Kertas Kerja Cadangan Penambahbaikan Taman Herba

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR



1.0 PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau
kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman
Herba SMK Sungai Besar adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan
kerjasama daripada Koperasi Sekolah SMKSB Berhad. Taman Herba ini telah
dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah Kualiti Daerah Sabak
Bernam pada tahun 2010. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman herba terbaik
daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa
perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Herba SMK Sg Besar.
Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim
yang memantau kualiti taman-taman herba sekolah pada tahun 2010.

2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan
yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan
taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman
herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SMK Sg Besar . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .
4.0 OBJEKTIF.
Objektif Kertas Kerja ini ialah :
1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan
penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan
pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan
tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.










5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT : PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF
PENGETUA CEMERLANG

PENGERUSI : PN SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID
PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I : EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI
GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENYELARAS II : EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1 : PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II : PN FARIDAH BINTI SARANI


AJK GURU DAN KAKITANGAN :
1. EN SALIHIN B AMAT
2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD
3. EN AZMAN BIN SAIRI
4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM
5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN

AJK PELAJAR :
1) MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 )
2) FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 )
3) MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 )
4) MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN ABDUL HAMID (4A3)
5) MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2)
6) ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3)
7) MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4)
8) MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3)
9) MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3)
10) FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )


6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010
beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik
program Warisan Taman Herba Sekolah.



Kekuatan :
1. Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang
dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman
herba pelbagai kategori.
2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran
automatik dan sistem fertigasi.
3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba
SBPT dan Taman Herba Pendidikan Khas.
4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana
kepada program Taman Herba Sekolah.

Kelemahan :
1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati .
2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.
3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap
dan sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba
Sekolah.
2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba
dengan batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik .
Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan
tanah lecah apabila hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan
kawasan taman tidak ceria dan menarik.
3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
5. Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub
Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah
tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber
1 Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan
kolam )
1000.00 SEKOLAH
2 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu
krikil
350.00 SEKOLAH
3 Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x
RM15.00
300.00 SEKOLAH
4 Memasang Papan Tanda dan Label 300.00 SEKOLAH
Pokok herba
5 Membeli anak pokok dan benih herba 200.00 KOSMEK
BHD
6 Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian,
racun rumpai, kawalan serangga dan
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
300.00 KOSMEK
BHD
JUMLAH 2450.00

9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.
Mulai tahun 2010 , Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi
SMK Sungai Besar Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian
taman herba sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai
Projek Keusahawanan Koperasi Sekolah pada tahun 2010 dan 2011 . Melalui
peruntukan Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada 2010, telah digunakan untuk
menaik taraf sistem pengairan Taman Herba SMK Sungai Besar . Sistem yang
digunakan ialah gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi
dan pancuran automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman
herba akan lebih mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan
meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak
jawatankuasa telah meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa
pertama ialah fasa penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga
ialah fasa penuaian . Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2010 untuk
fasa penyelidikan dan latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh
itu,pada tahun 2011 ini, perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-
herba kormersial yang boleh dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit,
lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja
dan pegaga. Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu
lawak, halia bara, patawali , manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan
sebagainya, tumpuan akan diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual
kepada peminat-peminat tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak
Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2012 . Mengikut perancangan
tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil . Hasil
jualan ini nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman
herba dan dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2013 atau 2014.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan
memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan
yang teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek
Keusahawanan Tanaman Herba ini. Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan
sepanjang tahun dan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang , bukan hanya
sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk pertandingan Kualiti Taman
Herba semata-mata tetapi juga mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan
tanaman herba.

10.0 PENUTUP :
Program Warisan Taman Herba Sekolah SMK Sungai Besar 2011 merupakan
projek serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman
Herba Sekolah sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010
dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah yang berasaskan
tanaman herba . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai
matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam
kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran
sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang
oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Sungai Besar. Akhirnya, dengan
kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SMK Sungai Besar akan mendapat
mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang
akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


DISEDIAKAN OLEH :




............................................
(AHMAD LUTFI BIN HASHIM)
Penyelaras II
Taman Herba SMK Sungai Besar.

You might also like