Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ALALISIS WATAK DRAMA "CIKGU LIMAU KASTURI"

Berdasar drama yang saya kaji iaitu drama Cikgu Limau Kasturi, terdapat satu
watak utama yang memainkan perasanan penting dalam menghidupkan drama ini,iaitu
Cikgu Halim lakonan hebat Harum Salim Bachik. Cikgu Halim ini mempunyai emosi
bertenang atau dalam istilah inggerisnya ialah cool, dimana beliau tidak sama sekali
cepat melatah akan menghadapi sesuatu krisis, emosi ini amat penting dalam diri
seseorang manusia apatah lagi seorang guru yang mendambakan sesuatu yang terbaik
dalam kehidupannya.
Saya boleh memberi contoh dialog antara Cikgu Halim dengan Pak Lebai Jusoh
Saya tahu saya bukanlah orang alim macam pak lebai, tapi pak lebai kena tahu umat
islam dituntut untuk belajar, dengan perkataan lah, boleh saya katakan ia sedang
menenangkan keadaan agar tidak pertelikahan pendapat antara tidak berlarutan.
Berdasarkan dialog ini juga, saya dapat mengesan emosi beliau yang mempunyai
emosi yang tenang yang tidak cepat melatah, banyak yang boleh saya boleh huraikan
berdasarkan dialog yang ditulis oleh penulis yang berbakat ini.
Situasi dialog ini berlaku semasa Cikgu Halim diserang oleh Lebai Jusoh kerana
Lebai Jusoh melarang dengan bersungguh akan Cikgu Halim yang mempengaruhi
anaknya untuk turut mendapat pendidikan di sekolah. Cikgu Halim kelihatan agak
bertenang menghadapi Lebai Jusoh yang begitu geram terhadapnya. Situasi pada kala
itu agak rumit yang boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya apa yang akan berlaku
kemudian.
Seterusnya, antara kekuatan emosi watak ialah ia dapat mengawal keadaan
agar menjadi lebih tenang agar tidak bertindak melulu seperti berlaku pergaduhan atau
amuk. Emosi ini adalah satu seni kesabaran dimana dengan kesabaran, seseorang
dapat menghadapi suatu krisis dengan tenang. Sekiranya seseorang memilik emosi ini,
maka ia memiliki satu personaliti yang disenangi semua orang. Sewajarnya emosi ini
tidak seharusnya diabaikan terutama sekali kerjaya saya seorang guru kelak.




Komponen Kompetensi Personal dan Sosial
Kemahiran Intrapersonal dan Interpersonal Pada Watak Cikgu Halim
Kemahiran intrapersonal yang terdapat pada watak Cikgu Halim ialah beliau
redha dan akur dengan tawaran mengajar di pendalaman dan berusaha menjalankan
tugasnya sebaik mungkin. Beliau juga berfikiran positif dan terus memotivasikan diri
sendiri untuk terus mengajar di Kampung Limau Kasturi tersebut. Slain itu, beliau juga
mampu mengawal kekecwaan dan kesedihan apabila beliau berjaya mengharungi
kehidupan di pedalaman dengan baik. Beliau juga sentiasa memperbaiki kelemahan diri
agar dapat diterima dengan baik oleh murid-murud beliau dan penduduk
kampung.Manakala Kemahiran Interpersonal yang terdapat pada watak Cikgu Halim
ialah beliau berusaha untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru yang tidak prnah
di alaminya ketika di Bandar, iaitu suasana kampung. Beliau sangat menjaga hubungan
baik dengan orang kampung seperti menghormati Lebai Lazin dan Pak Hassan serta
meluangkan masa dengan orang kampung ketika di waktu lapang bagi mengeratkan
hubungan silaturahim. Selain itu, beliau juga mahir berbicara dan berkomunikasi
dengan orang kampung walaupun berbeza dialek percakapan. Beliau dapat menerima
pandangan orang lain dengan baik walaupun pandangan beliau tidak diterima dan
dipertikaikan iaitu ketika beliau berbahas dengan Lebai Lazin mengenai pentingnya
pendidikan di sekolah. Di sekolah pula, Cikgu Halim mahir menguruskan murid-murid di
dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran srta mampu mewujudkan
hubungan yang baik ndengan anak muridnya.

Kompentasi kecerdasan emosi yang terdapat pada watak Cikgu Halim
Kompentasi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak Cikgu Halim
adalah seperti kesedaran kendiri iaitu sdar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran,
perlakuan dan tutur. Contohnya, Cikgu Halim tidak memarahi atau merotan Aziz yang
nakal, sebaliknya beliau cuba menasihati murid tersebut, krana beliau sedar sekiranya
Aziz dimarahi atau dirotan, ia akan memburukkan lagi keadaan.
Perkara ini dibuktikan melalui dialog berikut:
..cikgu kalau nak hukum atau nk denda Aziz cikgu boleh tapicikgu tak mahu, sebab
Aziz dah besar, Aziz pandai, Aziz cerdik, boleh berfikir sendiri dan menyesali dengan
perbuatan..
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Dalam Pengurusan Kawal Kendiri pula, Cikgu Halim Berjaya mengawal
emosinya apabila Berjaya menyesuaikan dirinya dengan kehidupan kampung.
Walaupun pada mulanya menjadi bebanan pada dirinya. Cikgu Halim juga amanah
dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Disebabkan sikap amanah itulah
menyebabkan beliau mempunyai motivasi untuk terus mengajar di situ. Seterusnya,
ketekunan yang ada pada diri beliau dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru telah
mendapat pujian daripada guru besar Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi.
Perkara ini dibuktikan melalui dialog kata-kata guru besar berikut:
.baru dua minggu cikgu mngajar di sini, tapi saya dah Nampak perubahan sikap
murid-murid sekolah ini. Nampaknya cikgu faham benar tentang psikologi kanak-kanak
di sini...
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi

Beliau juga mampu menyesuaikan diri dngan suasana kampung walaupun agak
terpencil dan sukar bagi dirinya pada prmulaan dan itu membuktikan bahawa beliau
mempunyai kebolehsuaian dalam apa jua keadaan dan suasana. Selain itu, Cikgu
Halim mempunyai inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila
beliau mampu memikirkan cara yang sesuai untuk menarik minat murid untuk belajar
dengan lebih baik lagi tanpa ada rasa bosan dalam diri murid.Beliau juga mengadakan
kelas dan mengajar murid-murid sekiranya terdapat masa lapang. Dalam aspek
Motivasi Kendiri pula, Cikgu Halim telah menunjukkan komitmennya dalam bidang
pendidikan apabila beliau sanggup mengajar walaupun pendalaman demi mendidik
anak bangsa, kerana beliau sedar dengan tanggungjawabnya dalam mendidik kanak-
kanak di kawasan pendalaman yang sangat memerlukan pendidikan untuk turut maju
seiring dengan pelajar lain yang jauh lbih selesa kemudahan pendidikan mereka. Cikgu
Halim optimisme dengan kerjaya beliau apabila beliau cekal untuk trus mengajar di
kampung walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran demi mencapai
matlamat negara.Dalam pengurusan kemarahannya pula, Cikgu Halim telah
menunjukkan bahawa beliau telah Berjaya mengawal emosi kemarahan apabila
terdapat seorang murid yang bersikap kurang ajar di dalam kelas. Cikgu Halim tidak
memarahi budak itu akan tetapi menasihatinya.Dengan bersikap profesional itu lebih
berkesan apabila murid tersebut telah menyesali perbuatannya itu.
Perkara ini dibuktikan melalui dialog kata-kata murid nakal tersebut:
.cikgu, hari tu cikgu kata kalau kita buat nakal dan berasa bersalah,kita mesti
menyesali dan minta maaf. Saya menyesal baling kertas dekat cikgu baru-baru ini, saya
mintak maaf cikgu
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi

Dalam Kemahiran Sosial pula iaitu dari aspek komunikasi, Cikgu Halim
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana beliau pandai menyampaikan
pembelajaran di dalam kelas dan bijak berbicara dengan orang kampung. Beliau juga
menjadi pemangkin perubahan apabila berjaya mengubah sikap muridnya menjadi lebih
baik dan mengubah pandangan Lebai Lazin tentang pendidikan. Dalam pengurusan
konflik Cikgu Halim berusaha untuk bercakap dengan sopan dan berharap Lebai Lazin
tidak terasa hati ketika mereka sedang berbahas mengenai pendidikan Rohani.
Perkara ini dibuktikan melalui dialog berikut:
..saya..saya mengaku yang saya ni bukanlah orang alim macam Pak Lebai, tapi Pak
lebai kena tahu
.saya minta maaflah Pak Lebai sekiranya kata-kata saya tu bunyinya macam
syarahan. Saya mengaku yang saya ni bukanlah orang ahli agama
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Cikgu Halim juga berkemahiran dalam menyemai dan mengekalkan hubungan.
Perkara ini terbukti apabila beliau amat disukai oleh murid-muridnya dan beliau juga
disenangi oleh Pak Hassan serta guru besarnya sendiri kerana beliau pandai dalma
menyemai dan megekalkan hubungan.


Komponen Kompetensi Personal dan Sosial
Watak Pak Hassan
Kemahiran Interpersonal yang terdapat pada watak Pak Hassan adalah seper
sikap bersyukur dengan nikmat yang dia perolehi. Contohnya, dia bersyukur iaitu Pak
Hassan bersyukur nikmat yang dia perolehi. Contohnya, dia bersyurkur apabila dia
dikurniakan anak walaupun usianya sudah tua, sehingga Cikgu Halim tersalah anggap
anak kecil Pak Hassan tersebut sebagai cucunya.
Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut:
Eh.cucu ke ni?! Lawanya,comelnyakata Cikgu halim apabila melihat budak kecil
disamping Pak Hassan. Balas Pak Hassan,Eh, bukan cucu ! Tua-tua pun anak sendiri
nih, dah mugo Tuhan nok wi wat guano. Syukur je la
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Manakala Kemahiran Intraprersonal yang terdapat pada watak Pak Hassan pula
adalah seperti sikap yang sentiasa membantu orang lain. Contohnya dia membantu
Cikgu Halim ketika Cikgu Halim datang ke Kampung Limau Kasturi. Pak Hassan juga
memberi beliau tempat tinggal di kampung tersebut. Pak Hassan juga mudah
memahami sekiranya sseorang berada dalam masalah dan kesukaran. Ini terbukti
apabila Cikgu Halim mengalami masalah apabila beliau mula-mula sampai di kampung
tersebut.Selain itu, Pak Hassan mahir dalam berbicara dengan masyarakat
sekelilingnya. Ini terbukti apabila Cikgu halim berasa senang berbual dengannya.
Walaupun berbeza dari segi loghat, Cikgu Halim masih senang berbicara dengan Pak
Hassan. Dia juga pandai menjaga hati orang lain terutamanya bersama CIkgu Halim
apabila dia hanya menerima wang RM50 sahaja dari RM200, hal ini kerana, Pak
Hassan ikhlas menolong memberi makanan dan tempat tinggal serta tidak wujud
perasaan serba salah menolak wang tersebut.
Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut:
beginilah, kalau cikgu nak saya terima secara ikhlas. Bolehlah, saya terima duit
cikgu ni secara ikhlas sebanyak lima puluh ringgit. Tapi yang lbih ni cikgu kena ambil
balik kalau cikgu tak ambil balik, kecil hati saya
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Kompentasi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak Pak Hassan
adalah seperti kesedaran ketepatan kendiri. Contohnya perwatakan Pak Hassan yang
sering merendah diri dan sedar akan asal usulnya.Dia tidak mengambil kesempatan di
atas kebaikan Cikgu Halim terhadapnya apabila beliau menawarkan wang sebanyak
RM200 itu. Seterusnya adalah kesejahteraan yang di tunjukkan olh watak Pak Hassan
apabila dia brpuas hati dengan kehidupannya lebih-lebih lagi di kurniakan anak
walaupun di usia yang hamper senja itu. Dalam Pengurusan Kawalan Kendiri pula, Pak
Hassan merupakan sorang yang amanah sebagai penduduk kampung yang suka
membantu orang lain di dalam kesusahan.Dia merasakan membantu orang lain adalah
suatu tanggungjawab yang harus dipikul olehnya. Pak Hassan seorang yang tekun.
Ketekunannya boleh di lihat apabila dia telah mnghantar anaknya prig mengaji al-
quran.
Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut:
enam tahun baru, nih nak gi hantar pegi ngaji quran
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Selain itu, Pak Hassan berkemahiran dalam menyesuaikan diri dengan orang
lain yang baru dikenalinya dan menyebabkan dia di senangi Cikgu Halim.Kemudian,
dalam aspek Motivasi Kendiri, Pak Hassan menunjukkan komitmennya dalam hidup
bermasyarakat. Contohnya, dia menolong Cikgu Halim dengan member tempat tinggal
dan sebagainya. Selain itu, Pak Hassan juga mempunyai sifat inisiatif walaupun
bantuan yang dihulurkan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada dirinya.
Seterusnya pula, Kompetensi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak
Pak Hassan adalah seperti Kesedaran Sosial iaitu bersikap empati. Sikap empati di
tunjukkan oleh Pak Hassan apabila berjumpa Cikgu Halim. Ketika itu, Cikgu Halim baru
tiba di Kampung Limau Kasturi dan bliau telah di bantu oleh Pak Hassan yang
kebetulannya berada di stesen kereta api. Dia menyedari kehadiran Cikgu Halim dari
Bandar yang belum tahu akan keadaan persekitaran kampung ini.Selain itu, Pak
Hassan mempunyai kemahiran melayani kepelbagaian sikap masyarakat di
kampungnya. Dia melayani Cikgu Halim dengan baik walaupun berbeza latar
belakang.Hal ini menyebabkan Cikgu Halim berasa selesa tinggal di tempat barunya
itu.Dalam Kemahiran Sosial pula Pak Hassan telah menunjukkan pengaruhnya dengan
cuba menggunakan alasan yang munasabah dan kata-kata yang sopan untuk tidak
menerima RM200 yang diberikan oleh Cikgu Halim sebagai sewa dan makanan tanpa
menyebabkan Cikgu Halim terasa hati dengan penolakkannya.
Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut:
cikgu tak boleh nak bandingkan di bandar, ni kampung lain. Tambah pula cikgu mari
disini sebagai orang mendatang..cikgu datang mengajar sini untuk anak-anak kampung
sini. Jadi ni tak kena benarlah kalau saya ambil duit cikgu
Petikan filem Cikgu Limau Kasturi
Pak Hassan juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana beliau sopan
dan dalam berkata-kata agar tidak mengguris perasaan orang lain. Di samping itu, Pak
Hassan menjadi pemangkin perubahan kepada Cikgu Halim untuk terus mengajar di
kampung tersebut apabila dia menunjukkan nilai-nilai yang positif dan sifat-sifat sebenar
orang kampung tersebut. Pak Hassan juga bijak dalam menyemai dan mengekalkan
hubungan lebih-lebih lagi dengan Cikgu Halim.

Reflektif Introsektif Tahap Kompentasi Personal dan Kompentasi Sosial Diri Anda
berbanding dengan Watak yang Dikaji
Kompentasi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada diri saya
berbanding watak yang dikaji adalah seperti Kesedaran Kendiri. Kemahiran Kesedaran
Kendiri yang terdapat dalam diri saya lebih rendah jika dibandingkan dengan
Kesedaran Kendiri kedua-dua watak yang telah dikaji di dalam filem Cikgu Limau
Kasturi tersebut. Hal ini kerana,saya sukar menerima masalah dan keperluan orang
lain. Jadi, bagi saya, cara mengatasinya kelemahan ini, saya perlu lebih prihatin
terhadap orang keadaan sekeliling. Tetapi saya mempunyai nilai kesejahteraan yang
sama dengan watak Pak Hassan kerana saya juga hidup dengan gembira dan sentiasa
mempamerkan emosi yang positif walaupun dalam menghadapi banyak masalah yang
boleh membaw kemurungan.
Dalam Pengurusan Kawalan Kendiri pula, nilai amanah yang terdapat pada
kedua-dua watak dengan diri saya sama dari segi tujuan dan kepentingannya.Watak
Cikgu Halim dan Pak Hasssan yang amanah dalam dalam kerjayanya dan amanah
menghulurkan bantuan akan kepentingan orang lain tanpa mengharapkan balasan. Jika
saya berada dalam situasi mereka pun, tindakkan yang sama akan saya lakukan agar
mendapat ganjaran yang lebih baik dari Tuhan pada masa akan datang.Dari nilai
kegigihan juga, adalah sama kerana saya juga sedang belajar bersungguh-sungguh
untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa yang akan mewarisi
negara suatu kala nanti.
Kemahiran kebolehsuaian saya tidak sama jika di bandingkan dengan kedua-dua watak
tersebut.Hal ini kerana, saya susah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru dan
asing, contohnya Cikgu Halim bergaul dengan cepat dengan Pak Hassan sedangkan
mereka tidak pernah kenal sebelum ini. Oleh itu, saya perlu lebih bersikap
terbuka dengan sebarang suasana yang berbeza agar mudah diterima dan di senangi
orang sekeliling.Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek dan masuk
kandang harimau mengaum.
Kemudian, Kompentasi Kecerdasan Emosi Sosial yang terdapat pada diri saya
berbanding dengan watak yang dikaji adalah seperti Kesedaran Sosial iaitu empati.
Nilai empati saya sangat rendah kerana saya lebih kepada mempunyai nilai simpati
terhadap seseorang yang menghadapi masalah. Nilai empati yang ada pada diri Pak
Hassan yang selalu mmbantu orang di dalam kesusahan jika ada masa terluang harus
di miliki oleh semua orang agar kita akan disenangi oleh orang di sekeliling kita nanti.
Dalam melayani kepelbagaian pula saya tidak mempunyai kemahiran seperti
itu.Contohnya, cara Pak Hassan melayani Cikgu Halim dengan begitu baik sekali
walaupun berbeza latar belakang mereka. Jadi, bagi memperbaiki kelemahan ini, saya
perlu mahir dalam melayani orang lain dan mampu berkomunikasi dengan baik untuk
menjaga hati mereka.Saya akaui saya bukan yang mudah simpati kepada orang lain
kerana saya telah trauma akan perkataan simpati itu sendiri.
Seterusnya, dari aspek Kemahiran Sosial pula iaitu kemahiran komunikasi.
Kemahiran komunikasi saya agak lemah, sekaligus mempengaruhi saya dalam
melayani kepelbagaian. Apabila saya berkomunikasi dengan orang sekeliling
menyebabkan mereka terasa hati. Berbanding dengan Cikgu Halim dan Pak Hassan
yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik tanpa mengguris hati orang
lain. Kekuatan yang ada kepada kedua-dua watak tersebut akan saya praktikkan
dalam diri saya.Tetapi, dari segi pemangkin perubahan saya mempunyainya. Melalui
emosi dan tingkah laku positif yang saya tunjukkan, saya berjaya menjadi contoh dan
pemangkin kepada perubahan orang-orang di sekeliling saya dan ini sama seperti yang
terdapat pada diri Cikgu Halim dan Pak Hassan.Saya sentiasa akan mencuba menjadi
lebih baik,saya hendaklah meningkatkan kemahiran komunikasi agar menjadi lebih
baik.
Akhir sekali, mengekalkan hubungan merupakan kemahiran yang ada pada diri
saya dan sebab itu saya mempunyai ramai kawan-kawan dan selalu menjadi ingatan
pada orang lain.Seperti watak-watak yang telah saya kaji, iaitu mereka pandai dalam
menyemai dan megekalkan hubungan menyebabkan mereka di senangi oleh orang di
sekeliling mereka. Oleh itu, saya serapkan segala positif watak itu dalam diri saya.

You might also like