Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Baca teks dialog dibawah dan fahamkan isi-isi penting teks tersebut.

PERMAINAN BADMINTON
Heidi merupakan seorang pemain badminton sekolah yang telah berjaya mewakili
sekolahnya dalam pertandingan badminton ke peringkat negeri. Berikut merupakan
perbualan antara Heidi dengan rakan-rakannya sewaktu perjumpaan Permainan
Badminton di sekolah.



















Tahniah, Heidi! Saya dengar kamu telah berjaya
mewakili sekolah dalam pertandingan badminton
ke peringkat negeri?
Terima kasih Sarah. Betul tu, saya akan mewakili
sekolah pada bulan Oktober ini.
Kamu tentu akan sibuk dengan latihan badminton
nanti. Adakah permainan badminton sama seperti
sukan yang lain?
Sudah tentu Sarah. Eh, tidak la. Permainan badminton tidak sama
seperti sukan yang lain. Badminton ialah permainan yang
diadakan di atas gelanggang dan terdiri daripada 2 atau 4 orang
pemain dengan menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis
melewati jaring.
Oh, ya betul-betul. Saya pernah menonton
permainan badminton di televisyen. Heidi
bolehkah kamu memberitahu kami sebenarnya
permainan ini berasal daripada mana?


























Permainan badminton berasal daripada Mesir
Purba dan telah dibawa masuk ke Malaysia pada
awal tahun 1990. Pulau Pinang merupakan negeri
pertama yang menubuhkan persatuan badminton.
Oh, begitu rupanya. Jadi permainan badminton ini
telah lama diperkenalkan di negara kita.
Heidi, adakah kamu rasa bahawa permainan
badminton ini membebankan kamu kerana
kamu terpaksa menyediakan pelbagai alatan
untuk bermain.
Tidak Siva. Saya tidak berasa bahawa permainan
badminton ini membebankan saya kerana
keperluan untuk bermain badminton adalah
sedikit sahaja. Contoh keperluannya ialah bulu
tangkis, raket, gelangggang, jaring dan tiang.
Jadi bolehlah saya turut sama ikuti permainan
badminton yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Boleh, Siti. Permainan badminton ini juga dapat
menyihatkan tubuh badan kita.
Terima kasih Heidi kerana memberikan kami
maklumat dan info mengenai permainan
badminton.
Sama-sama.

You might also like