Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1

BAHAGIAN B : (Soalan Jawapan Pendek)


Jawab SEMUA soalan di dalam kertas jawapan yang disediakan.
40 markah

1. Berikan 4 syarat bagi pihak yang mengikat kontrak jual beli berserta
penjelasannya secara ringkas. (4 markah)

1. Berkelayakan (waras, baligh, berakal & mempu uruskan harta.
2. penjual pembeli individu yang berbeza.
3. Bebas membuat pilihan/tidak dipaksa
4. Boleh melihat.

2. Jelaskan 3 syarat bagi sighah kontrak jual beli. (3 markah)
1. Tidak wujud tempoh pemisah yang lama antara ijab dan qabul
2. Wujud persamaan antara persetujuan pembeli dengan penawaran penjual
3. Tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat.

3. Antara syarat sah barang yang dijual beli mestilah barangan yang bernilai dan
bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai). Terangkan
perkara tersebut. (4 markah).

Mestilah barang yang dibenarkan syarak.
Bukan najis dan haram seperti arak.
Yang mencapai maksud tujuan jual beli iaitu bermanfaat bukan melalaikan
seperti peralatan hiburan.
Tidak memberi dharurat/bahaya kepada pembeli.

4. Berikan definisi khiyar majlis serta dalilnya dari hadis Rasulullah s.a.w. (3
markah)

Khiyar majlis: Hak pilihan yang diberikan syarak kepada pihak yang menjalankan
kontrak jual beli sama ada bersetuju meneruskan atau membatalkan kontrak
tersebut selagi mereka masih di dalam majlis akad/belum berpisah secara fizikal.

Maksud Hadis: Dua orang penjual dan pembeli mempunyai hak khiyar selagi
mereka belum berpisah atau hingga mereka berpisah


2

5. Terangkan perbezaan di antara khiyar syarat dan khiyar aib. (4 markah)

Khiyar Syarat: Khiyar syarat berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua
pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk
membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu.

Khiyar Aib: iaitu hak pembeli membatalkan kontrak jual beli sekiranya
terdapat kecacatan pada barang yang dibeli disebabkan penjual tidak
menjelaskan keadaan barang tersebut atau penjual menipu tentang barang
yang dijual.

6. Bilakah hak khiyar syarat terbatal? (3 markah)

1. Terhad kepada tempoh tertentu
2. Tempoh tidak melebihi 3 hari
3. Tempoh mestilah berurutan/bersambung dengan kontrak

7. Apakah syarat dibenarkan khiyar aib? (3 markah)

1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sedia ada/lama
2. Kecacatan yang boleh jejaskan nilai barangan
3. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud

8. Jelaskan perbezaan di antara jual beli Isyrak dan Muhatatah. (4 markah)

Jual beli Isyrak: Rakan kongsi menjual sebahagian barangan kepada rakan
kongsinya dengan nilai separuh harga/yang seumpama dengannya.

Penjual menjual barangan kepada pembeli pada harga asal berserta
potongan harga pada kadar tertentu/jual di bawah harga kos.

9. Nyatakan syarat-syarat khusus bagi membolehkan tukaran mata wang. (4
markah)

1. Jika sama jenis, wujud persamaan nilai/timbangan bagi dua barangan
tersebut.
2. Penyerahan serta merta
3. Penyerahan dalam majlis akad
4. Kontrak mestilah muktamad/tanpa syarat.




3

10. Bilakah hukum memberi hutang menjadi haram dan wajib? (4 markah)

Haram: Jika pemiutang tahu hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan
yang diharamkan seperti beli arak, judi dll.

Wajib: Jika pemiutang tahu orang yg berhutang amat memerlukannya dan
tidak ada cara lain melainkan dengan berhutang.

11. Berikan 2 syarat hutang berserta penjelasannya. (4 markah)

1. Kadar hutang diketahui ketika hutang dibuat, sama ada dalam bentuk
sukatan, timbangan, bilangan, ukuran, supaya barangan ini boleh
dipulangkan seumpama dengannya.

2. Hutang tersebut mesti sama jenis dan tidak bercampur dengan barangan
jenis lain seperti gandum yang bercampur bali.



TAMAT BAHAGIAN B

You might also like