Kertas Kerja Herba

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN (L) JALAN BATU

JALAN RAJA LAUT


50350 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROJEK TAMAN HERBA

TEMPAT :
SK (L) JALAN BATU

TARIKH :
21 - 25 JUN 2014

ANJURAN :
PPKI SK (L) JALAN BATU, KL


KERTAS KERJA
PROJEK TAMAN HERBA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN (L) JALAN BATU, KUALA LUMPUR

1.0 PENDAHULUAN
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang ingin diterapkan
kepadapelajar-pelajar pendidikan khas sebagai proses permulaan pengurusan diri.
Oleh itu, Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Batu juga akan mewujudkan Taman Herbanya
sendiri. Taman Herba SK (L) Jalan Batu adalah dibawah pengawasan Panitia
Kemahiran Hidup Pendidikan Khas (PPKI) dengan kerjasama daripada guru-guru PPKI
dan warga sekolah.

2.0 TUJUAN
Tujuan penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-
ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.
Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-
tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi
masa kini.

3.0 MISI
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-
ubatanyang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.
Kewujudantaman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-
tanamanherba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi
masa kini.
4.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SK (L) Jalan Batu. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .
5.0 OBJEKTIF.
5.1 Bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
5.2 Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas, cantik dan teratur dari
segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
5.3 Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan
sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
5.4 Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku
pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

6.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA
Jawatankuasa Induk Projek
Penasihat
En. Jamaludin Bin Mohd Hashim
(Guru Besar SK (L) Jalan Batu)
Pengerusi
Cik Haszanarita Binti Hashim
(GPK Pendidikan Khas)
Pn. Rosnah Binti Hj Saleh
(Penyelaras PPKI)
Setiausaha Cik. Lalitha A/P Hariram
Bendahari Cik. Nurul Imani Bt Abdul Halim
Jawatankuasa Projek
Membersihkan kawasan
Cik Siti Shafinaz Bt Mohd Zakariah
Pn. Suriati Bt Mohamad
Mengelembur tanah
Pn. Nursohana Binti Othman
Cik. Rozita Bt Abdullah
Pn. Rosnita Bt Osman
Membina pagar
Pn. Zailawati Bt Husin
Pn. Noorhafizah Bt Ramli
Pn. Rohayu Bt. Sulong

Menanam pokok herba dan benih
Cik. Nurul Imani Bt Abdul Halim
Cik Siti Noor Baien Bt Abdul Latif
Pn. Che Sapinah Bt Che Othman
Membina landasan pejalan kaki
Cik. Lalitha A/P Hariram
Pn. Nor Fatin Bt Satar
Makan dan minum Pn. Hazila Bt Mohd Makhtar
Melabel pokok herba Pn. Balqis bt Musa
Kawalan murid Semua PPM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kos (RM) Sumber
1 Papan tanda dan label pokok herba 50.00 Tajaan
2 Lapik batu pejalan kaki / 20 unit x RM 10 200.00 Sekolah
3 Membeli anak pokok dan benih herba 70.00 Tajaan
4 Kos penyelenggaraan 20.00 Tajaan
JUMLAH (RM) 320.00

8.0 PENUTUP
Program Taman Herba Sekolah PPKI SK (L) Jalan Batu merupakan projek rintis bagi
tahun 2014. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut. Diharapkan cadangan yang dikemukakan dalam kertas kerja ini akan
mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya
projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak
jawatankuasa Taman Herba PPKI SK (L) Jalan Batu.




Disediakan oleh :

.
(LALITHA A/P HARIRAM)
SETIAUSAHA
PROJEK TAMAN HERBA
SK LELAKI JALAN BATU, KL


Disemak oleh :

.
(CIK HASZANARITA BT HASHIM)
GURU PENOLONG KANAN
PPKI SK LELAKI JALAN BATU, KL


Disahkan oleh ;

.
(EN. JAMALUDIN BIN MOHD HASHIM)
GURU BESAR
SK LELAKI JALAN BATU, KL






LAMPIRAN


PERANCANGAN PROJEK TAMAN HERBA

You might also like