Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kecederaan Dalaman dalam Sukan

Jenis kecederaan dalaman merangkumi kecederaan retak, patah, terkehel, dislokasi


dan konkusi.Jenis kecederaan dalaman ini melibatkan kecederaan organ dalaman yang tidak dapat
dilihat oleh individu yangmengalami.Oleh itu, individu yang mengalami kecederaan ini akan mengalami
simptom-simptom tertentu bergantung pada tahap kecederaan seseorang.
Kecederaan retak ialah pecahan atau rekahan pada suatu tulang.Terbahagi kepada 5 jenis iaitu
keretakan ringan,retak seribu,keretakan Greenstick, keretakan terbuka,keretakan tertutup.Tulang
retak ialah tulang mengalami pukulan hentakan yangt idak tepat / tidak terus (hentakan sipi).
Sebahagian tulang retak kerana ulangan.Pukulan / hentakan yang kerap akan menyebabkan kesakitan /
kurang selesa pada tulang.Patah Tertutup ialah patah keseluruhan tulang tetapi kulit tidak
tercedera.Berlaku pendarahan dalam kulit serta bengkak, lebam & panas.
Patah Terbuka pula patah keseluruhan tulang dan kulit / otot terkoyak / tendon terputus.Luka
wujud di bahagian tulang patah.Tulang tertonjol keluar dan darah banyak mengalir keluar.Seterusnya
ialah patah ranting.Sebahagian tulang patah dan darah tidak mengalir keluar.

Bengkak,adalah contoh patah tulang selangka.Patah Melarat akan mengakibatkan organ
sekeliling rosak.Paru-paru rosak kerana patah tulang rusuk,kerosakan otak kerana tengkorak
pecah.Selain itu,berlaku pendarahan dalaman- berbahaya / kritikal.
Tanda-Tanda Patah dan retak ialah pergerakan tidak normal / terhadap bahagian cedera
berubah bentuk bengkak,muka pucat dan berlaku pendarahan serta bengkak & lebam.Simptom Patah
dan Retak pula ialah kehausan, loya / muntah,badan lemah .



Terseliuh : berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau terpulas disebabkan
bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.


Otot terkoyak : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara
drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang dikenakan atau dihentakkan terus ke
otot.

Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot buat
sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau kekurangan air dan elektrolit (
natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dankurang dya tahan.

Dislokasi : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan
pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen
dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak.

Fruktur : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau
daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbukan.

Kontusi : Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus terputus disebabkan daya
hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.

Konkusi : Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan
mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.

You might also like