Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

1

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 7


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, 83000 BATU PAHAT, JOHOR
23 26 APRIL 2011
TELOK GOREK CHALET & CAMP SITE, TANJUNG RESANG, MERSING
Senarai Pegawai dan Jurulatih
1. En. Rosliluddin B. Ambia (Wakil Rasmi Puan Pengarah)
2. Pn. Haslina Bt. Ramli (Pegawai Pengurusan HEP)
3. En. Hamizan Bin Palil (Kem Komandan)
4. En. Mohd Sidek b. Muhammad (Ketua Jurulatih)
5. Pn. Czarina Law Bt Abdullah (Jurulatih Aktiviti Air)
6. En. Hassan B. Ahmad (Jurulatih Asas Bantu Mula)
7. En. Kamarun b. Ishak (Jurulatih)
8. En. Vespanathan a/l Supramaniam (Jurulatih)
9. Dr Mohd Hairuddin b. Amin (Jurulatih)
10. En. Mohd Mohtari b. Mesron (Kaunselor)
11. Cik Norfazilah Bt Mohd Sajat (Kaunselor Pelajar)
12. En. Abdul Sukur B. Kamsir (QM Alatan)
13. Ust Ibrahim B. Mohammad (QM Masakan)
14. En. Rahziat B. Radzali (Pembantu QM Masakan)
15. En. Tokiap B. Tokimin (Tutor Opsyen Sains)
16. En. Hamzah B. Nun (Tutor Opsyen TESL)
17. En. Naaisham B. Mohamad ( Mewakili Tutor Opsyen BC1)
18. En. Abdul Rahim B. Mohammad (Mewakili Tutor Opsyen BC3)
19. En. A. Latif b. Abdullah (Pensyarah Pemantau)

Seramai 82 orang peserta terdiri daripada pelajar PISMP opsyen Sains, TESL, BC1, BC
3 serta 3 pelajar opsyen Matematik telah menyertai program ini. Mereka bertolak
daripada IPG dengan menaiki dua buah bas sewa khas Sikun-Jaya pada jam 9.00 pagi
Sabtu 23 April 2011 menuju ke destinasi di Mersing.
2

Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam dimana rombongan peserta
berkesempatan berhenti di bandar Mersing untuk makan tengahari dan solat jamak dan
qasar. Perjalanan diteruskan dan sampai di tapak perkhemahan jam 2.30 petang. Ketua
Jurulatih dan pegawai menyambut ketibaan dan membuat taklimat ringkas sebelum
aktiviti mendirikan khemah.

Aktiviti 1 : Mendirikan / Pemasangan Khemah
23 April 2011, Sabtu, 3.00 petang
Tapak Perkhemahan Teluk Gorek Chalet & Campsite
Program Bina Insan Guru dimulakan dengan aktiviti memasang khemah oleh semua 82
peserta mengikut kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan saiz dan jenis khemah
dikawasan yang telah dikhaskan oleh kem iaitu berhampiran jalan raya kampung.
Terdapat tiga jenis khemah yang digunakan iaitu khemah 180 Pounder, khemah igloo
dan khemah piramid. Peserta dibahagikan seramai 3 orang bagi satu khemah. Namun,
bagi khemah 180 Pounder seramai 7 orang peserta dimuatkan dalam satu khemah dan
dibekalkan dengan sleeping bed. Ini kerana khemah 180 Pounder merupakan khemah
terbuka dimana tiada perlindungan yang sepenuhnya bagi peserta.








Khemah Piramid Khemah Igloo
3









Proses memasang khemah sebenarnya cukup mencabar dimana terdapat
aksesori khemah yang kurang lengkap sama ada telah hilang atau rosak. Namun,
peserta telah mencuba jaya dengan menggunakan aksesori sampingan yang telah
dibekalkan oleh jurulatih untuk mendirikan khemah. Para jurulatih sangat komited
memberikan tunjuk ajar dan membantu menyelesaikan segala kesulitan yang berlaku.
Peserta digalakkan untuk membina sendiri ampaian sidai pakaian dan rak kasut
supaya kelengkapan diri dapat disusun kemas dan memberikan suasana yang lebih
menyenangkan dan ceria.

Khemah Igloo

Khemah 180 Pounder
4

Pada hari kedua, kira-kira jam 4.30 petang selepas aktiviti kembara dan amali
asas bantu mula, kem komandan mengarahkan supaya khemah yang didirikan
semalam perlu dialih ke tempat lain atas dasar mengutamakan keselamatan peserta.
Tapak perkhemahan ini ditukarkan ke tempat yang lebih dekat dewan, malam berlampu
dan selamat, iaitu bersebelahan dewan. Sebaliknya, tapak perkhemahan yang
sebelumnya adalah kurang selamat dimana ia terlalu berdekatan dengan jalan kecil
yang menuju ke perumahan pekerja Vietnam. Selain itu, pertukaran tapak khemah ini
juga dapat memudahkan lagi aktiviti kawalan malam dijalankan. Kedudukan khemah
peserta lebih tersusun setelah tapak khemah berubah.

Aktiviti 2 : Keyakinan Di Air / Water confident
23 April 2011, Sabtu, 4.30 petang
Pantai Teluk Gorek
Peserta berkumpul di tepi pantai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Terdapat
empat kumpulan. Kumpulan 1 dan kumpulan 2 di masukkan ke dalam Kelompok A.
Kumpulan 3 dan kumpulan 4 dibahagikan ke dalam Kelompok B.
Kelompok A
Kumpulan ini dibimbing oleh Puan Czarina Law bt Abdullah.
1. Peserta diajar memakai life jacket. Life jacket perlu dipakai sempurna dengan
tiga segmen tali diikat kuat dan supaya dapat penampung berat pemakai dengan
selamat dan life jacket tidak longgar bagi mengelakkan ia terapung lebih
daripada kepala apabila masuk ke dalam air.

2. Peserta diminta berlatih untuk menyelam dalam air beberapa kali supaya dapat
menyesuaikan diri dengan ombak dan keadaan air masin serta membuang
perasaan takut kepada air seterusnya menambah keyakinan diri dalam air
khususnya peserta yang tidak biasa dengan suasana air laut
5

3. Peserta diajar untuk mengapungkan diri secara terlentang (kepala menghadap
ke langit dengan keadaanan tubuh mendatar dan hujung kaki sedikit terapung)
menggunakan life jacket, dan belajar terapung tetapi meniarap. Pelajar diajar
supaya bertenang dan tidak panik. Hal ini penting kerana apabila panik,
seseorang itu akan hilang kawalan imbangan diri seterusnya boleh
menyebabkan seseorang itu lemas walaupun memakai life jacket.

4. Seterusnya peserta diajar untuk mengayuh secara reverse. Tangan kiri dan
kanan dihayunkan serentak mengikut pusingan jam, peserta bergerak menghala
ke arah atas kepala. Teknik ini mudah untuk menggerakkan badan dan lebih
senang di aplikasikan ketika berlakunya kecemasan di air.

5. Peserta juga diajar untuk cara bernafas di dalam air. Menyedut udara
menggunakan mulut di luar air dan menghembuskan nafas melalui hidung di
dalam air. Seterusnya peserta di ajar mengenai cara asas menyelamat apabila
kayak terbalik.Apabila kayak terbalik, mangsa perlu segera keluar daripada
kayak. Sekiranya mangsa berkayak secara berkumpulan, mangsa boleh
mengangkat paddle secara menegak unutk memanggil penyelamat atau rakan
yang lain.

6. Sekiranya mangsa tidak mendapatkan bantuan, tunggu dan sekiranya hari panas
terik, mangsa boleh masuk ke dalam air sac ( ruang kosong dibahagian
penumpang duduk ) atau kantung udara supaya boleh berteduh dan bernafas.

7. Apabila penyelamat, mangsa perlu membantu untuk menolak kayak yang
terbalik ke bahagian hujung kayak. Apabila sampai di bahagian tengah kayak,
mangsa perlu menolak kayak untuk membetulkan kembali kedudukannya.

8. Setelah itu, mangsa boleh menaikkan diri ke atas kayak. Peserta perlu
mengangkat diri dengan cara menekan salah satu bahagian hujung kayak dan
6

terus membuka kaki untuk duduk diatas kayak. Kemudian mangsa perlu
mengesot untuk masuk ke dalam tempat penumpang.

Kelompok B
Kelompok ini diketuai oleh En A. Latif B. Abdullah

1. Peserta berjalan di dalam air tanpa menggunakan life jacket. Peserta berjalan
sehingga air mencapai ke paras dada.

2. Peserta di minta untuk menahan nafas di dalam air.

3. Peserta diajar bernafas di dalam air menggunakan hidung dan menghirup udara
menggunakan mulut.

4. Peserta diajar mengapungkan diri secara menghadap ke langit. Peserta
diingatkan supaya bertenang dan tidak panik. Yakin pada diri. Aktiviti ini di
lakukan secara berpasangan supaya rakan yang seorang lagi boleh membantu
untuk rakannya baring di dalam air dan melepaskannya secra perlahan-lahan.
Tujuan aktiviti ini dilakukan secra berpasangan adalah untuk membantu salah
seorang jika berlaku perkara tidak diingini, contohnya panik yang boleh
menyebabkan lemas.

5. Setelah berjaya mengapungkan diri, peserta diajar bagaimana untuk mengayuh
tangan mengikut arah jam supaya dapat bergerak menuju kearah kepala.

6. Setelah itu, peserta di ajar mengapungkan diri dengan menghalakan kepala ke
dalam air dlam keadaan mendepakan tangan dan membuka luas bahagian kaki.
Kebanyakan peserta mampu melakukannya dengan senang.

7

7. Kemudian peserta diajar berkayuh menggunakan kaki. Kaki (dari bahagian buku
lali hingga hujung jari) digerakkan secara bersilang atas bawah dengan kadar
perlahan.

8. Selepas itu, peserta diajar berenang dengan mengayuh tangan ke hadapan dan
mengambil nafas dengan menghalakan muka ke permukaan air sebelah kanan
muka. Aktiviti ini mengambil masa yang lama untuk peserta memahirkan diri.

Setelah Kelompok A dan Kelompok B selesai, kumpulan 3 dan kumpulan 4 menjalani
aktiviti Kelompok A dan kumpulan 1 dan kumpulan 2 menjalani aktiviti Kelompok B.

Aktiviti 3 : Asas Bantu Mula dan Menyelamat
23 April 2011, Sabtu, 9.00 malam
Dewan Terbuka Teluk Gorek Chalet & Campsite
Asas bantu mula merupakan salah satu aktiviti wajib yang dijalankan kepada setiap
peserta BIG. Asas bantu mula ini melibatkan kesemua 82 peserta pelatih guru. Aktiviti
ini telah dikendalikan oleh seorang pensyarah daripada unit kokurikulum IPG Kampus
Tun Hussein Onn iaitu Encik Hassan Bin Ahmad.







8

Dalam aktiviti asas bantu mula, perkara pertama yang diajar ialah asas
bagaiman tindakan atau perkara yang perlu dilakukan apabila terdapat mangsa dalam
kemalangan. Kami diperkenalkan dengan konsep DRTA iaitu Danger, Response, Think
dan Action. Perkara ini merupakan pembelajaran pertama kami.
Kemudian kami telah diperkenalkan dengan peti pertolongan cemas. Kami telah
diberi penerangan mengenai kandungan atau ubatan-ubatan yang diperlukan bagi
setiap peti pertolongan cemas dan jenis-jenis ubatan yang diperlukan bagi setiap jenis
penyakit yang dialami mangsa. Fungsi-fungsi ubatan dan alatan yang terdapat didalam
peti pertolongan cemas diterangkan satu demi satu supaya semua pelajar dapat
menguasai dengan jelas sebelum memulakan aktiviti lasak pada keesokan harinya.
Seterusnya kami telah diperkenalkan dengan ikatan asas untuk bantuan dalam
pertolongan cemas. Antara asas ikatan yang diajarkan ialah,
i. Ikatan Buku Sila - ikatan ini sangat berguna untuk menyambung dua
utas tali yang sama saiz. Ikatan ini digunakan untuk mematikan
simpulan semasa membalut luka dalam pelajaran pertolongan cemas
kerana ikatan ini mudah dibuka untuk menguraikan semula ikatan
pembalut.
ii. Ikatan Tindik Kasih diguna untuk membuat tanjul yang tidak boleh
menjerut untuk kerja-kerja menyelamat. Simpulan ini akan diikat pada
pinggang simalang, kemudian simalang ditarik ke tempat yang selamat.
iii. Lilit Dua Simpul - digunakan untuk mengikat perahu atau bot yang
berlabuh, atau untuk mengikat tali pada tiang atau pokok.
iv. Simpulan Kerusi terdapat dua gelung. Gelung kecil untuk bahagian
bahu dan gelung besar untuk bahagian paha pesakit. Pesakit dapat
digerakkan secara seimbang semasa naik atau turun bangunan atau
kawasan yang curam.
9

Setelah kami menguasai semua ikatan tersebut, kami telah diperkenalkan cara
membalut luka menggunakan kain anduh. Pelbagai balutan telah diajarkan oleh kami
mengikut jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa.













Kemudian setiap kumpulan diberi peluang untuk mencubanya sendiri kepada
rakan-rakan mereka. Antara balutan yang diajar ialah kecederaan patah tangan,
kecederaan patah kaki, kecederaan tercucuk duri di kepala dan lain-lain lagi.



10








Selain itu, aktiviti menyelamat menggunakan tali dan kayu juga telah diajar pada
petang tersebut sebelum memulakan aktiviti berkayak. Dalam aktiviti ini, para peserta
diajar cara membaling tali dengan betul kepada mangsa lemas dan cara menggunakan
kayu sebagai ganti kepada alat usungan apabila mangsa menghadapi kecederaan di
dalam air dan di hutan.

Sebagai tambahan, peserta turut diajar menggunakan benda di sekeliling kita
apabila kecemasan berlaku. Sebagai contoh, kami telah diajar menggunakan seluar
yang kami pakai untuk dijadikan pelampung sementara sebelum bantuan sampai.
Di dalam aktiviti ini, peserta dikehendaki membuang/menghayun seluar peserta
11

daripada belakang kehadapan semasa di dalam air untuk cuba menghasilkan
pelampung. Sebelum itu kedua- dua bahagian hujung kaki seluar perlu diikat terlebih
dahulu supaya udara dapat diperangkap. Dengan aktiviti ini, kami dapat menyedari
bahawa kita dapat menggunakan benda disekeliling kita apabila kecemasan berlaku.

Aktiviti 4 : Ice-breaking
Sabtu, 23 April 2011, 10.00 12.00 malam
Dewan Terbuka Teluk Gorek Chalet & Campsite
Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Mohtari bin Mesron (Kaunselor Pelajar IPTHO).
Semua peserta dikehendaki membentuk satu bulatan besar mengikut susunan bilangan
adik beradik dan bulan kelahiran. Sebelum itu peserta mestilah bertanya kepada
peserta lain untuk mengetahui bilangan adik beradik dan bulan kelahiran mereka
supaya kami dapat membentuk satu bulatan besar yang mengikut susunan. Dalam
proses ini, kami dapat mengenali guru pelatih lain dengan lebih dekat serta dapat
merapatkan hubungan antara peserta.

Aktiviti kedua ialah kami dikehendaki untuk membuat satu bendera mengikut
kumpulan masing-masing. Terdapat empat kumpulan iaitu Hows Champion, Semangat,
12

Kerjasama dan Sure Win. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan bendera
trademark kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan diiringi muzik semasa permulaan kemasukan kumpulan ke
hadapan pentas. Muzik tersebut adalah pelbagai dan secara rawak iaitu muzik
Hindustan, Tarian Gawai, Dangdut dan Jawa. Cara ini telah mencungkil bakat kreativiti
setiap kumpulan untuk melakukan pergerakan yang seiring dengan muzik. Hal ini juga
menuntut kerjasama ahli setiap kumpulan kerana anak buah setiap kumpulan harus
mengikut pergerakan ketua mereka di hadapan. Persembahan setiap kumpulan
mendapat tepukan gemuruh kerana pelbagai ragam dan gelagat yang dapat ditonton.








13

Aktiviti 5 : Upacara Menaikkan Bendera Dan Senaman Pagi
Ahad, 24 April 2011 jam 7.00 8.30 pagi di
Dataran Hadapan Teluk Gorek Chalet & Campsite.
Aktiviti ini dikendalikan oleh En. Vesphanathan A/L Supramaniyam. Semua peserta
berkumpul ditapak perhimpunan seawal pukul 6.50 pagi. Para peserta beratur mengikut
kumpulan 1, 2, 3 dan 4. Penghulu perkhemahan Muhammad Khoiri Bin Khalid memberi
arahan meluruskan barisan dengan penuh semangat. Seterusnya, 2 peserta dari
kumpulan 2 iaitu Muhammad Syukri Bin Sapuan dan Chan Wei Yi masing-masing
membawa bendera IPTHO dan Jalur Gemilang bersedia di hadapan untuk menaikkan
bendera. Sebelum nyanyian, penghulu mengarahkan para peserta supaya
menyanyikan lagu dengan kuat dan penuh semangat.








Semua peserta menyanyi dengan semangat yang kurang. Ini mungkin
disebabkan para peserta penat dan ini adalah kali pertama upacara menaikkan bendera
dilakukan. Selepas upacara menaikkan bendera selesai, En Vesphanathan
mengendalikan senaman pagi. Tujuan senaman pagi ini dilakukan adalah untuk
memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti yang lebih mencabar.

14


Kemudian beliau mengarahkan para peserta untuk membuat satu barisan yang
panjang. Beliau mengetuai barisan untuk berjoging dan diikuti oleh para peserta. Para
peserta berjoging menyusuri jalan yang menuju ketapak perkhemahan. Pemandangan
sekitar ketika berjoging sangat damai dan tenang. Para peserta boleh melihat karenah
kera-kera di tepi jalan dan angin sepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana.
Selepas aktiviti berjoging, para peserta berkumpul semula ditapak perhimpunan dan
seterusnya bersurai untuk sarapan pagi.

Aktiviti 6 : Kembara Mendaki Gunung Arong, Tanjung Resang, Endau Mersing.
24 April 2011, Ahad, 8.30 pagi 4.30 petang
Semua 82 orang guru pelatih terlibat dalam aktiviti kembara ini. Aktiviti ini di pandu dan
dibimbing oleh 6 orang jurulatih dan 4 orang mentor.
Aktiviti kembara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan di hadapan
chalet Teluk Gorek. Peserta diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti kembara oleh
En Sidek dan juga Dr Mohd Hairuddin. Upacara membacakan doa dilakukan sebelum
memulakan pergerakan.
15

Pergerakan dalam satu barisan panjang dimana setiap kumpulan bersambungan
dipantau seorang jurulatih dan mentor. Pergerakan dimulakan dengan menyusuri
pandai sejauh 1.5 km dengan melintasi muara sungai yang masih cetek kerana air laut
surut pagi dan melintasi suatu kawasan pantai berbatu-batu besar.
Kawasan berbatu ini agak mencabar, peserta perlu berhati-hati bergilir bergerak
dengan saling membantu semasa naik dan turun batuan untuk tiba ke kaki Gunung
Arong.

Sebaik tiba dikaki Gunung Arong, peserta Islam ditunjuk-ajar teknik
bertayammum oleh Dr. Mohd Hairuddin. Peserta dikehendaki melakukan amali tersebut
mengikut kumpulan.
16

Selesai aktiviti bertayammum, pergerakan masuk ke dalam hutan dimulai
dengan kumpulan 3 iaitu kumpulan SEMANGAT. Sepanjang aktiviti kembara untuk
menuju ke punjak Gunung Arong, peserta melalui beberapa check-point yang penting
dimana setiap daripadanya mempunyai cabaran yang berbeza-beza, mengharungi
kawasan yang landai, cerun yang licin, laluan berbatu yang sempit, laluan
menggunakan tali dan laluan pokok tumbang. Cabaran demi cabaran tersebut telah
menguji stamina, daya tahan, imbangan badan, kekuatan kaki dan tangan, kepekaan
kepada persekitaran, keprihatinan kepada rakan, ikut arahan, akur giliran dan
kerjasama saling membantu.








Peserta juga dikenalkan kepada tumbuhan berguna dan tumbuhan beracun
sepanjang pendakian. Peserta diingatkan agar menghayati keindahan flora dan fauna,
menimati hirupan udara segar, suasana nyaman dan keharmonian hidupan dihutan.
Hutan menyumbang kepada penghasilan gas oksigen dan wap air disamping hasil
kayuan dan nilai perubatan. Peserta dimaklumkan bahawa hutan Gunung Arong adalah
hutan simpan kekal yang diwartakan oleh Kerajaan Johor.
17

Sekitar pukul 12.00 tengahari, peserta, mentor dan jurulatih selamat tiba di
puncak Gunung Arong. Kepenatan mereka hilang seketika apabila melihat keindahan
pantai yang terbentang luas dengan gugusan pulau-pulau yang begitu cantik sekali.
Dalam tempoh 40 minit, kumpulan kembara menghabiskan masa di puncak gunung
untuk menghilangkan kepenatan, menikmati keindahan pemandangan dari puncak,
makan dan minum serta bergambar sebagai tanda kenangan.







Semasa dipuncak, sambil menghayati keindahan persekitaran, peserta telah
diarahkan memunggut sampah-sarap khususnya beg plastik, polisterin, tin, plastik
pembungkus dan botol air minuman untuk dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam dua
beg sampah hitam untuk dibawa turun ke kaki gunung kerana tong drum yang
disediakan telah dipenuhi sampah hingga melimpah. Beg sampah dibawa bergilir-gilir.
18




Perjalanan menuruni gunung dimulakan oleh kumpulan 3 iaitu Kumpulan
SEMANGAT. Kumpulan selepasnya ialah kumpulan 4 diikuti oleh kumpulan 2 dan 1.
Semua ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing. Kami saling bertukar beg
membawa barang-barang bahan mentah untuk dimasak bila tiba dikaki gunung kelak.
Setiap peserta memainkan peranan dengan semanggat setia-kawan tanpa merungut.
Hal ini secara tidak langsung mengajar kami semangat kerjasama dan bekerja sama-
sama antara ahli kumpulan dan antara ahli kembara keseluruhannya.
Selepas beberapa ketika, kumpulan yang mendahului ialah Kumpulan 2. Selepas
itu ialah Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan seterusnya Kumpulan 1. Perjalanan menuruni
gunung agak mencabar kerana laluan sedikit licin maka pergerakan perlu berhati-hati
dan perlahan-lahan semasa menuruni gunung. Segelintir peserta tergelincir kerana
jalan yang agak curam dan berbatu kerikil. Namun ia masih terkawal dan dapat
mengelak daripada kecederaan. Para mentor dan jurulatih pembimbing sentiasa
memerhati, mengingatkan, membantu dan memandu agar semua peserta selamat
menuruni gunung. Semasa hampir ke kaki gunung berhampiran kawasan tadahan air
terjun, peserta telah bertembung sekumpulan 22 orang pelancong daripada Singapura
yang sedang mendaki gunung. Pendakian dan penurunan Gunung Arong setinggi 989
19

kaki telah selamat dilaksanakan oleh semua peserta. Ini merupakan satu kejayaan yang
membanggakan kerana melibatkan peserta yang paling ramai.
Setelah perjalanan 50 minit menuruni gunung, kami semua selamat sampai ke
tapak memasak berhampiran kawasan tadahan air terjun. Peserta dimaklumkan,
dahulunya kawasan ini dipenuhi rimbunan semak-samun dan teduhan pokok-pokok
besar termasuk pokok petai, pokok durian dan pokok-pokok hutan yang lain, tetapi kini
kelihatan banyak pokok besar telah ditebang dijadikan kawasan kebun kelapa sawit
berpagar dengan kemudahan jalan kenderaan keluar masuk.
Setibanya dikaki gunung, Ketua Jurulatih Kembara, En. Shukor telah
memberikan arahan kepada ketua setiap kumpulan untuk mengira bilangan ahli
kumpulan kemudian melapor dan bersedia untuk menerima arahan aktiviti seterusnya.
Peserta diberikan taklimat untuk aktiviti memasak dalam tempoh masa selama 50 minit
untuk menyiapkan masakan berasaskan b ahan mentah yang telah dibawa/dibekalkan.







Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan masakan masing-masing.
Ketua kumpulan mengarahkan ahli-ahlinya untuk mencari kayu-kayan, batu-batan, dan
kelengkapan lain untuk memasak. Semua ahli memberikan kerjasama yang jitu untuk
menjayakan aktiviti tersebut. Kumpulan tiga iaitu kumpulan SEMANGAT mempelopori
aktiviti memasak dalam tempoh yang ditetapkan. Kebanyakan pensyarah merasai roti
sardin yang dibuat oleh kumpulan tersebut. Terdapat kumpulan yang lambat
20

menyiapkan masakan dalam masa yang diberi. Setelah masakan disiapkan, kami
menikmati juadah dengan berselera kerana agak lapar.
Ahli kumpulan lain juga memberikan bantuan kepada kumpulan dua iaitu
kumpulan KERJASAMA untuk menyiapkan masakan. Setelah menikmati juadah, setiap
ahli kumpulan membasuh perkakas-perkakas masakan dalam air anak sungai. Selepas
itu, semua perkakas yang telah dibasuh dikemaskan semula ke dalam beg peralatan
dan bersiap untuk mendengar taklimat tentang sembahyang jamak taqdim yang
diberikan oleh Dr Mohd Hairuddin b Amin. Semua peserta muslim bersiap sedia
mengambil wuduk dan bersembahyang berjemaah bersamanya.
Di kesempatan ini, kami juga didedahkan dengan cara mencari arah kiblat di
dalam hutan berpandukan matahari. Di sini kami mengetahui bahawa agama Islam itu
memudahkan dan semua ibadah dapat dibuat di mana-mana sahaja selagi bersih dan
suci. Setelah selesai menunaikan solat jamak taqdim, semua ahli kumpulan beratur
mengikut kumpulan untuk memulakan perjalanan balik ke tapak perkhemahan.
Perjalanan balik yang melalui jalan raya sejauh kira-kira 2 km mengambil masa sekitar
40 minit dibawah panas terik matahari. Peserta kelihatan berasa agak letih dan dahaga.
Namun perjalanan bersama Encik Tokiap telah memberikan semangat kepada kami
untuk meneruskan perjalanan.
En. Tokiap mengajak peserta singgah ditepi pantai berhampiran tapak khemah
lalu menyerahkan peserta kepada En. Hassan untuk arahan aplikasi asas bantu mula.
Peserta dalam kumpulan dikehendaki mengaplikasi kemahiran membantu mangsa
kecederaan dimana sebahagian daripada ahli berlakon mendapat kecederaan dan ahli
lain membantu mangsa cedera balik ketapak khemah. Setibanya berhampiran khemah
setiap kumpulan dinilai daripada aspek bantuan kecemasan yang telah diaplikasikan.





21

Aktiviti 7 : Amali Bantuan Kecemasan
24 April 2011, Ahad 3.30 petang
Tepi pantai berhampiran kem Bina Insan Guru.
Amali Bantuan Kecemasan ini jalankan selepas aktiviti kembara di bawah kelolaan En.
Hassan Bin Ahmad. Selepas semua kumpulan sampai di kawasan yang terakhir iaitu di
tepi pantai berhampiran dengan kem. Semasa aktiviti itu dijalankan En. Hassan telah
memanggil 4 orang sebagai wakil daripada setiap kumpulan untuk menjadi mangsa.
Setiap kumpulan perlu membuat amali seolah-olah rakan sekumpulan mereka
menghadapi masalah dalam kemalangan dan menjadi mangsa insiden yang sebenar.
Setiap ahli kumpulan hendaklah membantu ahli-ahli kumpulan mereka dengan
menggunakan semua kemahiran asas bantu kecemasan yang telah di ajar semasa
malam aktiviti Asas Bantu Mula pada 23 April 2011 oleh En.Hassan Bin Ahmad.









Kesemua kemahiran yang di ajar akan di aplikasikan semasa aktiviti tersebut.
Bermula daripada konsep DRTA iaitu Danger, Response, Think dan Action sehingga
berjaya membawa mangsa kepada En. Tokiap Bin Tokimin iaitu salah satu jurulatih
yang akan memberikan keputusan untuk setiap kumpulan mengikut kriteria yang di
22

tetapkan iaitu dari segi kekemasan, keselamatan dan juga keberkesanan. Setiap kriteria
yang di tetapkan amat penting dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa
kerana setiap criteria akan menentukan sama ada mangsa dalam keadaan yang stabil
atau tidak. Setiap mangsa juga akan diberikan masalah mereka sendiri contohnya
kumpulan 1 mempunyai masalah patah tangan daripada kumpulan 3 mempunyai
masalah patah kaki di sebelah kanan.
Ada juga kumpulan yang mendapat masalah mempunyai mangsa yang
mempunyai masalah trauma yang mungkin pada realitinya turut membahayakan si
penyelamat. Jadi setiap ahli kumpulan akan membantumereka menggunakan ikatan
kecemasan untuk sementara sebelum mangsa di pindah ke tempat lain atau klinik pada
situasi yang sebenar.

Aktiviti 8 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
24 April 2011, Ahad, 9.00 malam-11.00 malam
Persekitaran Dewan Terbuka Teluk Gorek & Camp Site
Aktiviti : Pulau Asid
Semua peserta, kaunselor dan jurulatih terlibat dalam aktiviti ini. Peserta telah
dibahagikan kepada kumpulan yang baru iaitu 4 kumpulan yang terdiri daripada 1
kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan. Pembahagian kumpulan yang baru ini
kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan sentuhan seluruh anggota badan. Kemudian,
semua peserta diminta berbaris dalam kumpulan di persekitaran Dewan Terbuka iaitu di
kawasan berpasir bagi mengelakkan kecederaan sewaktu aktiviti yang dijalankan.
Seterusnya, kaunselor memberikan penerangan mengenai perjalanan aktiviti dan setiap
kumpulan dibekalkan 4 keping tikar getah berpotong segi empat yang dianggap sebagai
pulau. Setiap kumpulan juga mendapat peluang untuk membuat pinjaman tapak pulau
yang bernilai RM 5 juta setiap satu yang merupakan kertas mahjong putih yang dilipat-
lipat bersaiz sama dengan tikar getah yang telah diberikan.
23

Setiap kumpulan telah mencuba beberapa kaedah untuk menyeberang ke
garisan yang telah ditetapkan merentasi pulau berasid. Namun begitu, semua kaedah
yang telah dilaksanakan tidak berjaya. Hasil daripada perbincangan keempat-empat
kumpulan, satu keputusan muktamad telah dicapai iaitu menggabungkan keempat-
empat tikar getah yang dibekalkan kepada setiap kumpulan yang berjumlah 16 keping
kesemuanya.

Hasil dari kesepakatan semua kumpulan, semua peserta dapat merentasi pulau
berasid dengan jayanya tanpa memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak. Bak kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Moral daripada aktiviti ini, semua peserta harus bekerjasama dalam mencapai
satu kata sepakat untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran. Dan tiada erti
kata cemburu atau iri hati serta mementingkan diri dalam menyempurnakan sesuatu
tugasan.





24

25 April 2011, Isnin, 8.30 pagi 10.00 pagi
Dewan Terbuka dan Persisiran pantai Telok Gerok
Aktiviti : Ulat Bulu
Bagi aktiviti ini pula, pelajar masih berada dalam kumpulan yang sama seperti Pulau
Asid iaitu 1 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan. Permulaan aktiviti, semua
peserta ditayangkan beberapa rakaman video yang berkisar dengan nyanyian lagu ulat
bulu. Kemudian, peserta diminta untuk menghafal lagu yang telah diperdengarkan. 4
orang peserta diminta ke hadapan bagi mengetuai nyanyian lagu Ulat Bulu dan diiringi
oleh semua peserta.
Ada sang ulat bulu,
Punya kaki seribu,
Siapa jumpa kakiku, kakiku!
Jikalau tak dapat,
Terpaksa ku melompat,
Dengan kaki seribu kurang satu
Setelah itu, peserta diminta ke luar dewan dan berada dalam barisan mengikut
kumpulan. Peserta dikehendaki berada dalam yang rapat antara satu sama lain dan
jurulatih melilitkan benang mengelilingi satu kumpulan. Selepas dililit benang, setiap
kumpulan diminta bergerak berhampiran pantai dan melalui beberapa halangan seperti
pondok, tali yang diikat pada pokok dan menuruni tangga tanpa memutuskan benang
yang telah dililit. Apabila semua halangan telah berjaya dilalui oleh semua kumpulan,
kami diminta memberikan ulasan sepanjang ulat bulu mengharungi halangan.



25









26

Hasil daripada aktiviti ini, dapat dilihat bahawa setiap kumpulan mampu untuk
mengharungi tugasan yang telah diberikan. Semangat berpasukan dapat dilihat dalam
setiap kumpulan. Kemahiran berkomunikasi juga amat penting dalam melunaskan
aktiviti ini di mana setiap ahli perlu menuruti arahan ketua dan mengambil berat
pandangan dan idea setiap ahli.

Aktiviti 9: Berkayak
25 April 2011, Isnin, 10.30 pagi- 1.00 petang
Pantai Teluk Gorek, Mersing, Johor
Aktiviti ini telah melibatkan semua peserta dan jurulatih Sebelum berkayak, para
peserta didedahkan dengan teori berkayak oleh, jurulatih kayak, Pn.Czarina Law binti
Abdullah. Teori ini dijalankan di tepi pantai bermula pada jam 10.30 pagi. Dalam teori ini
para peserta dikehendaki mencari pasangan untuk aktiviti berkayak.
Para peserta diterangkan tentang cara duduk di dalam kayak dengan betul.
Selain itu, nama-nama bahagian kayak juga diberitahu kepada para peserta seperti
cowmang, bowman, sterman, pedal serta cockpit. Dalam teori itu, jurulatih
menerangkan cara memegang pedal dan mengayuh kayak. Tambahan lagi, peserta-
peserta diajar tentang kaedah rafting, cara mengawal kayak, membelok ke kiri,
membelok ke kanan dan cara untuk memberhentikan kayak (rehat) di tengah lautan.






27








Para peserta dibahagik an kepada tiga siri kerana bilangan kayak yang tidak
mencukupi. Siri yang pertama diutamakan kepada QM Makanan. Hal ini kerana mereka
dikehendaki menyediakan makanan tengah hari. Siri ini bermula kira-kira jam 11.00
pagi dan berakhir jam 11.30. semasa siri pertama menjalankan aktiviti berkayak, siri
dua dan tiga didedahkan dengan cara-cara menyelamatkan mangsa menggunakan tali
yang diketuai oleh Dr Mohd Hairuddin bin Amin.










28

Setelah kumpulan siri pertama selesai, aktiviti berkayak diteruskan dengan
kumpulan siri kedua. Semasa para peserta menjalankan aktiviti kayak, Puan Czarina
turut bersama-sama peserta di tengah lautan dengan menaiki jetski bersama bomba
penyelamat. Teori mengenai rafting diaplikasikan semasa berkayak. Para peserta
secara tidak langsung mendapat ilmu dan pengalaman yang baru. Setelah peserta siri
kedua selesai berkayak, peserta siri ketiga menyambung aktiviti kayak tersebut. Aktiviti
berkayak selesai kira-kira jam 1 petang. Para peserta dikehendaki menyusun semula
kayak dan pedal di pantai. Kerjsama antara para peserta dapat dilihat sepanjang aktiviti
kayak ini berlangsung.


29

Aktiviti 10: Refleksi
Refleksi Keseluruhan Kem BIG Siri 7
25 April 2011, Isnin, 5.30 petang 7.00 malam
Dewan Terbuka Telok Gorek Chalet Campside
Selepas beberapa hari menjalani aktiviti sepanjang program Bina Insan Guru (BIG),
para guru pelatih telah dikumpulkan untuk aktiviti refleksi. Aktiviti ini turut disertai oleh
para jurulatih dan tutor. Para guru pelatih dikehendaki duduk di dalam kumpulan
masing-masing dan setiap kumpulan diminta untuk menghantar dua orang wakil bagi
menyampaikan refleksi, pandangan, kritikan dan maklum balas berkenaan dengan
pelaksanaan aktiviti sepanjang BIG. Aktiviti pada petang tersebut dikendalikan oleh
Komanden Kem, Encik Hamizan.








Kumpulan 1 diwakili oleh Syaiful Adzlie dan Najwa Adibah. Mereka telah
menerangkan bahawa antara kekuatan BIG adalah ia dapat merintis semangat
setiakawan antara para guru pelatih merentas konsep bangsa, agama dan opsyen.
Ukhwah Fillah yang dibina diharap akan berterusan dan berkekalan sehingga akhir
hayat.
30

Kumpulan 2 melalui wakilnya Muhammad Syukri dan Nora telah menceritakan
serba sedikit pengalaman kumpulan mereka dalam menjalani aktiviti kembara.
Pendakian kumpulan mereka berjalan lancar dengan adanya semangat kerjasama,
cakna dan prihatin sesama ahli kumpulan. Konflik-konflik yang dihadapi oleh ahli
kumpulan telah mematangkan proses interaksi. Justeru, kumpulan 2 menyimpulkan
bahawa kekuatan BIG adalah pelaksanaan modulnya yang melibatkan interaksi
sesama peserta telah menyebabkan berlaku proses pertukaran pendapat dan buah
fikiran.
Kumpulan 3 diwakili Zunadia dan Farhaliza. Menurut mereka, setiap ahli
kumpulan berasa amat seronok berada di Telok Gorek sehinggakan masa yang berlalu
dirasakan begitu pantas. Bagi kebanyakan daripada mereka, aktiviti seperti kembara,
water confident dan berkayak merupakan aktiviti yang mencabar dan memerlukan
kekuatan mental dan fizikal. Kekuatan mental dan fizikal adalah amat diperlukan oleh
seorang guru terutamanya jika mereka ditugaskan di pedalaman.
Kumpulan 4 yang diwakili oleh Nur Adilah dan Nur Azimah telah menceritakan
dengan panjang lebar mengenai pengalaman mereka sepanjang 3 hari 2 malam di
Telok Gorek. Mereka telah mendapat banyak input-input baru dalam setiap aktiviti yang
diadakan. Pelaksanaan aktiviti yang memerlukan setiap peserta mengoptimumkan
pemerkasaan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial telah membantu mereka
menjadi individu yang lebih seimbang.






31

Selepas setiap kumpulan menghantar wakil masing-masing untuk
menyampaikan refleksi, Encik Hamizan telah membuka peluang kepada para guru
pelatih yang lain untuk memberikan pandangan, terutama berkenaan dengan
kelemahan BIG.
Beberapa orang guru pelatih telah bangkit untuk menyuarakan pandangan
masing-masing. Antara perkara yang ditimbulkan adalah ketepatan masa, jadual yang
berubah-ubah, arahan yang tidak jelas dan para guru pelatih tidak bersemangat
sewaktu menyanyikan lagu Negaraku.
Walaubagaimanapun, perkara ini telah dibidas oleh para jurulatih dan pensyarah.
Masalah ketepatan masa dan pelajar tidak bersemangat itu adalah masalah yang
berpunca daripada pelajar itu sendiri. Jadual yang berubah-ubah adalah kerana
pelaksanaan aktiviti bergantung kepada keadaan cuaca. Isu jadual yang berubah-ubah
sewajarnya tidak timbul kerana para pelajar akan diberi taklimat berkenaan dengan
pelaksanaan aktiviti oleh ketua jurulatih pada setiap malam.
Aktiviti diakhiri dengan kesimpulan oleh Encik Hamizan . Beliau merakamkan
ucapan terima kasih kepada para peserta yang telah memberikan pandangan masing-
masing.








32

Aktiviti 11: Malam Kreativiti
25/4/2011, Isnin, 8.30 malam -11.30 malam
Dewan Terbuka Telok Gorek Chalet & Campsite
Penglibatan: Semua Peserta
Penonton: Jurulatih, Pegawai dan Peserta Kem BIG Siri 7
Para peserta telah berkumpul di dewan selepas Makan Malam Perdana pada pukul
8.30 malam. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu
Muhammad Alif Bin Ali dan Nadzirah Bte Rashid. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran
para pensyarah dan memperkenalkan para juri yang akan mengadili persembahan
pada malam tersebut. Juri-juri yang terlibat ialah Nurhafizah bt Zakaria, Nurhafizah bt
Abdul Aziz, Chan Wei Yi, dan Yeo Hui Yin.
Persembahan pada malam itu dimulakan oleh kumpulan 1 (Hows Champion) dengan
sketsa yang bertajuk Kembara. Sketsa tersebut menceritakan tentang perjalanan
sekumpulan pelajar menjalani perkhemahan. Persembahan sketsa yang menghiburkan
itu diakhiri dengan dendangan lagu Warisan yang merdu oleh Syaiful Adzlie diiringi
petikan gitar oleh Muhamad Saifuddin yang mendapat tepukan gemuruh oleh semua
peserta dan pensyarah.







33

Kehangatan pada malam itu diteruskan dengan persembahan sketsa oleh
kumpulan 2 (Kerjasama) yang bertajuk Psikologi Songsang. Ianya menceritakan
tentang sebuah program bual bicara bersama profesor yang mencadangkan teknik
sarkastik dalam menyelesaikan masalah stress dalam kalangan guru. Persembahan
berjaya mencuit hati semua peserta dan pensyarah dengan lakonan bersahaja
kumpulan tersebut. Ianya diakhiri dengan nyanyian lagu Gemilang oleh ahli kumpulan
tersebut.







Persembahan pada malam itu diteruskan lagi dengan sketsa dari kumpulan 3
(semangat) yang bertajuk Karenah. Sketsa ini mengisahkan pengalaman seorang guru
baru menghadapi pelbagai karenah guru-guru senior pada hari pertama melaporkan diri
di sekolah. Sketsa mereka pada malam itu disudahi dengan nyanyian koir yang bertajuk
Standing In The Eyes Of The World oleh ahli kumpulan dengan sorakan semangat.



34

Malam kreativiti tersebut diakhiri dengan sketsa dari kumpulan 4 (Sure Win) yang
bertajuk Empat Perkara Itu. Sketsa ini mengandungi empat babak yang menceritakan
empat situasi berbeza mengenai sikap dan perangai ibubapa dan pelajar terhadap
guru-guru. Sketsa yang mencuri perhatian peserta itu disambut dengan gelak ketawa
dan sorakan peserta yang hadir. Nyanyian lagu Gemuruh yang dinyayikan dengan
penuh semangat oleh ahli kumpulan menjadi penutup persembahan mereka.
Objektif malam kreativiti ini iaitu untuk memupuk semangat kerjasama dalam
kalangan peserta disamping mencungkil kreativiti peserta telah berjaya dicapai dengan
penglibatan oleh semua peserta dan sokongan pensyarah. Semua penonton telah
terhibur dan dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran dari sketsa yang
dipersembahkan oleh semua kumpulan.






35

REFLEKSI
Alhamdullilah sekali lagi kerana saya dapat menjalani program BIG dengan jayanya dan
dapat menyiapkan laporannya dalam masa yang ditetapkan. Banyak perkara baru dan
bermanfaat yang saya perolehi sepanjang mengikuti program ini yang dapat saya
gunakan pada masa hadapan.
Dalam semua aktiviti yang dijalankan dalam program BIG ini, satu perkara yang
sangat penting iaiu kerjasama sangat diperlukan. Dripada aktiviti ice breaking pada
malam pertama hinggalah Malam Kebudayaan pada malam terakhir, dapat dilihat
kerjasama sama ada dalam keempat-empat ahli kumpulan atau sebagai kumpulan BIG
Siri ke-7. Kerjasama yang erat membolehkan akiviti yang ingin dilaksanakan berjalan
dengan lancar. Misalnya semasa mahu menjalani aktivit kayak, para peserta dan
jurulatih bersama-sama mengangkat kayak dan pengayuh ke gigi pantai. Dalam
penyediaan makanan juga dapat saya lihat ramai peserta yang membantu QM
Makanan menyediakan hidangan untuk semua peserta, jurulatih dan pegawai.
Seterusnya saya mendapati nilai disiplin cuba diterapkan melalui pelbagai aktiviti
secara langsung atau tidak seperti upacara manaikkan bendera, senaman pagi dan
kekemasan di kawasan perkhemahan. Bagi peserta muslim mereka diwajibkan solat
berjemaah pada setiap waktu secara jamak qasar dan mempunyai kuliah Subuh dan
Maghrib. Manakala bagi peserta bukan muslim, pada waktu tersebut mereka
mempunyai waktu pengisian yang dikendalikan oleh jurulatih.
Selain itu, program BIG ini juga telah mengcungkil bakat kreatif para peserta.
Misalnya semasa pemasangan khemah, kami digalakkan untuk menyediakan sendiri
ampaian kain dan rak kasut untuk kemudahan dan kekemasan kawasan khemah. Kami
menggunakan bahan dari kawasan sekitarnya seperti batu-bata dan serpihan kepingan
papan untuk membina rak kasut. Semasa aktiviti masakan dalam Kembara Gunung
Arong, kami menggunakan pelbagai cara untuk memasak nasi dan lauk yang terdiri
daraipada roti, empat tin sardin, sebahagian kubis dan lima biji telur. Kami hanya
dibekalkan tiga batang mancis, sedikit minyak dan sedikit garam serta empat buah eriuk
kecil dan beberapa biji pinggan dan sebatang pisau. Oleh itu, pelbagai cara yang
36

dilakukan oleh kumpulan masing-masing untuk menhidupkan api. Untuk memastikan
nasi masak dengan sempurna pula, kami mengutip beberapa helai daun yang agak
besar untuk dijadikan penutup periuk.
Di samping itu, antara kekuatan yang saya dapat lihat pada program BIG ini ialah
ia dapat memupuk nilai-nilai yang telah saya huraikan sebelum ini seperti semangat
kerjasama, kreatif dan berdisiplin.
Walau bagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan dalam program.
Antaranya ialah semangat dari para peserta itu sendiri yang kurang. Situasi ini hanya
pada sesi nyanyian lagu Negaraku dan IPTHO. Seharusnya para peserta menyanyi
dengan lebih bersemangat kerana kita membawa nama IPG Kampus Tun Hussein Onn
ke mata luar. Apatah lagi terdapat beberpa kumpulan lain yang turut menjalankan
perkhemahan di Teluk Gorek ini. Walau bagaimana pun, untuk aktiviti pada masa lain
para peserta begitu bersemangat dan teruja untuk melakukan aktiviti.
Saya berharap pengalaman mengikuti Program BIG ini dapat saya gunakan
pada masa hadapan. Saya juga berharap lebih banyak program-program perkhemahan
seperti ini diadakan pada masa akan datang untuk memntapkan diri kami sebagai
seorang pendidik yang serba berkemampuan.
Sekian, terima kasih.

You might also like