Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CARA-CARA MEMBUAT NASI MAQLUBAH

Bahan-bahan:
1) 3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH (ADA DALAM SET)
2) 400 gram beras ( ADA DALAM SET)
3) 1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
4) 2 biji bawang besar
5) 10 biji bawang putih
6) 7 biji terung
7) 2 biji kentang XL
8) 1 btg cili hijau
9) 2biji tomato (lebih pun boleh)
10) 3 sudu besar minyak sapi
11) garam
Cara-cara :
1) Rendam beras 15 minit, basuh dan toskan
2) goreng terung dan kentang, ( boleh tambah bunga kobis jika suka )
3) Hiris bawang besar, tomato ( hiris bulat)
cili hijau tak dihiris
4) panaskan kuali kemudian masukkan minyak sapi/ minyak masak ( miyak sapi lebih enak)
5) goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar
6) masukkan ayam di kedalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi
( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG)
7) taburkan 1/2 daripada serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. biarkan sebertar
kemudian balikkan ayam ( untuk dapatkan stok ayam) jangan goreng terlalu lama.
8) keluarkan ayam , taburkan 1/2 daripada baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk
dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak
9) Gambar ayam tadi setelah digaul dengan 1/4 baki serbuk nasi maqlubah , bwg putih , satu
sudu minyak sapi dan garam . bakar dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. selepas 1/2
jam balikkan.
-BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK
10) Masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) kedalam periuk tadi. Didihkan. ( air mestilah mendidih
sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur)
11) Di dalam rice cooker susunkan bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng
12) masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng,
terung goreng tadi. masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
13) tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi
masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
14) gambar nasi dah masak
15) cara tuang nasi maqlubah kedalam dulang . nasi hendaklah dihidang panas
letakkan ayam di atas nasi. makan dengan salatah harrah ( salad ) dan solsoh harrah ( sos )

You might also like