Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 87

TAKLIMAT

PENGURUSAN
MAJLIS RASMI SEKOLAH DAN
PROTOKOL


______________________________________________________________

ISI KANDUNGAN
1. Definisi Majlis Rasmi dan Protokol
2. Pekeliling Majlis Rasmi Sekolah
3. Perancangan Awal
4. Pengendalian Semasa
5. Hari Sambutan
5.1. Sambutan Di Luar Dewan
5.2. Sambutan Di Dalam Dewan
6. Atur Cara Sambutan
7. Penutup Majlis
8. Kesimpulan

1. DEFINISI
1.1. MAJLIS RASMI SEKOLAH

Suatu majlis, upacara, keramaian, perjumpaan yang
diadakan di sekolah dengan diperakukan oleh kerajaan,
jabatan atau organisasi. Ia dijalankan dengan dengan
lancar, elok, bersih dan tersusun dari segi tugas,
susun atur, program, pertuturan, pakaian dan
sebagainya.
1.2. PROTOKOL

Berasal daripada bahasa Yunani hasil dari
gabungan antara kata protos yang bermaksud yang
pertama dan kolla bererti pelekat. Ia membawa
makna pelekat yang pertama atau tanda taraf atau
status. Secara ringkasnya protokol membawa
makna peraturan-peraturan dalam istiadat atau majlis
rasmi yang berkaitan dengan jemputan, sambutan
tetamu, bentuk upacara, tempat duduk, atur cara,
penyampaian ucapan, susunan bendera dan
sebagainya
1.3. AMALAN PROTOKOL

a. Amalan Protokol Semasa
Keperluan seharian yang melibatkan
susunan keluarga / keutamaan kepada
orang yang lebih tua.

b. Amalan Protokol Dalam Majlis
Majlis rasmi dan formal

c. Keperluan Pengetahuan Protokol
Keperluan hidup bermasyarakat kerana
dapat membentuk ketertiban dan kesopanan.
2 PEKELILING MAJLIS RASMI
2.1. Pekeliling Iktisas Bil.14/1988 bertarikh
18.7.1988
Tajuk : Keberangkatan DYMM Sultan / Raja / TYT
Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah

Perenggan 1 menerangkan
Majlis-majlis rasmi di sekolah ialah Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah, Hari Ibubapa, Hari Terbuka, Hari Sukan
dan Hari Perasmian Sekolah.

Perenggan 2 menyebutkan
Ada di antara program berkenaan di hadiri oleh DYMM Sultan /
Raja / TYT Di Pertua Negeri dan Orang-Orang Kenamaan, oleh
kerana itu pihak sekolah perlu mengambil kira segala persiapan
dalam memenuhi apa-apa juga tuntutan protokol dan istiadat.
2.2. Pekeliling Iktisas Bil.9/1991 bertarikh
12.9.1991
Tajuk : Permohonan Mengundang Orang-Orang
Kenamaan ke Upacara Sekolah / Institusi
Pendidikan.

Perenggan 2 menyebut..
Semua sekolah / institusi pendidikan yang ingin mengundang
Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara
pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih
dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
Undangan untuk upacara lain adalah mengikut peraturan yang
sedia ada.

Perenggan 3 menerangkan
Undangan kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi
Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah
Pendidikan Negeri.

2.3. Pekeliling Iktisas Bil.10/1989 bertarikh
5.10.1989
Tajuk : Atur Cara Majlis Rasmi Sekolah

Perenggan 1 menyebut..
Penyampaian Ucapan Oleh 3 Pihak Sahaja
i. Pengetua / Guru Besar
ii. Pengerusi PIBG / Lembaga Pengurus Sekolah
iii. Tetamu Kehormat

Perenggan 2 pula menyatakan
Jika Majlis Dihadiri Oleh DYMM / TYT Maka
Penyampaian Ucapan Seperti berikut;
i. Pengetua / Guru Besar
ii. Wakil Kementerian Pendidikan
iii. Titah Ucapan Oleh DYMM / TYT

3. PERANCANGAN AWAL

a. Perbincangan bersama pentadbir kanan sekolah
untuk merangka program dan pemilihan tetamu
kehormat.

b. Mesyuarat di peringkat sekolah yang melibatkan
semua guru dan kakitangan serta PIBG

c. Mendapatkan pandangan dan persetujuan
daripada Pegawai Pelajaran Daerah
sekiranya Tetamu Kehormat terdiri daripada;
(DYMM / DYTM / DYAM / PM / MB / M / TM / KPPM)


d Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Pendidikan Negeri berhubung dengan program dan jemputan
Tetamu Kehormat seperti di perenggan c di atas.

e. Menyediakan surat mendapatkan kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan sekiranya Tetamu Kehormat ialah
Pembesar Negeri / Orang Kenamaan (Rujuk Pekeliling Iktisas
Bil.9/1991 Permohonan Mengundang Orang Kenamaan) untuk
tujuan Perasmian Sekolah sahaja. Bagi program lain mengikut
peraturan seperti yang sedia ada.

f. Menyediakan surat jemputan kepada Tetamu Kehormat
berkenaan (setelah dipersetujui oleh Pegawai Pelajaran Daerah
dan Pengarah Pelajaran Negeri) melalui;
* Pegawai Pelajaran Daerah
* Pengarah Pelajaran Negeri
* Pengarah Pelajaran Malaysia

g. Menyediakan Kertas Cadangan

Berikut ialah perkara yang perlu di nyatakan di
dalam kertas cadangan;
i. Senarai Jawatankuasa Induk
ii. Senarai Jawatankuasa Pengelola / Kerja
iii.Atur Cara Majlis
iv. Senarai Jemputan
v.Anggaran Perbelanjaan
vi.Senarai Peralatan / Perkhidmatan
vi.Kekangan
v. Jadual Kerja
vi Aturan Pentadbiran
v. Pelan Lakaran Perjalanan Majlis
Contoh surat jemputan rasmi kepada Tetamu Kehormat
a. Jemputan Untuk DYMM Sultan;
(SURAT IRINGAN)

..
..
Ruj.Kami :
Tarikh :
Setiausaha Kepada
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak,
33007 Kuala Kangsar,
Perak.

Yang Berbahagia Dato,

JEMPUTAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK UNTUK MERASMIKAN
SEKOLAH


sambungan dari m.s.sebelah,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan bersama ini
disertakan surat jemputan untuk diangkat sembah memohon limpah perkenan
Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak, mencemar duli berangkat
merasmikan majlis tersebut pada, jam . bertempat di
..
.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini juga disertakan atur cara majlis dan
draf titah ucapan DYMM Tuanku untuk panduan dan tindakan yang berbahagia
Dato.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



( )
s.k. 1. Pegawai Pelajaran Daerah Berkenaan
2. Pengetua / Guru Besar Sekolah Berkenaan
Jemputan untuk DYMM Paduka Seri Sultan

.
..
Ruj.Kami:
Tarikh :
Yaazima-al-uzamak,

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan, Sultan Azlan Shah yang bersemayam pada masa ini di Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar dengan beberapa kemuliaan dan kebesarannya.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

Adalah patik dengan segala hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan
memaklumkan bahawa sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang ke- , Majlis Perasmian
..
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan di adakan pada
hari..
bersamaan .
.. sambungan;

Patik dengan sukacita dan besar hati memohon sudi apalah jua kiranya
Kebawah Duli Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak,
Tuanku Bainun mencemar Duli berangkat untuk menyempurnakan perasmian
sekolah tersebut pada jam
Pakaian Luonge Suit bersongkok.

Sekian sahaja patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya.

Adalah patik dengan hormatnya
Yang Menjunjung Titah,



( )
b. Contoh Surat Jemputan Kepada YB Menteri Pendidikan
Malaysia



___________________________________________________________________
Ruj.Kami:
Tarikh :
Yang Berhormat,
Tan Sri Dato Seri Hishamudin b. Tun Hussein On,
Menteri Pelajaran Malaysia,
Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

Melalui dan salinan,

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
..sambungan,

Melalui dan salinan,

Pengarah Pelajaran Perak,
Jabatan Pelajaran Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh.

Melalui dan salianan,

Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah .
.

Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri,

JEMPUTAN MERASMIKAN DAN MENYAMPAIKAN HADIAH
HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK 2006
.sambungan,

Dengan segala hormantnya saya merujuk kepada perkara di atas, sukacita
dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Hari
Anugerah Cemerlang bagi tahun 2002 ini pada masa dan tempat seperti berikut;
Tarikh :
Masa :
Tempat :

2. Sehubungan itu, sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa Hari
Kecemerlangan Sekolah ini menjemput Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri hadir
ke majlis berkenaan untuk merasmikan dan seterusnya menyampaikan hadiah
kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi tahun 2002. Kesudian Yang Berhormat
Tan Sri Dato Seri hadir akan memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan ini.

3. Bersama ini disertakan atur cara majlis pada hari tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,
t.t. Pengetua / G.Besar

HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKOLAH 2006

ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang - Ketibaan dif-dif jemputan
2.30 petang - Ketibaan YB DatoSeri Hishamuddin Tun Hussein On
Menteri Pelajaran Malaysia
- Memeriksa Perbarisan
- Memperkenalkan Guru, Kakitangan & AJK PIBG
- Bacaan Doa
- Persembahan Koir
- Ucapan Yang Di Pertua PIBG SMK .
- Ucapan Pengetua SMK ..
- Ucapan Perasmian oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia
_ Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah
- Lawatan Pameran
- /sesi Bergambar
- Minum Petang
- Sidang Media
- Bersurai

CONTOH
PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN








KERTAS CADANGAN
MAJLIS
..
.

Perasmian oleh;
.
.

Pada;


(Contoh)
Program Yang Melibatkan DYMM /Menteri Besar / Menteri
SENARAI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : (Ikut Kesesuaian Tetamu Kehormat)
PENGERUSI : Pengarah / Pegawai Daerah / Pegawai Pelajaran Daerah
TIM. PENGERUSI : Tim.Pengarah / Tim. Pegawai Daerah / Tim. PPD
SETIAUSAHA : Pengetua / Guru Besar Sekolah Berkenaan
BENDAHARI : Dilantik oleh majlis

AHLI JAWATANKUASA

S/U Sulit DYMM / Pejabat MB * Setiausaha Majlis Daerah
Bahagian Majlis Pejabat SUK * Pejabat Penerangan Daerah
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah * Pengurus TNB Daerah
Ketua Sektor Pengurusan Perkhi.Pend. * Pegawai Bonba Daerah
Ketua Unit Pembangunan * Pegawai Agama Daerah
Ketua Unit Perhubungan * Pegawai Vetetinar Daerah
Jurutera Daerah, JKR * Penghulu Mukim
Pegawai Kesihatan Daerah * Pengerusi Lembaga Pengurus
Sekolah
Ketua Polis Daerah * YDP PIBG Sekolah
Pegawai Perubatan Daerah
SENARAI JAWATANKUASA PENGELOLA

PENASIHAT : (Ikut Kesesuaian Tetamu Kehormat)
PENGERUSI : Pengetua / Guru Besar Sekolah Berkenaan
TIM.PENGERUSI : Penolong Kanan
NAIB PENGERUSI : Pengerusi LPS / YDP PIBG
SETIAUSAHA : Guru yang dilantik dalam mesyuarat
BENDAHARI : Orang yang sama dalam JK Induk

AHLI JAWATANKUASA

AJK Jemputan & Sambutan * AJK Keceriaan & Kebersihan
AJK Disiplin & Kecemasan * AJK Seranta & Siaraya
AJK Peralatan * AJK Santapan / Jamuan
AJK Pameran * AJK Persiapan Pentas
AJK Persembahan * AJK Persiapan Dewan
AJK Buku Atur Cara * AJK Persiapan Tempat Santapan /
Jamuan
AJK Keselamatan & Lalulintas * AJK Persiapan Bilik Rehat
AJK Persiapan Khemah * Pembaca Doa
AJK Hadiah & Cenderamata * Pengacara Majl;is

ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang - Ketibaan dif-dif jemputan
2.30 petang - Ketibaan YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Menteri Pelajaran Malaysia
- Memeriksa Perbarisan
- Memperkenalkan Guru, Kakitangan & AJK PIBG
- Bacaan Doa
- Persembahan Koir
- Ucapan Yang Di Pertua PIBG SMK .
- Ucapan Pengetua SMK ..
- Ucapan Perasmian oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia
_ Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah
- Lawatan Pameran
- /sesi Bergambar
- Minum Petang
- Sidang Media
- Bersurai





SENARAI JEMPUTAN

Bil. Senarai Jemputan Bil. Senarai Jemputan

1. Menteri Besar 1 17. Ketua 35
2. Setiausaha Kerajaan Negeri 1 Jabatan
3. Penasihat Undang -Undang 1 18. Pengetua 40
4. Pegawai Kewangan Negeri 1 19. Guru Besar 100
5. Exco Pendidikan 1 20. Pegawai PPD 6
6. Mufti Kerajaan Negeri 1 21. Penghulu 1
7. Pengarah Pelajaran Negeri 1 22. Ketua Kampung 6
8. Semua Pegawai Daerah 9 23 JK PIBG 16
9. . Semua Orang Besar Daerah 9 24. Ibu Bapa 531
10. S/U Sulit DYMM / Pejabat MB 1
11. Bahagian Majlis SUK 4 Jumlah : 800
12. Ahli Parlimen 2
13. ADUN 4
14. Semua Ketua Sektor JPN 5
15. Semua PPD 10
16. Semua Ketua Unit JPN 16
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kos seunit RM
1. Jamuan Meja Utama 20 x RM25 500.00
2. Jamuan VIP 150 x RM15 2250.00
3. Jamuan Pegawai & Ibu Bapa 630 x RM8 5040.00
4. Jamuan Pelajar 800 x RM3 2400.00
5. Plaque 2500.00
6. Cenderamata
300.00
7. Buku Atur Cara Teramu Kehormat 2 x RM100 200.00
8. Buku Atur Cara VIP 200 x RM7 1400.00
9. Buku Atur Cara Biasa 600 x RM2 1200.00
10. Kad Jemputan & Setem 200 x RM4 800.00
11. Bunga Manggar 10 x RM10 100.00
12. Sirih Junjung 2 x RM20 40.00
13. Bunga Pahar 2 x RM25 50.00
14. Jambangan Bunga 1 x RM100 100.00
15. Persembahan (Pakaian & Peralatan lain) 2000.00

Jumlah Keseluruhan : RM18,880.00
SENARAI KEPERLUAN
PERALATAN / PERKHIDMATAN
Bil. Jabatan Bahan / Peralatan Catatan
1. JKR * Permaidani, kerusi DiRaja, khemah
pentas, air cooler, air pancut, kipas
2. Bomba * Pancutan air untuk
membersihkan kawasan
3. TNB * Menyediakan Generator
4. Penerangan * Alat siaraya, hebahan radio,
juruacsrs
5. Polis * Kawalan trafik dan keselamatan
6. Majlis Daerah * Bunga perhiasan, air pancut,
kerusi VVIP / VIP, kipas,
kenderaan mengangkut peralatan
7. Pejabat DYMM * Juru payung, payung DiRaja,
pelayan
8. Bhg Majlis (SUK) * Bendera DiRaja, pelekat kerusi
khidmat protokol
9. Tentera * Latihan perbarisan
10. Pejabat Kesihatan * Pegawai perubatan & Ambulans
11. Pejabat Agama * Pembaca doa dan teks doa
12. JPN / PPD * Penyelengaraan & khidmat nasihat
MASALAH YANG DIHADAPI

Jenis Masalah Cadangan
Penyelesaian

Padang Tempat * Air Bertakung Diturap semula
Letak Kereta (JPN / PPD)
(Tapak Perhimpunan)

Padang Permainan * Air bertakung Baik pulih
* Tidak rata (JPN / PPD)

Kawasan Sekolah * Pembersihan kawasan Majlis Daerah
* Longkang pecah JPN / PPD
* Tandas rosak JPN / PPD

Jalan masuk ke sekolah * Rosak Pejabat Daerah
JADUAL KERJA
Tarikh Perkara Tindakan
31.1.2002 * Sekolah dimaklumkan tentang pemilihan JPN
perasmian oleh DYMM Sultan
2.2.2002 * Memaklumkan kepada PPD Pengetua
10.2.2002 * Mesyuarat JK Pengelola dan melantik JK Pengetua
17.2.2002 * Mesyuarat JK Kecil dan menyediakan Pengetua
Kertas Cadangan
29.2.2002 * Mesyuarat JK Induk 1 JPN/PPD
Minggu 1 Mac * Menyediakan draf kata-kata aluan dan Pengetua
dapatkan tandatangan & gambar
( Menteri Besar, Menteri, Pengarah, PPD
Pengetua & PIBG)
30.2.2002 * Menghantar surat jemputan kepada Pengetua/
DYMM, DYTM, DYAM, Raja Bergelar, JPN / PPD
MB dan Menteri
6.3.2002 * Mesyuarat JK Pengelola Pengetua
18.4.2002 * Mesyuarat JK Induk JPN / PPD
23 & 25.4.2002 * Raptai Penuh Pengetua
27.4.2002 * Majlis perasmian sekolah Semua
1.5.2002 * Menghantar surat penghargaan terima kasih Pengetua
15.5.2002 * Mesyuarat penutup Pengetua / JPN/
PPD
ATURAN PENTADBIRAN


Pergerakan/Masa Acara Tatacara


P1 Keberangkatan tiba DYMM Semua jemputan telah berada di tempat
(10,00 pagi) di pintu hadapan sekolah masing-masing.

P2 DYMM Sultan dan Permaisuri Disambut oleh dif-dif kehormat
(10.02) turun dari kenderaan di Raja (Pengetua, MB, Menteri, Pengarah. DO,
OBJ)

P2 Rombongan DYMM berdua Diiringi oleh pancaragam sekolah..,
(10.05) di arak ke pentas di Raja Bunga Manggar, Sirih Junjung & B.Pahar

P3 Rombongan DYMM berdua * Nyanyian Lagu Negeri Perak
(10.15) mengambil tempat di pentas * Persembahan murid
di Raja * Ucapan Aluan Pengetua
* Ucapan Menteri Pendidikan
* Titah Ucapan Perasmian
P4
(11.15) Upacara Perasmian * Rombongan DYMM ke tempat Plaque
* DYMM membuka tirai plaque
* Bacaan Doa

PELAN LAKAR
PERJALANAN MAJLIS


Sediakan pelan lakar yang lengkap pergerakan
Tetamu Kehormat daripada mula tiba hinggalah
Tetamu Kehormat meninggalkan majlis mengikut
seperti yang dicatatkan di dalam aturan pentadbiran.
4. PENGENDALIAN SEMASA
Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia maka;

4.1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk dengan
melibatkan semua agensi yang berkaitan
(perbincangan kertas cadangan untuk
persetujuan)

4.2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola / Kerja
di peringkat sekolah dengan melibatkan
semua guru, kakitangan serta PIBG.

4.3. Mengambil semua tindakan segera
sebagaimana yang dipersetujui dalam
Mesyuarat JK Induk dan Mesyuarat JK
Pengelola / Kerja.

Sambungan ..
Persiapan yang perlu;
* Khemah
* Pentas
* Kerusi Ttetamu Kehormat (ikut kesesuian)
* Kerusi tetamu jemputan
* Tempahan makan
* Hadiah dan cenderamata
* Fizikal sekolah, kebersihan dan keceriaan
* Persembahan
* Peralatan
* Siaraya / seranta
* Pengacara majlis
* Pembaca Doa
4.4. JEMPUTAN RASMI
4.4.1. PENDAHULUAN

a. Perkara / alat yang wajib bagi sesuatu majlis
rasmi

b. Gambaran majlis rasmi atau tidak rasmi

c. Menentukan jaya atau gagalnya majlis
tersebut.

d. Untuk menentukan persiapan tempat,
anggaran perbelanjaan, susunan tempat
duduk dan juga persiapan- persiapan lain
yang berkaitan.


4.4.2. RINGKASAN SENARAI JEMPUTAN
Berikut ialah contoh ringkasan senarai jemputan;

Bil. Jemputan Bil. Jemputan
1. Kementerian Pelajaran 5 orang
2. Jabatan Pelajaran Negeri 22 orang
3. Pejabat Pelajaran Daerah 9 orang
4. Ahli Parlimen 2 orang
5. ADUN 6 orang
6. Ketua-Ketua Jabatan 30 orang
7. Pengetua-Pengetua 35 orang
8. Guru Besar 120 orang
9. PIBG & Ibu bapa 621 orang
Jumlah : 850 orang
4.4.3. SENARAI KEHADIRAN IKUT KEKANANAN
Berikut contoh senarai berkenaan;

Bil. Nama Jawatan Kehadiran

1. YB Tan Sri . Menteri Pelajaran -/ (2)
2. YB Dato Dr Exco Pelajaran -/ (1)
3. YB. Dato ADUN.. -/ (1)
4. YB En. ADUN . -/ (1)
5. Y.Bhg. Datuk.. KPPM x
6. Y.Bhg. Dato . Pengarah -/ (2)
7. Y.Bhg. Dato . Pegawai Daerah -/ (1)
.. .
.. .

Jumlah Kehadiran : ====

4.4.4. KAD JEMPUTAN
MUKA HADAPAN MUKA BELAKANG
KERAJAAN NEGERI PERAK
DARUL RIDZUAN


Dengan segala hormatnya mempersilakan
.
Ke
Upcacara Perasmian Sekolah Menengah
..
Sempena
Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan
..
Pada :
Jam :
Tempat :
Sila Jawab. Pakaian: ..

ATUR CARA NAJLIS
MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH
..
10.30 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
10.40 pagi : Ketibaan YB
10.50 pagi : Ketibaan YAB
11.00 pagi : Keberangkatan Tiba DYMM &
DYMM Raja Permaisuri Perak
Persembahan
Ucalan YB Menteri.
Ucapan YAB Menteri Besar
Titah Perasmian
Upcara Perasmian
Bacaan Doa
Santapan

LOGO
4.4.5. KAD JAWAPAN
MUKA HADAPAN MUKA BELAKANG
URUSAN KERAJAAN

Kepada,
Pegetua,
SMK ..
..
.


KAD JAWAPAN
Upacara Perasmian SMK

Sukacita saya akan hadir / tidak hadir
Seorang / berdua ke majlis tersebut.
Terima kasih.

..
(Tandatangan & Cop)

4.4.6. JEMPUTAN KE MAJLIS
JAMUAN

4.4.7. PELEKAT LETAK KERETA

JEMPUTAN
KE MAJLIS SANTAPAN DI RAJA

Sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa
Pengelola Perasmian SMK ..
Menjemput YB/Dato/Datin/Tuan/Puan
Ke Jamuan Makan Bersama D.Y.M.M
Paduka Seri Sultan Perak. Terima kasih.
PELEKAT LETAK KERETA

Upacara Perasmian SMK.

(TEMPAT LETAK KERETA : ..)
A
4.5. TEMPAHAN BUKU ATUR CARA
Perkara yang perlu ada;
a. Susunan gambar dan kata-kata aluan mengikut
keutamaan.
b. Atur cara majlis
c. Latar belakang sekolah
d. Program sekolah
e. Senarai Jawatankuasa Induk
f. Senarai Jawatankuasa Pengelola
g. Senarai pemenang / penerima hadiah
h. Penghargaan

5. HARI SAMBUTAN
5.1. SAMBUTAN DI LUAR DEWAN
a. Penyambut Tetamu Utama
b. Upacara sambutan
* Pembuka pintu kereta
* Penyemat rozet
* Jambangan bunga (tetamu bawa isteri)
* Penyampai bunga ( -sda- )
* Bunga manggar,bunga pahar, sireh
junjung, kompang, silat dll (ikut keperluan)
* Perbarisan (ikut keperluan)
* Pentas menerima tabik hormat
* Barisan guru, kakitangan dan PIBG
* Tiang Bendera dan Bendera Di Raja (jika
DYMM)
* Pancaragam (ikut keperluan)
* Koir
* Menandatangani buku pelawat
( tempat / peralatan / buku pelawat )
5.2. SAMBUTAN DI DALAM DEWAN

a. Penyambut tetamu di dewan
b. Pengiring ke pentas utama
c. Pengiring ke tempat duduk bawah pentas
d. Penyampai buku atur cara untuk Tetamu Kehormat
e. Penyampai buku atur cara untuk jemputan khas
f. Persiapan di atas pentas;
` Back Drop
` Kerusi Tetamu Kehormat dan meja
` Alas kerusi dan meja
` Gelas, air minarel dan penutup gelas
` Stiker kerusi utama
` 2 buah rostrum yang beralas, bunga, air & gelas
` Susunan bendera negeri (jika ada)
` Meja hadiah, hadiah, tray dan alas
` Hiasan pentas (bunga, lampu dll)
` Karpet

5.3. PELAN LAKAR PENTAS
Susunan utama atas pentas;
LATAR BELAKANG
PENTAS
1 4 2 5 3
MEJA
1
2
MEJA HADIAH
HIASAN BUNGA
LALUAN PENERIMA HADIAH
RUANG BERI
HADIAH
SUSUNAN BENDERA SUSUNAN BENDERA
5.4 SUSUNAN KEUTAMAAN
5.4.1 TAKRIF SUSUNAN KEUTAMAAN
Susunan keutamaan ialah satu senarai yang
disusun mengikut kedudukan kekananan di
antara pelbagai golongan masyarakat termasuk
ketua negara, pemimpin, pegawai kerajaan, bukan
kerajaan dan orang awam.
5.4.2. BENTUK SUSUNAN KEUTAMAAN
a. Susunan tempat duduk
b. Susunan atur cara
c. Susunan bendera
d. Tertib ketibaan dan kepulangan
e. Penyampaian ucapan
5.4.3. PENYUSUNAN TEMPAT DUDUK
Menggambarkan taraf, susunan keutamaan,
kekananan serta pentingnya seseorang itu dalam
majlis yang berkenaan.

5.4.5. PRINSIP-PRINSIP PENYUSUNAN
TEMPAT DUDUK

Tetamu yang paling hampir sekali dengan
Tetamu Kehormat adalah tetamu yang terkanan
sekali. Kekananan bermula dari sebelah kanan
Tetamu Kehormat
5.4.6. BENTUK SUSUNAN TEMPAT DUDUK
a. Susunan Bagi Dua Tempat Duduk




b. Susunan Bagi Empat Tempat duduk






1
3 4 2 1
2
c. Susunan Bagi Tiga Tempat Duduk





d. Susunan Bagi Lima Tempat Duduk
2 1
4 5 2 3 1
3
e. Susunan Penuh Dalam Dewan

2
5
8 6 4
7
3
9
1
f. Susunan Tempat Duduk Melibatkan Tetamu
Kehormat Bersama Isteri
3 1 2 6 5 4
(S) (S) (S) (I) (I) (I)
5.5 SUSUNAN BENDERA

Pengibaran bagi semua bendera negeri adalah mengikut keutamaan
negeri-negeri. Susunan keutamaan negeri pula mengikut susunan
keutamaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan Yang Terutama
Yang Di Pertuan Negeri. Pada masa ini, susunan keutamaan bendera-
bendera adalah seperti berikut;

1. Malaysia
2. Kedah
3. Negeri Sembilan
4. Pahang
5. Kelantan
6. Johor
7. Perak
8. Terengganu
9. Perlis
10. Selangor
11. Melaka
12. Sabah
13. Sarawak
14. Pulau Pinang
15. W/P Kuala
Lumpur
16. W/P Labuan
17. W/P Putrajaya
18. Sekolah /Agensi
PENGIBARAN BENDERA
5.5.1. PENGIBARAN
BENDERA MALAYSIA
5.5.2. PENGIBARAN DUA
BENDERA
Bendera
Malaysia
Bendera
Malaysia
Bendera
Negeri
5.5.3 PENGIBARAN TIGA BENDERA

Pengibaran bendera Malaysia hendaklah dipasang di tengah-tengah
antara bendera negeri dan agensi. Bendera negeri berada di sebelah
kanan bendera Malaysia dan bendera agensi di sebelah kiri bendera
Malaysia
Bendera
Negeri
Bendera
Malaysia
Bendera
Agensi
5.5.4 SUSUNAN BENDERA MALAYSIA DAN
NEGERI-NEGERI (SEBARIS)
Pengibaran bendera Malaysiadan negeri-negeri di Malaysia
secara sebaris, bermula dari kanan ke kiri bangunan
berkenaan Contoh seperti berikut:
.
1 6 7 8 9 10 11 12 13 14 2 3 4 5 15
1. Malaysia
2. Kedah
3. Negeri Sembilan
4. Pahang
5. Kelantan
6. Johor
7. Perak
8. Terengganu
9. Perlis
10. Selangor
11. Melaka
12. Sabah
13. Sarawak
14. Pulau Pinang
15. Wilayah
Persekutuan
5.5.5. PENGIBARAN BENDERA SEBARIS DI BAHAGI DUA
(PROGRAM DIADAKAN DI NEGERI PERAK)
1 6 7
8
9 10
11 12
13
14 2 3 4 5
15
1. Malaysia
2. Perak
3. Kedah
4. Negeri Sembilan
5. Pahang
6. Kelantan
7. Johor
8. Terengganu
9. Perlis
10. Selangor
11. Melaka
12. Sabah
13. Sarawak
14. Pulau Pinang
15. Wilayah
Persekutuan
5.5.6 PENGIBARAN BENDERA SEBARIS BERPUSAT DI TGH
(PROGRAM DIADAKAN DI NEGERI PERAK)
1 6 7
8
9 11
10 13
12
15 2 3 4 5
15
1. Malaysia
2. Perak
3. Kedah
4. Negeri Sembilan
5. Pahang
6. Kelantan
7. Johor
8. Terengganu
9. Perlis
10. Selangor
11. Melaka
12. Sabah
13. Sarawak
14. Pulau Pinang
15. Wilayah
Persekutuan
5.6. PENYAMBUT TETAMU
5.6.1.DEFINISI
Orang yang bertanggungjawab menunggu, menyambut
dan menjemput tetamu yang hadir dan seterusnya mengiringi
ke tempat duduk yang dikhaskan dengan penuh sopan dan
penuh hormat.
5.6.2.KATEGORI PENYAMBUT TETAMU
Pada umumnya penyambut tetamu terbahagi kepada 3
kategori iaitu;
a. Penyambut tetamu di agensi
b. Penyambut tetamu di kaunter
c. Penyambut tetamu dalam majlis
5.6.3.BIDANG TUGAS
a. Menyambut ketibaan tetamu
b. Menyemak senarai jemputan
c. Menyelaras tempat duduk tetamu

5.6.4. KRITERIA PENYAMBUT TETAMU

Kriteria penyambut tetamu yang baik dan berkualiti ialah;
a. Berperawakan yang baik, tidak cacat dan berwajah
manis.
b. Penglihatan terang dan pendengaran yang baik.
c. Gaya diri
d. Berpakaian kemas dan bersih
e. Tingkah laku baik dan bersopan santun
f. Mengenali tetamu yang akan hadir

5.6..5. CARA MENYAMBUT TETAMU

a. Penyambut utama
b. Pembahagi program (jika ada)
c. Pengiring
d. Penunjuk tempat duduk
5.6..6. MASALAH TUGASAN PENYAMBUT TETAMU
a. Kesesuaian tempat majlis itu diadakan
b. Tetamu tiada membawa kad jemputan
c. Jawab hadir tetapi tidak hadir
d. Jawab tidak hadir tetapi hadir
e. Jawab datang berdua tetapi datang seorang
f. Jawab datang seorang tetapi datang berdua
g. Datang membawa kawan-kawan lain
h. Tetamu yang tidak ada dalam senarai
i. Pakaian yang tidak mengikut seperti yang ditetapkan
j. Datang terlalu awal
k. Datang terlalu lewat
l. Tetamu tidak berpuas hati dengan tempat yang di
tetapkan
m. Tetamu mengubah sendiri tempatnya
n. Tetamu menghantar wakil
5.7. KESESUAIAN PAKAIAN
5.7.1. PENDAHULUAN
a. Kedudukan Ekonomi
b. Tahap pelajaran
c. Tahap kedudukan sosial
d. Kerjaya
e. Moral / tahap boleh dipercayai
f. Imej diri
g. Kehebatan dan kecemerlangan masa hadapan
5.7..2. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
a. Jenis kain
b. Corak kain
c. Warna kain
d. Fesyen pakaian
e. Kesesuaian pakaian dengan bentuk badan
f. Jenis dan warna kasut serta sarung kaki
5.7.3. KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
a. Elakkan pakaian berkilat / berkilau pada waktu siang.
b. Elakkan memakai pakaian satu warna sahaja
(sepasang)
c. Elakkan memakai pakaian berwarna warni melebihi 4
warna
d. Menggunakan alat-alat hiasan tambahan yang
bersesuaian dan tidak keterlaluan.
e. Pemilihan warna / saiz beg tangan dan warna / bentuk
kasut hendaklah disesuaikan dengan fesyen dan
warna pakaian serta majlis yang dihadiri.
5.7.4. JENIS-JENIS PAKAIAN RASMI
a. Pakaian kebangsaan rasmi
b. Pakaian kebangsaan hitam
c. Pakaian kebangsaan
d. Morning Dress
e. Pakaian kerja
f. Lounge suit
g. Batik lengan panjang

6. ATUR CARA SAMBUTAN
* Ketibaan dif-dif jemputan
* Ketibaan Tetamu Kehormat
* Ucapan aluan pengerusi majlis
* Bacaan doa (ikut kesesuian)
* Ucapan 1
*. Ucapan 2
* Ucapan perasmian
* Upacara perasmian
* Persembahan
* Penyampaian hadiah (kepada murid)
* Penyampaian Cenderamata (Tetamu Kehormat)
* Lawatan ke pameran (jika ada)
* Bergambar (jika perlu)
*. Jamuan
*. Sidang Akhbar (jika ada)
* Bersurai
6.1. PENGACARA MAJLIS RASMI
6.1.1. PENDAHULUAN

a. Berperanan penting dakam sesuatu majlis rasmi.

b. Dikenali sebagai juruacara atau master of ceremonies
(MC)

6.1.2. PERANAN PENGACARA MAJLIS

a. Mengawal Majlis

b. Membuat Pengumuman

c. Memberi Panduan
6.1.3. PENGACARA MAJLIS YANG BAIK

a. Mempunyai suara yang baik dan lunak didengar
b. Fasih dalam penyebutan bahasa serta terang dan
jelas sebutannya / tidak pelat. Kelajuan
penyebutannya sederhana
c. Tidak cacat anggota supaya mudah menjalankan
tugasnya
d. Cergas dan cepat dalam pergerakannya
e. Tidak gugup / gagap dalam percakapannya
f. Tidak mempunyai darah gemuruh
g. Tidak panik jika berhadapan dengan pelbagai situasi
h. Tahu menggunakan budibicara
i. Sentiasa bersifat sabar
j. Tidak mempunyai perawakan yang serious / sombong
h. Mempunyai pengetahuan asas mengenai adat istiadat
dan protokol dalam majlis-majlis rasmi
6.1.4. PENYEDIAAN TEKS PENGACARA MAJLIS
Semua majlis yang penuh istiadat dan juga majlis-
majlis formal maka pengacara berkenaan perlu
menyediakan teks pengacara yang lengkap. Teks
pengacara yang baik mestilah disediakan dengan
lengkap di atas kertas berukuran A4 kertas taip
biasa. Satu muka surat bagi satu pengumuman. Cara
menyelaknya ialah ke atas atau ke kiri. Kandungan
teksnya perlulah mengandungi;
a. Nama majlis
b. Masa
c. Muka surat
d. Bilangan pengumuman
e. Panduan / isyarat (CUE)
f. Pengumuman
Contoh Format Teks Pengacara Majlis

Majlis Mesra Bersama (m.s.1/15)
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Masa Panduan Pengumuman
(P1) YB Timbalan Menteri Pend. Mengumumkan ketibaan YB
DatoAbd.
2.00ptg tiba di pintu utama dewan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

(P2) Ucapan Aluan oleh Bismillahirrahmanirrahim
Pengacara Majlis Assalammualikum
Selamat Sejahtera.

YB Dato ..
Tim.Menteri Pelajaran Msia

Y.Bhg Dato Lat. Kol. Ir Mohammed
Zakaria b. Mohd. Noor
Pengarah Pelajaran Perak.

6.1.5. RUJUKAN KEHORMAT
Panggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap
tetamu kehormat. Panggilan ini hendaklah diamalkan oleh
pengacara majlis. Panggilan hormat yang menjadi amalan
sekarang ini ialah;

Bil. Jawatan Panggilan hormat Panggilan
hormat
untuk penyandang untuk pasangan

1. YDP Agong Seri Paduka Baginda -
2. Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda -
3. Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Yang Amat Berbahagia
4. TPM Yang Amat Berhormat Yang Amat Berbahagia
5. Menteri Yang Berhormat Yang Berbahagia
Timbalan Menteri
S/U Parlimen
6. Yang Di Pertua Yang Berhormat Yang Berbahagia
DN \ DR

Sambungan

7. Timbalan YDP Yang Berhormat Yang Berbahagia
DN / DR
8. Ahli Parlimen Yang Berhormat Yang Berbahagia
9. Tun & Toh Puan Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia
10. Tan Sri & Puan Sri Yang Berbahagia Yang Berbahagia
11. Datuk/Dato/Datin Yang Berbahagia Yang Berbahagia
12. Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Yang Amat Berbahagia
13. Hakim Besar Yang Arif Yang Berbahagia
Malaya / Borneo
14. Hakim Mahkamah Yang Arif Yang Berbahagia
Agong/Tinggi
15. Ketua Setiausaha Yang Berbahagia Yang Berbahagia
Negara
16. Panglima Angkatan Yang Amat Setia Yang Amat Berbahagia
Tentera
17. Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Yang Amat
Berbahagia
Ketua Turus Tentera
18. Pegawai Polis / Yang Setia Yang Berbahagia
Tentera
19. KSU Yang Berbahagia Yang Berbahagia
20. Speaker Dewan Yang Berhormat Yang Berbahagia
Undangan Negeri
21. Menteri Besar/ Yang Amat Berhormat Yang Amat
Berbahagia
Ketua Menteri
22. Ahli Dewan Yang Berhormat Yang Berbahagia
Undangan Negeri
23. SUK /PU/PKN Yang Berhormat Yang Berbahagia
24. Ketua Jabatan Yang Berusaha Yang Berbahagia
25. Raja / Tengku Yang Mulia Yang Mulia
26. Profesor / Doktor Yang Berbahagia Yang Berbahagia
27. Mufti Sahibus Samahah Yang Berbahagia
28. Kadi / Ulama Sahibul Fadhilah Yang Berbahagia
29. Pengarah Jabatan Sahibus Saadah Yang Berbahagia
Agama Islam
30. Balu Almarhum Yang Maha Mulia -
Sultan
31. Sultan, Sultanah, DYMM DYMMRP Perak
Raja Perempuan,
Tengku Ampuan Besar
32. Raja Muda DYTM -
33. Raja DiHilir DYAM DYAM Raja Puan
Muda
6.1.6. SEMBAH UCAPAN (DYMM / DYTM / DYAM)

* Assalamu alaikum Warahmatullah hiwabarukatuh
* Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Ghafarullaghu-lah.
* Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun.
* Ampun Tuanku,
* Patik dan Ahli-ahli Jawatankuasa (sebut pihak penganjur
majlis)...
dengan penuh takzim merafakkan sembah menjunjung kasih
kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di atas limpah
perkenan Duli-Duli Tuanku sudi berangkat mencemar Duli ke
majlis (sebutkan nama majlis)..(pagi, petang/malam) ini.
Sesungguhnya dengan keberangkatan kebawah Duli-Duli
Tuanku serta perhatian berat Duli-Duli Tuanku terhadap
.(sebutkan fungsi majlis).. adalah sangat disanjungi oleh
patik sekalian.
Sambungan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah
ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar bin Raja
Muda Musa.
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak , Raja Noor
Mahani binti Raja Haji Shahar Shah.
Patik dengan penuh takzim turut merafakkan sembah
menjunjung kasih dan merakamkan penghargaan yang tidak
terhingga kebawah Duli-Duli Tuanku di atas limpah perkenaan
Duli-Duli Tuanku untuk berangkat di majlis ini.
Ampun Tuanku
Patik memohon ampuni limpah perkenan Duli-Duli Tuanku
untuk mengizinkan patik menyampaikan ucapan kepada tetamu
sekalian.
Sambungan

[ ] YAB Daro Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli b Ghazali
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

[ ] YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Menteri Pelajaran Malaysia

[ ] Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri
Maharaja
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan dan Toh Puan

[ ] YB DatoDr.Abdul Malek b Haji Mohd Hanafiah
Pengerusi JK Agama Islam dan Pelajaran Negeri Perak

[ ] Yang Berbahagia Lt. Kol. Ir. Mohammad Zakaria b. Mohd.
Noor Pengarah Pelajaran Perak
[ ] Yang Berusaha En
Pegawai Daerah ..

[ ] Yang Amat Berbahagia DatoSeri..
Orang Besar Jajahan

[ ] Yang Berusaha
Pegawai Pendidikan Daerah

[ ] Yang Berusaha En..
Pengetua / Guru Besar

[ ] Yang Dihormati En.
YDP PIBG..

[ ] Ahli-Ahli Yang Berhormat , Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
6.2. SUSUNAN TEMPAT DUDUK
DALAM MAJLIS JAMUAN
6.2.1. PENDAHULUAN
Susunan tempat duduk bagi majlis jamuan
makan berbeza sedikit susunan tempat duduk
bagi majlis lain. Bilangan tetamu di meja utama
biasanya lebih daripada bilangan di tempat duduk
dalam majlis tersebut

6.2.2. PRINSIP-PRINSIP PENYUSUNAN
Bagi menentukan kedudukan tetamu utama di
meja panjang atau meja bulat, perkara berikut
perlu diberi perhatian antaranya kehadiran
tetamu tersebut datang seorang / bersama isteri /
bilangan genap / ganjil.
a. Contoh Kedudukan Tetamu 10 Orang
(Meja Bulat / Tetamu Utama Datang Seorang)
1
3
5
7
9 10
8
6
4
2
b. Contoh Kedudukan Tetamu 9 Orang
(Meja Bulat / Tetamu Utama Datang Seorang)
1
3 2
5
4
7
6
8 9
c. Contoh Kedudukan Tetamu 8 Orang
(Meja Panjang / Tetamu Utama Datang Seorang)





d. Contoh Kedudukan Tetamu 9 Orang
(Meja Panjang / Tetamu Utama Datang Seorang
6 4 5
1
2 1 3 7 8
6 4 2 3 7 5 8 9
e. Contoh Kedudukan Tetamu Utama Bersama
Isteri
(Bilangan 8 orang / Meja Bulat)
Gambaran1






1
7
2
5
3
6
4
8
ISTERI
SUAMI
f. Kedudukan Tetamu Utama Bersama Isteri
(Bilangan 8 orang / Meja Bulat)
Gambaran 2
1 2
6
3
8
7
5
4
g. Contoh Kedudukan Tetamu Utama Bersama
Isteri
( Bilangan 8/6 orang / Meja Panjang Sebaris )

i.




ii.
7 5 3 1 2 4 6 8
S I S I I S
(S) (S) (S) (S) (I) (I) (I) (I)
MEJA MAKAN UTAMA
MEJA MAKAN UTAMA
2 1 3
6.2.3. BENTUK SUSUNAN MEJA DI DEWAN MAKAN
a. Bentuk Panjang-Panjang b. Bentuk Panjang Bulat
1 1
c. Bentuk Bulat-Bulat


d. Bentuk Bulat Panjang
1
1
7. PENUTUP MAJLIS

7.1. Penyediaan tempat kenderaan rasmi
tetamu kehormat dan jemputan khas.
7.2. Semua penyambut tetamu utama
mengiringi tetamu kehormat ke kenderaan
rasmi.
7.3. Tetamu Kehormat meninggalkan majlis
dan diikuti jemputan khas mengikut
kekananan.
7.4. Bersurai
7.5. Menyediakan surat penghargaan dan
terima kasih.
7.5. Mesyuarat penutup.
7.6. Menyediakan laporan penilaian.


CONTOH SURAT PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

A. SURAT KEPADA PETUGAS/ JAWATANKUASA

..
..
___________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Tarikh :
..
..
..

Tuan,

RAKAMAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
SEMPENA

Dengan segala hormatnya saya bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Majlis
.
..sambungan,
Ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas
sumbangan tuan dan sekalian Jawatankuasa dalam menjayakan majlis tersebut
yang telah disempurnakan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan pada 15 Ogos 2002, bertempat di
dengan jayanya.

2. Atas kerjasama tuan dan dan sekalian Jawatankuasa yang telah
menjayakan majlis ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih. Semoga
segala jasa baik tuan dan sekaliannya akan mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sayang yang menurut perintah,

..
( Pengetua / G.Besar )

s.k. 1. Pengarah Pendidikan Perak.
2. Pegawai Pendidikan Daerah Berkenaan.
B. CONTOH SURAT MENJUNJUNG KASIH

..
..
___________________________________________________________________
______
Ruj.Kami :
Tarikh :
Mengadap Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Yang Bersemayam Di Istana Iskandariah
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH

Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Ehwal adalah patik dengan segala penuh hormat dan takzimnya merafakkan
sembah

sambungan,

Menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,
Tuanku Bainun berrangkat ke Majlis
., pada
....
Sesungguhnya atas limpah perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku
berangkat menceemar Duli telah memeriahkan lagi majlis
yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Adalah patik dengan hormatnya
Yang Menjunjung Titah,



( Pengetua / G.Besar )



8. KESIMPULAN
a. Protokol merupakan tatasusila sosial dan tatacara bagi
sesuatu majlis rasmi yang diwarisi sejak turun
temurun.
b. Segala susunan yang diatur bertujuan untuk kemuliaan
majlis dan kesempurnaan istiadat.
c. Untuk meninggikan budaya bangsa dan negara.
d. Membentuk tatasusila diri dalam majlis rasmi
e. Sebagai panduan dan membantu urusan pengendalian
majlis rasmi di pejabat atau di sekolah.

Terima kasih

Oleh:
ABDUL MANAB B. OTHMAN
Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Perak

You might also like