasikan skor konsep kendiri dengan purata mata gred (PMG) guru pelatih.


KEPUTUSAN KAJIAN

Tahap pencapaian akademik guru pelatih


Jadual 4 : Taburan Pencapaian Akademik Mengikut Jantina

PMG Bil. Perempuan Bil. Lelaki
3.50 4.0
(Prestasi
Cemerlang)
3 3
3.00 3.49
(Prestasi Tinggi)
77 45
2.00 2.91
(Prestasi
Memuaskan)
31 51



Berdasarkan jadual (4), bilangan guru pelatih yang prestasi cemerlang hanya 6 orang (3 lelaki
dan 3 perempuan). Manakala bagi kategori prestasi tinggi, guru pelatih perempuan melebihi
guru pelatih lelaki. Seramai 77 orang guru pelatih perempuan berprestasi tinggi sementara
hanya 45 orang guru pelatih lelaki berprestasi demikian. Pola yang berbeza pula diperhatikan
untuk kategori prestasi memuaskan. Bagi kategori tersebut, lebih ramai guru pelatih lelaki
berprestasi demikian daripada guru pelatih perempuan (lelaki 51 orang; perempuan 31
orang).

Tahap konsep kendiri guru pelatih mengikut jantina.

Jadual 5 : Tahap konsep kendiri guru pelatih mengikut jantina

Jantina
Konsep
Kendiri
Bilangan
Subjek
Peratus
Perempuan
Rendah 22 19.82%
Tinggi 89 80.18%
Lelaki
Rendah 30 30.30%
Tinggi 69 69.7%



Jadual (5) menunjukkan pada keseluruhannya, kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap
konsep kendiri yang tinggi. Seramai 80.18% guru pelatih perempuan dan 69.7% guru pelatih
lelaki mempunyai konsep kendiri tinggi. Satu perkara yang menarik ialah peratusan guru
pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri tinggi melebihi peratusan guru pelatih
lelaki. Sementara, bagi konsep kendiri rendah pula, keadaan yang sebaliknya dapat
diperhatikan. Lebih ramai guru pelatih lelaki mempunyai konsep kendiri rendah (lelaki
30.3%) berbanding guru pelatih perempuan (19.8%).

Hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih

Analisis korelasi membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di
antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih. (r=0.58, p<.01). Ini bererti
34% variabiliti dalam pencapaian akademik boleh dijelaskan menerusi sifat hubungan konsep
kendiri guru pelatih tersebut.

Hubungan di antara konsep kendiri (fizikal, psikologi dan sosial) dengan pencapaian
akademik di kalangan guru pelatih perempuan dan lelaki.

Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan signifikan antara konsep kendiri daripada
aspek fizikal, psikologikal dan sosial dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih
lelaki dan perempuan. Pekali korelasi (r) yang diperolehi berjulat di antara 0.49 0.66 (rujuk
jadual (6)). Dengan nilai pekali korelasi tersebut, maka boleh ditafsirkan hubungan di antara
pemboleh ubah yang diuji hanya bersifat sederhana sahaja. Untuk meneliti hubungan di
antara aspek-aspek konsep kendiri dengan pencapaian akademik, perbandingan antara nilai
pekali-pekali yang diperoleh dilakukan.
Jadual 6: Pekali korelasi (r) antara konsep kendiri (aspek fizikal, psikologikal dan sosial)
dengan pencapaian akademik mengikut jantina dan pekali penentu (r)



Aspek Konsep
kendiri
Jantina
Pekali
Korelasi
(r)
Pekali Penentu
(r)
Fizikal
P 0.63** 0.40
L 0.49** 0.24
Psikologikal
P 0.59** 0.35
L 0.60** 0.36
Sosial
P 0.66** 0.43
L 0.52** 0.27
** p<.01
Bagi guru pelatih perempuan, hubungan di antara konsep kendiri aspek sosial dengan
pencapaian akademik menunjukkan pekali korelasi yang paling tinggi (r = 0.66, p<.0.1).
Maka bolehlah dianggap sebanyak 43% daripada variabiliti dalam pencapaian akademik guru
pelatih perempuan dapat dijelaskan menerusi konsep kendiri aspek sosial.
Manakala bagi guru pelatih lelaki pula, hubungan di antara konsep kendiri aspek psikologikal
dengan pencapaian akademik pula yang memperoleh nilai pekali korelasi yang paling tinggi
(r = 0.60, p<.0.1). Ini bererti 36% variabiliti dalam pencapaian akademik guru pelatih lelaki
boleh dikaitkan dengan konsep kendiri aspek psikologikal.
Aspek konsep kendiri yang mempunyai hubungan yang paling rendah dengan pencapaian
akademik guru pelatih perempuan ialah aspek psikologikal (r = 0.59, p<.0.1). Bagi guru
pelatih lelaki pula aspek fizikal (r = 0.49, p<.0.1).
Hasil analisis korelasi memperoleh satu penemuan menarik iaitu konsep kendiri aspek fizikal
juga mempunyai hubungan yang agak tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih
perempuan (r = 0.63, p <. 0.1). Aspek tersebut didapati mempunyai hubungan yang paling
rendah dengan pencapaian akademik lelaki.

PERBINCANGAN
Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap konsep kendiri yang
tinggi. Ini bererti majoriti guru pelatih dapat menerima diri, orang lain serta persekitaran
dengan positif. Mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri baik daripada aspek
fizikal, psikologikal mahupun sosial. Bagaimanapun, didapati lebih ramai guru pelatih
perempuan mempunyai konsep kendiri positif daripada guru pelatih lelaki (perempuan
80.18%, lelaki 69.7%). Dengan kata lain, bilangan guru pelatih lelaki yang tidak dapat
menerima diri orang lain atau persekitaran serta rendah tahap keyakinan diri adalah lebih
ramai daripada guru pelatih perempuan. Dapatan ini menyarankan guru pelatih lelaki perlu
diberi perhatian yang lebih oleh pensyarah dari segi pemupukkan dan peningkatan konsep
kendiri positif.
Hasil kajian membuktikan wujudnya hubungan signifikan di antara konsep kendiri dengan
pencapaian akademik guru pelatih (r = 0.58, p<.01) walaupun pada tahap yang sederhana.
Dapatan ini menolak Azmah Tambi (1992) yang mendapati hubungan diantara konsep
kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih adalah tidak jelas. Bagaimanapun, ia
menyokong dapatan kajian William & Cole (1968) dan Bailey et al. (1964). Walaupun subjek
kajian mereka terdiri daripada pelajar mereka.
Hasil kajian ini menyarankan 34% variabiliti pencapaian akademik guru pelatih boleh
dijelaskan menerusi sifat konsep kendiri yang dimiliki. Maka sebarang usaha untuk
mempertingkatkan pencapaian akademik guru pelatih harus mempertimbangkan langkah
yang berkesan bagi mempertingkatkan konsep kendiri mereka.
Apabila konsep kendiri dibahagikan kepada konsep kendiri fizikal, psikologikal dan sosial
dan dikorelasikan dengan pencapaian akademik dan perbandingan pekali-pekali yang
diperolehi dilakukan, adalah didapati konsep kendiri aspek sosial mempunyai hubungan yang
paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.66, p<.01).
Manakala konsep kendiri aspek psikologikal pula yang menunjukkan hubungan yang paling
tinggi dengan pencapaian guru pelatih lelaki (r = 0.60, p<.01). Ini bererti guru pelatih
perempuan yang menganggap dirinya cekap berkomunikasi, peramah dan suka berkawan
akan memperoleh pencapaian akademik yang baik dan sebaliknya. Selain dari itu, dapatan
tersebut mungkin menyarankan konsep kendiri aspek sosial lebih mempengaruhi pencapaian
akademik guru pelatih perempuan daripada guru pelatih lelaki. Sementara guru pelatih lelaki
yang menganggap diri memiliki tahap keyakinan yang tinggi, berfikir dan bertindak positif
akan memperoleh pencapaian akademik yang baik dan sebaliknya. Ringkasnya, wujudnya
perbezaan daripada aspek konsep kendiri yang mempunyai hubungan yang paling tinggi
dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih perempuan dan lelaki. Sebab
sebenarnya wujud perbezaan tersebut sukar diperjelaskan dengan kajian yang ringkas ini.
Selain daripada itu, kajian juga mendapati konsep kendiri aspek fizikal juga memperlihatkan
hubungan yang agak tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.63,
p<.0.1). Memang benar tanggapan seseorang terhadap keadaan kesihatan diri mempengaruhi
pencapaian akademiknya. Tetapi sejauh manakah tanggapan terhadap paras rupa dan bentuk
badan diri boleh mempengaruhi pencapaian akademik masih menjadi persoalan. Adakah guru
pelatih perempuan yang menganggap dirinya cantik dan menarik akan menunjukkan
pencapaian akademik yang baik?.
Perbezaan kekuatan hubungan di antara pelbagai aspek konsep kendiri dengan pencapaian
akademik di kalangan guru pelath perempuan dan lelaki menyarankan tumpuan yang berbeza
dari segi bimbingan untuk mempertingkatkan konsep kendiri guru pelatih tersebut.

KESIMPULAN
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap hubungan konsep kendiri dengan pencapaian
akademik guru pelatih. Di samping itu, ia juga melihat hubungan aspek-aspek konsep kendiri
dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Hasil kajian
membuktikan hubungan signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji
walaupun bersifat sederhana. Namun dapatan tersebut tidak mampu menyokong hubungan
sebab-musabab di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih.

You might also like