Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat
ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai
matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di
negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak
kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.

You might also like