Niessha

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

a)pengenalan - menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum

secara umum
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun
penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan
kerana toleransi antara kaum utama di negara kitau iaitu Melayu, Cina dan India.
Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara
satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama

Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman
sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi
terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum.

Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan
selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah
pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan
memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik
perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum
dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis
Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara
ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama
juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam
konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus
kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan
pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum
minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali
kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai
etnik yang dominan di Malaysia.

isu perpaduan kaum lain yang boleh diselitkan ialah peristiwa pendudukan
Jepun, isu agama dan budaya.. dan lain2





KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Posted by Noraini Ismail

Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya
perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
slogan kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri
Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak
kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain
jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi
sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik
kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan
perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara
implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil
menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat
memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan
bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja,
apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui,
tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian,
benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan
pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.

Faktor yang menyumbangkan kepada pengukuhan perpaduan kaum

Kepentingan Perpaduan Kaum
Karangan SPM,
Tema - Perpaduan Kaum
by Cikgu Lina

Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang didokong oleh gabungan
masyarakat pelbagai kaum. Keunikan masyarakat 1 Malaysia ialah sikap saling
bertolak-ansur yang diamalkan sejak laungan merdeka mewarnai bumi
bertuah ini. Ironinya, simpulan perpaduan itu mula goyah apabila terdapat campur
tangan anasir-anasir jahat yang mempunyai agenda sulit. Maka, masyarakat
Malaysia perlu segera celik akan kepentingan perpaduan kaum dan berusaha
membenihkan semula semangat bersatu teguh bercerai roboh agar terus
bercambah serta menjadi pegangan hidup.
Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang harmoni merupakan kesan
perpaduan kaum yang utuh. Penerimaan adat dan budaya kaum lain merupakan
elemen penting dalam menjana perpaduan. Amalan ini mencetuskan rasa saling
menghormati dan sudah pasti setiap kaum akan mengelakkan sebarang insiden
yang boleh mengguris hati kaum yang lain. Percampuran budaya yang tercetus
hasil perkahwinan campur juga menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum,
sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni di Malaysia. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa perpaduan kaum yang teguh akan melahirkan masyarakat yang
harmoni.
Seterusnya, keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan yang erat
mampu memajukan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui peningkatan
jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana perniagaan mereka di Malaysia
kerana persekitaran perniagaan yang aman pasti mendatangkan keuntungan yang
maksimum kepada mereka. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak langsung, bukan
sahaja ekonomi negara meningkat secara global tetapi ekonomi rakyat juga akan
semakin rancak disebabkan peluang-peluang yang menjelma. Hal ini cukup
membuktikan bahawa perpaduan kaum mampu meningkatkan ekonomi negara.
Perpaduan kaum yang utuh juga memangkin kehidupan yang berkualiti sehingga
menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
lain. Imej sebagai sebuah negara berbilang kaum yang
sentiasa berpaksikan perpaduan sentiasa menjadi buah mulut negara
luar. Banyak negara yang kagum akan dasar-dasar kerajaan yang
berjayamentransformasikan negara ke arah negara maju tanpa meminggirkan
nilai-nilai kemanusiaan terutamanya semangat perpaduan antara
kaum. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan
rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap
keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah bahawa perpaduan
kaum menjadikan imej negara kita menarik pada pandangan masyarakat dunia.
Selain itu, asimilasi pelbagai budaya rakyat Malaysia diterima sebagai satu budaya
unik di bawah satu bumbung. Hal ini menjadi satu elemen menarik
yang menggamit minat pelancong asing untuk datang bertandang dan menyaksikan
sendiri kehebatan bangsa 1 Malaysia. Rakyat Malaysia yang sudah terdedah
dengan konsep berkompromi selagi tidak mencuit isu sensitif berkaitan agama
merupakan rakyat yang ramah dan mesra serta mudah menerima kedatangan
rakyat asing ke dalam kelompok peribadi mereka. Jadi, tidak hairanlah jika rakyat
Malaysia yang bersatu padu sedia memberikan layanan kelas pertama kepada
pelancong yang datang untuk mengalami keunikan Malaysia.
Kesimpulannya, hidup berlandaskan konsep bagai aur dengan tebing tanpa
mengira kaum patut menjadi pegangan setiap warga Malaysia. Usah biarkan
sejarah 13 Mei 1969 yang berpunca daripada perbalahan kaum melakar
dakwatnya untuk kali kedua kerana kesan negatifnya sangat
memeritkan. Bersama-samalah kita rakyat Malaysia berjuang demi melahirkan
bangsa Malaysia jenama baru yang sentiasa ikhlas bersatu.

FAKTOR YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN
KAUM
1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya
tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan
1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1Malaysia
ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun
Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan
1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam
perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu
usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara
yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa
dan agama. 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang
merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap
pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai
kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar
sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit
tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah
sama. 3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan
rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di
peringkat sekolah rendah lagi.


TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang
jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan
yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar
mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif,
terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan
British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri
sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina
dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina
dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi
semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi
setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah
rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan
yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman
untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan
nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar
pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang
majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan
positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat
majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal
dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial
masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan
semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan
globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah
lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah
jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun
akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan
yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan
daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.
Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka
hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana
sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu
untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau
bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna
pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita
tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu
mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan
buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia
masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah
sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai
aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu
dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk.
Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu,
malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat
Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan
bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

3.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-
kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-
kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar
kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala
masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan
kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja
dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan
komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya
adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal
di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi.
Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu
yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu
mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh
dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum
Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi
bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke
dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga
perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan
awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah
menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka
serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi
darah daging mereka.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan
dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

3.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya,
seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan
MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan
semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan
oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik
yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada
institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), setiap etnik akan
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan
bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan
perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama
berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara
yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-
kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut
supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan
perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh
parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti
rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan
antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan
juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang
sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba
dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.




mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
1. meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama tanpa mengira kaum. kita
akan lebih menghormati dan mengenali akan adat masing-masing. keadaan
ini boleh menjadikan masyarakat sentiasa hidup dalam suasan yang harmoni.
2. aktiviti bergotong-royong boleh diadakan untuk mewujudkan semangat
kerjasama antara kaum. kualiti hidup masyarakat juga dapat ditingkatkan
melalui persekitaran yang bersih. pepatah ada mengatakan bahawa, '
muafakat membawa berkat', disamping menangani masalah secara bersama.
3. semangat kesukanan juga boleh diwujudkan. misalnya, penglibatan murid-
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat
mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.
4. usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari
kemerdekaan juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan
tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.



Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus
dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia. Bendera negara kita, Jalur
Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang
suci. Kita tidak harusmembenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya
harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi didunia.
Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,menghayati liriknya dan
menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita jugaharus menjaga dan mempertahankan maruah
dan kemerdekaan negara. Sejarahnegara kita juga turut amat membanggakan kerana
kita memperolehikemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.Seseorang
rakyat haruslah sentiasa
bersifat setia dan sayang akannegaranya
. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatanyang tidak dapat dimaafkan. Kita harus
menjaga dan mempertahankan maruahdan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja
untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka
terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta caramengatasinya. Malysi merupakan
sebuah negara yang aman dan harmoni, olehitu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan
juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat kekitaan
dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat.
Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu
antaramasyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmoniandan
semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.Kita harus
sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengirakedudukan, bangsa atau
agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat
bermasyarakatantara kaum.
Sifat berdisiplin
juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturandan undang-undang yang ditetapkan
oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah
berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat
yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kitaharuslah
berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadapatau kurang ajar.
Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan sertamemjunjung Perlembagaan Negara
untuk mewujudkan keamanan dalam negara.Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai
oleh orang lain dan inikan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan
bersifat produktif
untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasiekonomi
negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalammengusahakan sesuatu
tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiapmasa. Rakyat juga harus
tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuandalam negara tanpa menjejaskan perpaduan
negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu
demimenghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukanekonomi
negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa juacabaran dalam negara
dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan dikalangan rakyat.Secara kesimpulan,
perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negarauntuk menjamin kedamaian
di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara
kita untuk kebaikkan semua.


rumusan

Daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya boleh saya
rungkaikan .Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur
dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut
dalam agama saya. Selain umat Islam hari lebaran juga disambut oleh seluruh penduduk negara ini
tanpa mengira anutan agama semasa sambutan peringkat kebangsaan diadakan . Ianya begi
menandakan bahawa tidak terdapat jurang yang besar semasa perayaan ini disambut dalam Negara
yang berbilang kaum ini.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia
ini.Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan disambut oleh semua kaum yang ada di
Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan
terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan
bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.Hakikatnya detik
kegembiraan dikongsi bersama oleh penduduk negara ini.


Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai
kaum dan perayaan tradisi.Ianya menyebabkan keadaan Negara menjadi aman dan harmoni
sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya
ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada
tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama ,
budaya , bahasa dan adapt kepercayaan .

Saya amat menyayangi negara Malaysia.Dalam kepelbagaian masyarakat negara ini ia
mencerminkan satu jiwa bangsa yang bersatu dibawah satu bendera bernama Malaysia.

You might also like