Wawasan 2020 1 Perbincangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

RINGKASAN EKSEKUTIF;

Penerangan ringkas berkaitan Perpaduan rakyat sebagai
satu cabaran utama Kerajaan Malaysia dan Pendidikan di
Malaysia yang dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum semenjak sebelum merdeka, sebagaimana
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, dilakarkan dalam
pendahuluan kertas ini. Diikuti dengan masalah perpaduan dan
hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri
sekolah perkasa.

Selepas penjelasan definisi perpaduan, pendidikan dan
memperkasakan, kertas ini mengariskan Sembilan Cabaran Wawasan
2020 dan menyentuh peranan pendidikan dalam proses pembinaan
bangsa Malaysia menuju Wawasan 2020. Disusuli pula dengan
Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Seterusnya dihuraikan bagaimana Penyata Razak 1956
sebagai batu asas bagi perkembangan Sistem Pendidikan
Kebangsaan dapat mewujudkan penyatuan kaum. Huraian diteruskan
dengan menghubungkaitkan bagaimana Dasar dan Rangka Kerja
dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan Negara. Dasar
Pendidikan Kebangsaan berkaitan kurikulum, kokurikulum,
peperiksan dan penggunaan bahasa pengantar yang sama. Kemudian
diteruskan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
dengan teras pertama dan ketiga yang berfokuskan perpaduan dan
memperkasakan sekolah.

Rancangan Malaysia Kesembilan dengan empat agenda
utamanya yang berkaitan dengan Pendidikan dinyatakan dalam
helaian seterusnya, dan diikuti pula dengan Isu dan cabaran
perpaduan kaum di peringkat pelajar.

Sebelum penutup kertas ini menjelaskan program-program
yang dijalankan di sekolah-sekolah sebagai strategi
pelaksanaan dalam mewujudkan perpaduan dan memperkasakan
sekolah. Di antaranya ialah Penubuhan Kelab Rukun Negara,
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri,Sekolah Penyayang,
Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan RIMUP,
Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan
Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari
Keluarga dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian,
Perkhemahan Bina Insan,Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun
Baru Cina, Sistem Rumah, Aktiviti Riadah Luar Sekolah dan
Tabung Kebajikan.

Bahagian akhir kertas ini merumuskan bahawa, pelajar
hari ini adalah bakal pemimpin dan pembina negara pada masa
akan datang. Mereka berasal dari wilayah yang berlainan dan
menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari
para guru, kakitangan sokongan yang berbilang kaum dan dari

2

daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Alam
persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan
terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia
membina keyakinan para pelajar dan warga sekolah peri
pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum
dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya
memperkasakan sekolah.


SOALAN 2
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi
keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan
antara kaum.Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran
paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan
2020. Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir
hasrat tersebut dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan
memperkasakan sekolah.

Pengenalan

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang
dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama
dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
yang berbunyi "Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu
yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi
bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara
kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan"

Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan
wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan
menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan
(SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagaiwahana
untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat
dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat,
saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan
rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.

SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah
menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah
aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi
supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga
kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana kurang
memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu,terdapat
anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah

3

lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat
bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu
bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan
sebaliknya.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum dan memperkasakan sekolah dengan :

CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA
* INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI
* PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI
* IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT
* SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M
* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN
* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN
* MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
* PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG
* PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG
* SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI
* BERASPIRASI NASIONAL

Definisi Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisiperpaduan
menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd
mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan
bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala
maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau
mengukuhkan sesuatu.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi
rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini
dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari
1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan
matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara
merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari,
progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika
rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran.

Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa
Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu

4

gagasan pembinaan masa depan
masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran
utama.
SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
* Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
* Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
* Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
* Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
* Pembentukan Masyarakat yang Toleran
* Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
* Pembinaan Masyarakat Penyayang
* Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
* Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur

Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman
Pengukuhan
* Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
* Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama
* Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling
Malaysia
* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan
mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan
vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu
pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan
mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin.
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan
vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu
pelajaran

Rang Undang Undang Pendidikan 1995
* Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai
aspirasi negara

5


* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan
* Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem
Pendidikan kebangsaan
* Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum
Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:

"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa
di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun
perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956).Sistem persekolahan yang
berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran
kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai
perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk
mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961
telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta
Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia
ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat
itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.

Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir
pantai,kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum
India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman
Talib 1960, muncul pula laporan- laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976.Kedua-dua Laporan
ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang
sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan
dan Pembangunan Negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.
Tidak dapatdinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan
peranan yang sangatpenting dalam pembinaan dan pembentukan
warga negara dan rakyat yangbersatu padu. Sememangnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menyatakanbahawa:

6


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan encapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara"
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti
yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan
aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk
memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik
sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.
Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah,Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku
yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega
ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan
melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej
sistem pendidikan negara di mata dunia. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif
ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah
negara maju.

TERAS STRATEGIK PIPP
* Membina Negara Bangsa
* Membangunkan Modal Insan
* Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
* Merapatkan Jurang Pendidikan
* Memartabatkan Profesion Keguruan
* Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

7

Membina Negara Bangsa

Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus
utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia
ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat
pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan
warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal,
patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara
Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,
meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan ntergrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti
kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan
budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
(rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi
sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah
kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang
mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih
serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru
terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf
sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah
membangun system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya
melalui:

Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan
belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga
buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran
akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi
kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin.
Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan
mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas

8

kepadamurid daripada pelbagaikaum untuk bergaul dan
berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang
berbagai- bagai bangsa dan latar belakang
* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari
pelbagai aliran
* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu
* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang
telah beroperasi dengan jayanya iaitu :* Kompleks Sekolah
Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
* Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
* Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
* Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
* Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010

Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima
tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan
memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan
2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan
Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya;
seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu
padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran
maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan
Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan
usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan
Menjulang Martabat Negara.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti
sistempendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama
yang perlu diberitumpuan oleh semua pihak ialah pertama,
memperkasakan SekolahKebangsaan; agar ia menjadi pilihan
rakyat. Kedua, membangunkan system pendidikan yang bertaraf
dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing
dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,merapatkan
jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar
dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang
kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion
keguruan.

9

Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu
sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita
akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi
sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia
ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan
masyarakat Bangsa Malaysia.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah
menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum,
ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun
2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum
dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas
pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada
semua peringkat pendidikan.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk
telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam
kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada
perpaduan rakyatnya.Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar,
boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar
tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing
sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah
faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor
yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan
dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti
kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang
berlainan.

Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi
perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu
digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang
berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai
di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah.
Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat
sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada
di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian,
tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan.
Menyedari hakikat ini, langkah- langkah yang berkesan perlu
diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa
yang sama untuk memperkasakan sekolah.Strategi Pelaksanaan
Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh
dijalankan di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum
dan seterusnya memperkasakan sekolah.

10


Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara
ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara
di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan
warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-
prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang
lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.Nyanyian Lagu
Negaraku dan lagu Negeri -
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi
sekolah.Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya
apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan
lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat
membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan
raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan
menekankan konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua
Dihormati, Yang MudaDisayangi" dengan penyertaan bersama
ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program
ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada
sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan
menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta
menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara
warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan
masyarakatsetempat melalui program-program ilmiah seperti
ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al
Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan
sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan
masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari
pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan
permainan tertentu.Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) -

Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang
majority pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya
berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari
Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut
diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat
dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah

11

lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum.Jawatankuasa RIMUP
peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai.
Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini
adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan
bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang
kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
persatuan,permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif
dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,
persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan
mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam.
Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti
program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa
dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan
jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi
secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang
ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama
dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan
pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan
bersatu padu.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena
memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa
sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab
Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan
Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar.
Sekolah juga turut melibatkan
penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan
Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,
tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa,
pentomen, kibaran "Jalur Gemilang", hiasan bilik darjah dan
asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,
melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan
program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam
menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga
sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan
bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan
cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar-
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program
lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya,

12

Bandaraya Melaka,Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-
rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara,
Rumah perlindungan kanak-kanak,asrama orang kurang upaya,
sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan
semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan,
gotong royong,persembahan kesenian dan kebudayaan,pertukaran
maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil
Belajarini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada
pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi
dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan
keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah
diwujudkan.Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin
dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau
hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah
dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap
lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan
sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut
pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran
dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan.
Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan
adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman
yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil,
menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan
untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan
pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah
berada dalam keadaan tenteram dan harmoni sesuai sebagai
tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu
pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif
di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku"
dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-
undang, peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di
sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari
tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan
mematuhinya.

Hari Keluarga dan Sukaneka

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik,
kakitangan dan beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai
acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat
menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program
ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan
perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah.


13


Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat
boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid,
marhaban,berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh
pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat
berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi
peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum
harus digalakkan.

Perkhemahan Bina Insan

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru
serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama
diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba,
Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah
seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,
kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana
perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat
menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan
kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia,
nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina

Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur
program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis
makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang
diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang
kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut
dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih
sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum,dalam dunia sekolah
yang kecil.

Sistem Rumah

Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk
dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya
mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan
sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah
dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari
pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan
suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat
kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam
situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang
harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai
sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu.




14

Aktiviti Riadah di luar sekolah

Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam
pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis
Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan
sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar ialah
senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur
Rasul dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar
dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan
lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih
mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama
masyarakat.

Tabung kebajikan

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan
dan juga pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat,
sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG,
Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan
Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan.
Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari
keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah,
peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan
pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan
sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi,
mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan seperti yang
dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Kesimpulan
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan
yang terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah
menampakkan kejayaan.Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat
wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat
payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu
pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk
kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang
dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai
sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai
perpaduan.

Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-
centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama,
budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang
berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian
dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan
ini, Pendidikan adalah merupakan satu
kaedah terpenting.

15

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan
system pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah
memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk
melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri
dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri
serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara,
semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan
negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan
masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan
sokongan dan dorongan kepada usaha- usaha murni dan program-
program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk
dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia
tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju
Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal
mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang,
biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli
dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan
kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan
alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan
terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri
pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum
dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya
memperkasakan sekolah.

You might also like