Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah


Apakah PBS?
Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor
oleh sekolah.
LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai,
kriteria, panduan dan peraturan
Bertujuan membolehkan calon mengukur tahap
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berbanding kriteria yang ditetapkan
Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri
(assessment for learning)
Konsep PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila
pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang
terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan
pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan
berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran
berkenaan.

Konsep PBS
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha
mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh
guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid
dan pengurusan evidens.

Konsep PBS
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses
pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan
skema penskoran.

Konsep PBS
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan
tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat
berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh
peraturan penggredan yang telah dibina.

Konsep PBS
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan
konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBS
Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-
tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama.
Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan
untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran bagi menjamin kualiti
Konsep PBS
Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran
itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara
yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini
dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang
ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan
Pelajaran
Konsep PBS
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor
pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui
pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

Konsep PBS
Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan
tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa
Komponen PBS
Projek
Calon melaksanakan tugasan di sekolah
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil

Komponen PBS
Kerja Kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan
sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan
pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil

Komponen PBS
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil

Komponen PBS
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah mengeluarkan sijil

Komponen PBS
Modul
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi
LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah / LPM mengeluarkan sijil

Dasar Pelaksanaan PBS
Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan
kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan
1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69
Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal
ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada
komponen PBS
Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran
Negeri 2 tahun sebelum
Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens
yang autentik


Dasar Pelaksanaan PBS
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens
calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor
calon termasuk penghantaran skor ke LPM
Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada
komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon
yang mengulang
Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak
hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada
Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan
dokumen sokongan
Dasar Pelaksanaan PBS
Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang
menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal
calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan
dokumen pentaksiran ke sekolah baru
Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat
yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut

Ciri-ciri PBS
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin
dikembangkan dalam P&P
Berpusatkan calon
Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria
dan tidak relatif kepada calon lain
Luwes
Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah ditaksir
bila calon bersedia
Berpaksikan pembinaan insan
Menanam aspek nilai murni
Ciri-ciri PBS
Telus dan terbuka
Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir,
bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh
dilaksanakan dengan sistematik
Kepelbagaian instrumen
Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak
untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon
Formatif dan berterusan
Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan
memperbaiki skor

Ciri-ciri PBS
Mempunyai skor
Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan
Pelaporan positif
Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki
tahap penguasaan dari semasa ke semasa
Penyelarasan dan pemantauan berterusan
Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur

Perancangan Pentaksiran
Perancangan
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan
pelaksana PBS yang telah dilantik.
Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan
Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan
pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau,
penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang
pelaksanaan PBS.

Perancangan Pentaksiran
Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak
ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah
ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran
Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan
pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan
seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran,
penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.


Perancangan Pentaksiran
Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi
pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta
impaknya untuk tujuan memperbaikiaprogram itu.

Perancangan Pentaksiran
Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan
membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk
penambahbaikan.

Pentadbiran PBS
JK Peringkat Kebangsaan
JK Peringkat Negeri
JK Peringkat Daerah
JK Peringkat Sekolah


JK Peringkat Kebangsaan
Penasihat: Pengarah Peperiksaan
Pengerusi: Timb Pengarah Pep (Operasi)
Naib Pengerusi: Ketua Sektor SPPMALN
Setiausaha: KPP SPPMALN
AJK: Semua pegawai mata pelajaran
Semua pegawai pembina
Ketua Pentaksir Kebangsaan
JK Peringkat Negeri
Penasihat: Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi: Timbalan Pengarah PelajaranNegeri
Naib Pengerusi 1: Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Naib Pengerusi 2: Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 1: KPP Penilaian & Peperiksaan
Setiausaha 2: KPP Pengurusan Akademik
Ahli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Pen Pengarah Penilaian dan Peperiksaan
Pen Pengarah Sains & Matematik
Pen Pengarah Teknik & Vokasional
Pen Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan
Pen Pengarah Bahasa
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri

JK Peringkat Daerah
Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha: Pen PPD (Akademik)
AJK: Pen PPD (T & V)
Pen PPD (Bahasa)
Pen PPD (Sains & Matematik)
Pen PPD (Pend Islam & Moral)
Pen PPD (Sains Sosial & kemanusiaan)
Pen PPD (Peperiksaan)
Semua Pengetua
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan
Ketua Pentaksir Sekolah


JK Peringkat Sekolah
Pengerusi: Pengetua / Guru Besar
Naib Pengerusi: Pen Kanan Akademik
Setiausaha S/U Peperiksaan
P Setiausaha Pen S/U Peperiksaan
AJK Guru Kanan
Guru Cemerlang
Ketua Panitia
Ketua Pentaksir Sekolah
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Sebelum pentaksiran
Menerima surat siaran PBS daripada JPN
Menerima dokumen PBS daripada JPN
Menubuhkan JK PBS sekolah
Melantik Ketua Pentaksir Sekolah setiap mata pelajaran
Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
Menyediakan jadual pelaksanaan PBS
Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang mencukupi
Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan
melaksanakan PBS berperanan menguruskan segala urusan berkaitan
pentaksiran
Memberi taklimat kepada calon
Memastikan setiap murid ada fail PBS
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Semasa pentaksiran
Pentaksiran dijalankan semasa P&P
Penyelarasan dalaman
Pemantauan dalaman
Pentaksir merekod skor dalam BSI
Pentaksir menyimpan evidens dengan selamat
Pentaksir memaklumkan skor kepada calon dan calon
tandatangan di BSI
Pentaksir memindahkan skor dengan betul dari BSI ke
Borang Markah Induk berdasarkan format pentaksiran
mata pelajaran
Tugas dan Tanggungjawab Sekolah
Selepas pentaksiran
Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak
dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di
sekolah
S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan
markah ke dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang
dimasukkan dalam aplikasi LPM
S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan
Markah calon untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar
Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon
Pelaksanaan PBS
Petugas Pentaksiran
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasasan
Ketua Pentaksir Sekolah
Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman
Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Negeri
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
Disahkan dalam jawatan
Berpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan

Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan
Dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Guru terlatih
Opsyen berkaitan mata pelajaran
Berpengalaman
Disahkan dalam jawatan

Pelaksanaan PBS
Ketua Pentaksir Sekolah
Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
Guru terlatih
Opsyen mata pelajaran berkaitan
Jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti
berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan
sekurang-kurangnya 3 tahun
Dilantik dalam jawatan

Tugas Pentaksir Sekolah
Sebelum pentaksiran
Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan
dan sekolah
Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan
kepada calon

Tugas Pentaksir Sekolah
Semasa Pentaksiran
Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
Mentaksir calon
Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain
yang berkaitan.
Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan
dalam urusan penyelarasan

Tugas Pentaksir Sekolah
Selepas Pentaksiran
Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh PN/PKw
Menyerahkan skor kepada SUP
Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6
bulan selepas keputusan diumumkan
Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
Memastikan borang penskoran individu yang berpindah
sekolah dihantar ke sekolah baru
Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
Menyelesaikan kes-kes khas

Kes-Kes Khas
Jawatankuasa Kes Khas mesti diwujudkan di sekolah
untuk mengendalikan kes-kes bagi calon yang tidak dapat
melaksanakan PBS sepenuhnya
Keanggotaan
Pengetua/ Guru Besar
Guru Kanan
Ketua Pentaksir Sekolah
Ketua Pentaksir

Isu-Isu
Guru GSTT boleh membuat pentaksiran dengan syarat dilatih
Pentaksir mendakwa ada sekolah yang menghantar markah
yang tidak diselaraskan ke LPM
Pentaksir minta sekolah dapatkan surat akuan ibu bapa bagi
anak yang tidak melaksanakan KK
Pelajar yang tidak hadir pastikan diberi surat peringatan 3 kali
menjaga kepentingan sekolah
Guru keluar bertugas pohon izin drp Pengetua / Guru Besar
kerana penting bagi pelaksanaan PBS
Kerjasama pihak sekolah dalam menerima lawatan pentaksir
boleh diperbaiki
Terlalu ramai guru dari sesebuah sekolah dilantik sebagai
pentaksir kawasan / negeri


Penutup
Sekolah diberi kuasa menentukan gred pentaksiran calon
KUASA + TANGGUNGJAWAB
Berjaya atau gagal bergantung kepada integriti, sikap dan
komitmen pelaksana
Memberi kesan kepada kehidupan generasi akan datang

You might also like