Perkataan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perkataan hulu.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, hulu terbahagi kepada empat maksud iaitu :
1. Bahagian sungai yang mengalirkan air dan berlawanan dengan hilir.
2. Tangkai (pisau, keris dan cangkul).
3. Kawasan hulu yang bermaksud orang yang tinggal di kawasan pedalaman.
4. Hulu kampung iaitu kawasan perkampungan yang terletak paling hujung.

a. Analisis kata hulu' bermaksud hulu sungai dengan menggunakan simbol + dan -.
Hulu sungai : (+kata nama), (-kata adjektif), (-tangkai), (-orang), (-kawasan pedalaman).
Contoh ayat :
Air sungai ini mengalir bermula dari hulu sungai yang terletak 20 kilometer dari
sini.

b. Analisis kata hulu' bermaksud pemegang dengan menggunakan simbol + dan -.

pemegang : (+kata nama), (-kata adjektif), (-orang), (-kawasan pedalaman), (+pemegang
pada pisau, keris dan cangkul)

Contoh ayat :
Hulu keris ini diperbuat daripada kayu yang keras dan berkualiti.


c. Analisis kata hulu' bermaksud orang hulu dengan menggunakan simbol + dan -.
Orang hulu : (+kata nama), (-kata adjektif), (+orang), (+kawasan pedalaman), (-
pemegang pada pisau, keris dan cangkul), (+orang yang tinggal di kawasan pedalaman).
Contoh ayat :
Rata-rata masyarakat yang berpindah ke kawasan itu adalah orang hulu.

d. Analisis kata hulu' bermaksud orang hulu dengan menggunakan simbol + dan -.
Perkampungan hulu : (+kata nama), (-kata adjektif), (-orang), (+kawasan pedalaman), (-
pemegang pada pisau, keris dan cangkul), (+orang yang tinggal di kawasan pedalaman),
Contoh ayat :
Kerajaan telah merangkakan usaha untuk menaik taraf semua perkampungan hulu
yang terdapat di negara kita.

You might also like