Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Maksud logo

1. Gabungan bentuk hati dengan not muzik


a. Membawa maksud perasaan cinta dan minat orang ramai terhadap warisan teater
kerana ia mampu memberikan keseronokkan dan ilham.
2. Dua topeng
a. Dua topeng yang berbeza ekspresi membawa maksud watak-watak yang dibawa
dalam lakonan teater.
b. Topeng memberikan maksud bahawa perjalanan watak-watak dalam lakonan
tetater adalah variasi.
3. Spotlight
a. Melambangkan bahawa teater dilakonkan di pentas.
b. Spotlight juga melambangkan suasana sesuatu babak yang terlibat.
4. Reben
a. Dua reben yang berlainan warna merujuk kepada perkaitan antara watak-watak
yang terselit dalam lakonan teater adalah saling berkaitan.
5. Filem
a. Filem membawa maksud bahawa lakonan teater dipertotonkan kepada orang ramai.
b. Lakonan tetater juga boleh dirakamkan.
6. Lukisan orang
a. Lukisan orang yang pelbagai pergerakan menunjukkan akan perwatakan yang
berbeza dalam lakonan teater.
b. Lakonan teater juga diselitkan dengan tarian.
7. 1 malaysia
a. Perkataan 1 Malaysia melambangkan bahawa penonton bagi teater adalah pelbagai
kaum.
b. Ia juga membawa maksud akan corak lakonan tetater juga merangkumi semua
budaya masyarakat yang terdapat di Malaysia.

Maksud warna
1. Hitam
merujuk kepada suasana babak semasa teater
2. Kuning dan biru pada topeng
Kuning menunjukkan kegembiraan atau kecerian watak tersebut.
Biru merujuk kepada watak yang sedih atau susah.
3. Merah dan biru pada reben
Merujuk setiap watak dalam teater ada yang mempunyai perwatakan yang baik dan
ada yang jahat.
Perkaitan dua warna tersebut menghidupkan lagi pementasan teater.
4. Putih pada cahaya spotlight
Merujuk kepada kelancaran sesuatu teater tersebut dilaksanakan.
Cahaya yang tertumpu atas pentas turut memberikan setiap teater ada mesej yang
akan disampaikan kepada para penonton semua.
5. Biru, merah dan ungu pada lukisan orang
Kepelbagaian warna pada setiap gambar orang itu memberikan makna bahawa
setiap pelakon yang terlibat dalam teater sememangnya mempunyai peranan
masing-masing.
6. Pelbagai warna pada perkataan 1 MALAYSIA
BIRU = perpaduan
MERAH = semangat kental
PUTIH = keikhlasan
KUNING = kesetiaan
7. Merah pada bingkai reben
Menunjukkan semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa warisan teater sentiasa
diwarisi oleh generasi akan datang.
Pementasan teater juga merupakan salah satu langkah untuk memupuk perpaduan
rakyat Malaysia yang pelbagai kaum melalui pementasan carita yang merangkumi
semua budaya kaum.

Maksud slogan
Warisan Teater Inspirasi 1 Malaysia
Slogan Warisan Teater Inspirasi 1 Malaysia adalah berpegang kepada nilai perpaduan yang
sentiasa dipelihara oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Penubuhan persatuan teater mampu untuk dijadikan sebagai medium pemupukan semangat
perpaduan yang utuh dalam kalangan peminat teater.
Slogan ini berpegang kepada prinsip bahawa teater ini bukan sekadar untuk hiburan semata,
namun mesej-mesej yang bermakna sentiasa diselitkan sepanjang pementasan teater itu.

You might also like