Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran
rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya
apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di
Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa
sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab
apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan
mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah
dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu,
setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek
perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik.
Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara
sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin
Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang
lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global.
Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-
pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang
ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak
kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya
memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya
mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti
rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai
adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-
pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun
Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak
ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah
menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita
warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia
telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga
kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh
pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan
Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka
seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang
perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi
ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya
merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada
masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13
Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam
kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat
dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan
golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha
merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk
perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu
menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah
dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus
memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa,
maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu
teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri
penting hidup bersatu-padu.

Sumber : http://retibahasa.blogspot.com/2011/10/kepentingan-perpaduan-kaum_03.html

You might also like