Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PROGRAM PERMATApintar

Program PERMATApintar Negara dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd
Razak. Program ini dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program
ini ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar, cerdas dan berbakat seawal mungkin supaya potensi
dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.
Terdapat beberapa program yang dijalankan dibawah Program PERMATApintar. Di
antaranya ialah Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM untuk pelajar
berusia 9 hingga 15 tahun, Program PERMATAinsan yang dikendalikan oleh Universiti Sains
Islam Malaysia untuk pelajar yang berusia 8 tahun dan AkademiPERMATApintar UKM iaitu
sekolah khas pintar cerdas untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki
tingkatan 4 pada tahun 2011.
Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS) diadakan khas buat pelajar
Tingkatan 3 yang telah berjaya melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2. Perkhemahan ini
bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar potensi intelek yang tinggi. Pelajar-pelajar ini akan
ditawarkan mengikuti Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM. Antara
kandungan kursus perkhemahan ini ialah pemantapan kepimpinan, kemahiran berfikir, kreativiti,
kemahiran penyelesaian masalah, sikap proaktif, kemampuan bekerja dalam satu pasukan,
kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran komunikasi, dedikasi, ketabahan
dan motivasi.
Program pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM pula merupakan
program pendidikan di UKM. Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah melepasi Ujian
PERMATApintar UKM 2 dan telah berjaya menyertai sesi perkhemahan khas. Mereka akan
mengikuti sesi persekolahan di UKM untuk Tingkatan 4dan Tingkatan 5. Mereka dikehendaki
menduduki SPM dan peperiksaan lain di peringkat antarabangsa. Sesi pembelajaran juga adalah
lebih mencabar.
Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan semasa Perkhemahan Khas Matematik dan Sains
(PKMS) ialah:
1. Ujian Kecerdasan Emosi
2. Ujian Kompetensi (ujian kecekapan untuk Matematik, Sains, Bahasa Melay dan Bahasa
Inggeris)
3. Penyelesaian masalah Matematik dan Sains secara kumpulan
4. Pembentangan mini projek

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATAPINTAR Negara pulamerupakan program
yang dirangka bagi menanpung keperluan pelajar-pelajar pintar dan cerdas di Negara kita.
Program berbentuk pengayaan dan pecutan ini telah diadaptasi dari Program Musim Panas
(Summer Camp) di Centre for Talented Youth, John Hopkins University. Sama seperti Falsafah
Pendidikan Negara, objektif perkhemahan ini adalah untuk mengembangkan bakat dan
kebolehan sedia ada pelajar, mengasah potensi pelajarsecara holistic, mengembangkan
kemahiran pelajar dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
ialah aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program kerohanian
dan lawatan sambil belajar.
Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar.
1. Menjadi saintis
2. Penulisan dan imaginasi
3. Penaakulan mantik
4. Rekacipta
5. Pengenalan kepadarobotik
6. Biologi pecutan
7. Bioteknologi
8. Teknologi hujau
9. Kristal dan polimer
10. Kriptologi
11. Kebarangkalian dan teori permainan
12. Mengarang penulisan
13. Rekacipta lanjutan
14. Robotic lanjutan
15. Sains penerbangan

Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar pula merupakan program yang
dilahirkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana
Menteri untuk melaksanakan program ini. Pelajar-pelajar yang ditawarkan adalah terdiri
daripada pelajar yang melepasi Ujuan PERMATApintar UKM 1 dan 2 dan Ujian Kompetensi
Matematik dan Sains melalui perkhemahan Sains dan Matematik. Program ini mengambil masa
2 tahun dan menekankan kepada pembezaan pembelajaran iaitu pelajar belajar pada aras berbeza
mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Penekanan banyak diberikan kepada pembelajaran
berpusatkan pelajar. Maka, kaedah pengajaran yang digunapakai adalah seperti kaedah koperatif
dan kolaboratif, perbincangan kumpulan, amali, kajian lapangan, projek penyelidikan,
pembinaan folio dan sebagainya. Terdapat beberapa tujuan program ini dijalankan seperti
memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam
menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif
dan menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan
menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi
dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa.
Satu lagi program yang dijalankan ialah ASASIpintar UKM yang bermula pada bulan Jun
2010 dengan kohort pertama sebanyak 250 orang pelajar menyertainya. Bidang pengajian
tertumpu kepada Sains, Teknologi dan Matematik. Program ini menggunapakai kurikulum khas
yang mengambil sejumlah 40 jam kredit. Pengendaliannya melibatkan semua fakulti yang
berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam
Bina, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains
Kesihatan Bersekutu. Pelajar berpeluang bersama-sama pakar untuk menjalankan penyelidikan
melalui pembelajaran berasaskan masalah.








Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.












KESAN ISU PENYALAHGUNAAN MASA TERHADAP PEMBANGUNAN SAHSIAH
GURU
Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang
ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan kepada
murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak
merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:
a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya
kualiti dan produktiviti.
Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti
sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru
hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid
dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000
dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO
9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan
pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam
merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.
Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam
Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang
dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan
yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input
perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk
kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa
pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk
kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk
meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran
sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi
produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:
i. Tenaga manusia (guru-guru)
ii. Sistem dan prosedur
iii. Struktur organisasi
iv. Gaya pengurusan
v. Persekitaran kerja
vi. Teknologi
vii. Bahan-bahan
viii. Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak
bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau
menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang
bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan
masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam
menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.
Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui
teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut.
Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk
sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan
kakitangan awam.
Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan
ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan
ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang
kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara
yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa
mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan
mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.
Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru
tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah
kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba
mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas
sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut
hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh
menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk
mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan,
bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk
kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada
pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses
oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi
maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh
dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan
masa.

d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.
Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu
dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka.
Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai.
Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam
tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk
mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan
tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan
dokumentasi tersebut.
Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai
guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang
tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik
agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa
ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman,
kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan
bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.

e) Dari perspektif Islam, sikap guru yang menyalahgunakan masa boleh mengundang
dosa.
Rata-rata guru di Malaysia perlu mengajar sebanyak 26 hingga 30 waktu seminggu. Waktu ini
perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Namun, bagaimana pula jika guru terlibat terlewat
masuk ke kelas? Pendapatan seorang guru adalah dari sumber yang halal iaitu menyampaikan
ilmu kepada murid. Sekiranya guru tidak tidak mematuhi peraturan masa yang ditetapkan,
pendapatan itu menjadi tidak halal. Guru perlu memohon maaf daripada murid dan meminta
murid menghalalkan kekurangan tersebut. Sekiranya di dalam kelas mempunyai 35 orang murid,
maka semua murid hendaklah bersedia untuk memaafkan guru. Bayangkan sepanjang 25 tahun
atau lebih tempoh perkhidmatan guru, adakah guru benar-benar tidak menyalahgunakan masa?
Perkara ini perlu direnung semua oleh insan yang bergelar guru.
Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki amat
penting dalam kehidupan dan pembangunan keluarga. Guru yang tidak menitikberatkan perkara
ini boleh menyebabkan rezekinya tidak diberkati. Perkara seperti ini tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Ini melibatkan hubungan insan dengan penciptanya. Kemungkinan akibat tiada
keberkatan dalam rezekinya, dia sering berasa gundah dan merasa tidak pernah cukup. Dalam
menjalankan tugas, guru-guru tidak boleh walau sedikitpun mengurangi waktu bersama dengan
murid seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktunya. Jika guru-guru dengan sengaja
masuk lambat contohnya, dengan itu dia boleh dikatakan telah menipu dalam kerjanya.
























Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.













TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI
William Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti pada tahun 1956. Model ini
menerima bahawa tingkahlaku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Ia dibina
berdasarkan tiga prinsip iaitu :
a) Individu bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya sendiri. Tingkahlaku tidak dihasilkan
dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.
b) Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.
c) Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkahlaku supaya persekitarannya sesuai seperti
mana yang ia kehendaki.
Kedua-dua model ini saling berkait rapat.

TEORI PILIHAN
Teori Pilihan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan semuanya dikawal. Tingkahlaku yang
dibuat pula adalah dipilih oleh diri sendiri. Diri kita pula dipandu oleh gen atau baka kita yang
cuba memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang dan rasa memiliki,
kuasa, kebebasan dan kegembiraan.
Menurut William Glesser lagi, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa
memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orang-
orang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka.

Terdapat sepuluh tunjang dalam Teori Pilihan iaitu:
a) Satu-satunya orang yang boleh mengawal tingkahlaku kita ialah diri kita sendiri.
b) Apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat.
c) Masalah psikologi jangka panjang adalah masalah hubungan.
d) Masalah hubungan adalah sebahagian daripada kehidupan kita.
e) Apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan pada hari
ini, tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang untuk
memuaskan kehendak mereka pada masa hadapan.
f) Kita hanya dapat memuaskan keperluan kita dengan cara memuaskan gamabaran dalam
Dunia Kualiti kita.
g) Apa yang kita lakukan adalah bagaimana kita bertingkahlaku.
h) Tingkahlaku kita adalah keseluruhan tingkahlaku yang terbina dari empat komponen iaitu
tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
i) Keseluruhan tingkahlaku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara
langsung terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaa, dan
fisiologi secaratidak langsung melalui bagaimana kita memlih untuk bertindak dan berfikir.
j) Keseluruhan tingkahlaku direkabentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian
daripada perkara yang dikenalpasti.


TERAPI REALITI

Terapi Realiti adalah kaedah kaunseling yang diajar oleh William Glasser sejak 1965. Terapi
Realiti menyediakan panduan kepada kita untuk menangani sesuatu masalah. Matlamat Terapi
Realiti ialah membantu memperjelaskan sesuatu masalah dan isu untuk di selesaikan. Oleh sebab
itu, Terapi Realiti adalah berkaitrapat dengan Teori Pilihan.Teori ini juga berorientasikan kepada
4 proses penting iaituWants, Doing, Evaluate dan Plan.
Keempat-empat peoses tersebut dijalankan bagi memenuhi beberapa persoalan:
a) Wants (kehendak, keperluan dan persepsi)
Apa yang diingini?
Apa jalan keluar bagi sesuatu masalah?
Apakah gambaran kualiti kehidupan dan perhubungan yang dikehendaki?
b) Doing (Terarah dan Lakukan)
Apa yang perlu dilakukan (tindakan, fisiologi, perasaan dan pemikiran)?
Bila tindakan perlu dilakukan?
Apakah perasaan dan emosi ketika melakukan sesuatu?
Bagaimana kesan terhadap kesihatan?
c) Evaluate (penilaian)
Perkara yang sedang dilakukan, adakah akan berjaya mencapai matlamat?
Adakah perkara tersebut berada dilandasan yang betul?
Sejauhmanakah kita benar-benar berusaha mencapai matlamat?
Adakah kita berada pada tahap yang benar-benar dapat memberikan komitmen?
d) Plan (perancangan)
Apakah perancangan yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut?
Adakah perancangan itu jelas dan mudah difahami?
Bagaimana untuk mengukur pencapaian tersebut?
Bolehkah perancangan tersebut dilaksanakan segera?
Adakah perancangan berada di bawah kawalan?

Setelah menjawab soalan-soalan berikut, guru perlu menyediakan satu perancangan khusus bagi
mengatasi masalah tingkahlaku mereka.


CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU
MENGGUNAKAN TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI
Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan
dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru ialah adakah mereka
mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih baik?
Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa
mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,
dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala
perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.
Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi
mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktor-
faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai.
Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi
mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan
mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan
psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka
seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang
guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap
pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun harus
diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya
memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.
Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.
Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).
Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di bawah:
a) Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )
Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat
utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah ini perlu dilihat
dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih
kecil. Matlamat-matlamat tersebut ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati
masa apabila masuk ke dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan
kaedah pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini
hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.

b) Directions ( terarah dan lakukan )
Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan.
Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah
benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini
bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat
dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga
hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan
tercapai.

c) Evaluation ( penilaian )
Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak
tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh
mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya
dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling
penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang
terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari
keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada
pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang
pentingnya.

d) Plan (perancangan)
Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat perancangan
tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan perkara yang lebih
penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk
melakukan aktiviti tersebut demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah
melakukan muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah
kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a. Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.
b. Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal pengajaran
dan pembelajaran.
d. Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.
e. Menjalankan penyelidikan tindakan.
f. Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar
etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hukum
agama yang mengundang kepada rezeki yang halal.
Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita
dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita.
Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi
perhatian.















BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Jazimin Jusoh. (2007). Aplikasi terapi realiti dalam sesi kaunseling. Kertas kerja
yang dibentangkan pada bengkel kaunseling sekolah kebangsaan pada Oktober 2007. Anjuran
USIM, UKM, Kementerian Pelajaran Malaysia dan PERKAMA.

2. Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Institut Integriti Nasional. (2007). Pembentangan Kertas Kerja : Masyarakat Malaysia
Berintegriti Melalui Sistem Pendidikan. Diakses pada 7 Mei 2011,
dari http://www.iim.com.my/v3/download/06-09-07%20Seminar%20Integriti%20_3_.pdf.

4. Larson, LaFasto.(1989). Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong. Sage
Publications.

5. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia . (2008).Lampiran
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan
Perhubungan Pelanggan. Diakses pada 7 Mei 2011
darihttp://arcadia.mampu.gov.my/mampu/pdf/lampiran_pkpa012008.pdf

You might also like