Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SK KAMPUNG MAJU JAYA

JKR 2854, POS SKUDAI


81300 JOHOR BAHRU Tel : 07-5569045
KOD SEKOLAH : JBA 1024 Faks : 07-5569045


Ruj. Kami : JBA1024 /700 -5 /4 /6/ ( )
Tarikh : 26/12/2013

Kepada:

Yang Berkenaan,

Tuan,

SOKONGAN PERMOHONAN KE SEKOLAH SUKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, Mohd. Hafiz Azizi bin Zamri merupakan pelajar SK Kampung
Maju Jaya, Johor Bahru dari tahun 2009 hingga 2013 yang aktif dalam bidang sukan.

3. Sepanjang pemerhatian saya, pelajar ini menunjukkan minat yang tinggi serta
sangat berbakat dalam bola sepak khususnya di posisi penjaga gol. Pelajar ini
pernah mewakili sekolah ke peringkat Zon Bandar Johor Bahru dan dinobatkan
sebagai pemain terbaik kejohanan seterusnya mewakili Johor Bahru ke peringkat
negeri serta terpilih menjalani pemilihan ke peringkat kebangsaan.

4. Selain daripada itu, pelajar ini juga mewakili kelab bola sepak persendirian
serta terpilih menjalani latihan di bawah Akademi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

5 Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh sebarang permohonan
pelajar ini ke sekolah sukan dan yakin bahawa pelajar ini akan menunjukkan
kesungguhan dan kewibawaan yang tinggi sebagai pelajar dan atlit.

6. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima kasih

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Saya yang menjalankan tugas,




YOSNIZAAN BIN JOPRI
GPK Kokurikulum,
SK Kampung Maju Jaya
Johor Bahru.


s.k Guru Besar SKKMJ
Penyelia Kanan Sukan PPDJB
Unit Sukan JPNJ

You might also like