Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PRACTICAL 2: ALOI

Tujuan: Untuk membanding kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.

Bahan-bahan/alat radas: Paku besi, paku keluli, paku nirkarat, larutan jeli, larutan kalium
heksasianoferat(III), air, kertas pasir, tabung uji, rak tabung uji.

Prosedur:

1. Permukaan paku telah digeser dengan kertas pasir.
2. Paku besi diletakkan dalam tabung uji A, paku besi keluli dalam tabung uji B dan paku
besi nirkarat diletakkan dalam tabung uji C.
3. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat(III) telah ditambah kedalam larutan jeli
yang telah disediakan
4. Larutan jeli dituang ke dalam ketiga-tiga tabung A, B dan C sehingga paku-paku itu
terendam sepenuhnya.
5. Tabung uji dibiarkan selama lima hari. Keamatan warna biru telah diperhatikan selepas
lima hari.
6. Pemerhatian direkodkan dalam satu jadual.


Pemerhatian (Jadual):










Rajah 1: Perbandingan antara kadar pengaratan paku besi, paku keluli dan paku nirkarat







Soalan:
1. Jelaskan peranan larutan kalium heksasianoferat(III).

- Fungsi larutan kaliumheksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion
ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini
mengambarkan tahap pengaratan paku besi.

2. Apakah perhubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan?

- Semakin pekat warna biru yang terbentuk semakin tinggi/banyak kadar pengaratan
yang berlaku

3. Jelaskan peranan kegunaan larutan jeli dalam eksperimen ini. .

- Peranan larutan jeli ialah untuk meningkatkan pemerhatian eksperimen
kerana ianya digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru yang
terbentuk dengan lebih jelas. Hal ini kerana penyebaran berlaku paling
perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas.

4. Namakan juzuk yang terkandung dalam keluli dan keluli nirkarat.

- Keluli- 99% ferum, 1% karbon
- Keluli nirkarat- 74% ferum, 18% kromium, 8% nikel

5. Berdasarkan pemerhatian anda, banding dan jelaskan kadar pengaratan antara
ketiga-tiga jenis bahan yang telah digunakan.

- Berdasarkan pemerhatian di atas, pengaratan besi tulen lebih cepat dari keluli
tetapi keluli nirkarat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat
tidak berkarat kerana paku ini adalah aloi daripada ferum, kromium dan nikel.
Paku yang diperbuat dari keluli berkarat dengan perlahan. Kandungan karbon
atom akan menguatkan besi tetapi tidak menghalang pengaratan daripada
berlaku. Pengaratan besi berlaku adalah contoh penghakisan. Apabila
pengaratan berlaku, logam kehilangan elektron untuk membentuk logam besi.










6. Bagaimana susunan atom dalam sesuatu logam mempengaruhi kemuluran dan
ketempaannya?
Mulur bermaksud boleh ditarik menjadi dawai dan tempat bermaksud kebolehan
diketuk kepada bentuk yang berlainan. Logam tulen terdiri daripada lapisan atom
yang disusun dengan seragam, teratur dan padat pada kedudukan yang tetap.
Susunan atom ini menyebabkan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang
tinggi. Daya tarikan yang kuat antara atom memerlukan jumlah haba yang banyak
untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun, logam adalah lembut dan tidak kuat. Jika
daya dikenakan pada logam, lapisan atom akan menggelongsor antara satu sama
lain dan menyebabkan logam mudah ditempa dan mulur.

7. Jelaskan perbezaan antara aloi pengantian (substitution alloy) and aloi antara
ruang (interstitial alloy).

Sekiranya atom dari agen pengaloian menggantikan atom dari logam utama, ianya
ialah aloi gantian. Akan terbentuk sekiranya logam utama dan agen pengaloian
mempunyai saiz atom yang hampir sama. Bagi aloi gantian, unsur pengganti hampir
bersebelahan dalam jadual berkala. Contoh aloi gantian ialah loyang.
Aloi juga boleh terbentuk sekiranya agent pengaloian mempunyai atom yang lebih
kecil daripada logam utama. Sekiranya hal ini berlaku, atom bagi agen pengaloian
akan mengisi celah-celah atom-atom logam utama. Ini dikatakan aloi celahan iaitu
atom zarah yang kecil akan mengisi ruang-ruang diantara atom dalam kekisi bagi
mengelakkan kegelinciran. Aloi ini lebih kuat dari aloi gantian. Contoh: keluli.

You might also like