Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

Seterusnya, mengadakan aktiviti khas seperti program ceramah atau kursus


khas tentang keibubapaan dan tanggungjawab. Memberikan kemahiran
keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, mengadakan pusat
rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda
membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah
nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan
peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga
anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.
2. Langkah yang berikutnya ialah memberikan pendidikan seks yang sewajarnya
di sekolah dengan memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan,
penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara
lelaki dan wanita serta cara-cara menjaga diri daripada sebarang gangguan
seksual.
3. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sumbang mahram seperti
melalui kempen- kempen kesedaran anjuran Kementerian Pembangunan Wanita
dan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Hal ini bertujuan untuk mencegah dan memberi didikan awal kepada masyarakat
terutamanya kanak-kanak perempuan yang kebanyakannya menjadi mangsa
kepada gejala ini.
4. Mewartakan undang-undang khas bagi kes ini
Kes rogol melibatkan muhrim harus dipandang lebih serius berbanding dengan
kes-kes rogol biasa.Hal ini kerana kes ini melibatkan kaum keluarga pihak lelaki
yang telah dipertanggungjawabkan oleh keluarga dan masyarakat untuk
menjaga dan melindungi ahli keluarga tetapi hal sebaliknya berlaku.

You might also like