Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Titik urut refleksologi kaki

Assalamualaikum

Dah lama tak pergi urut tapak kaki. Seronok juga sekali sekala manjakan kaki. Kini ramai tukat urut
perempuan. Cuma perlu hati-hati kena cari yang betul-betul mahir. Pernah sekali salah urat. Masa tu arwah
nenek ada lagi. Arwah tolong betulkan balik. Boleh pula ibu jari kaki tu tiba-tiba bergerak sendiri.
Bercerita tentang urut, saya pernah mengikuti kursus urutan tajaan MARA di Butik yang terletak di Bangi dan
juga urutan Aromaterapi di UTM, Jalan Semarak. Memang seronok masa belajar. Bila dah buat betul-betul,
penat dan sakit-sakit badan juga dibuatnya.



Ada juga yang saya tak faham. Jadi saya tulis di sini sebagai rujukan.

3 : Trakea (saluran pernafasan)
10 : Diafragma (otot utama yang digunakan untuk pernafasan, yang terletak bawah paru-paru)
12 : Limpa
18 : Usus kecil
20 : Saraf sciatic adalah saraf yang terbesar dan paling lama dalam badan dan sciatica (sakit sepanjang saraf
sciatic) boleh menyebabkan kelemahan, kebas, kesemutan dan kesakitan.

Kalau rajin boleh urut sendiri ;)

MASYARAKAT di negara ini masih ramai yang menganggap amalan membasuh tangan itu
tidak penting dalam kehidupan seharian mereka.
Ia terbukti daripada kajian baru-baru ini yang menunjukkan kebanyakan daripada kita
membasuh tangan dengan cepat iaitu sekitar lima saat saja berbanding 20 saat masa yang
sebaiknya.
Amalan itu perlu segera diubah memandangkan gejala virus pandemik, HINI kini kian
meningkat dan semua pihak perlu sentiasa berwaspada mengenai tahap kebersihan mereka,
kata Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr
Christopher KC Lee.
Menurut Dr Christopher, penularan wabak selesema berkenaan menyedarkan masyarakat
global mengenai aspek kebersihan yang selama ini dipinggirkan.
Katanya, negara luar seperti Hong Kong sudah pun menjalankan kempen basuh tangan selama
20 saat dan masyarakat di negara ini perlu mengikut amalan berkenaan.
Kajian Kebersihan Global Dettol 2009 yang dilakukan Majlis Kebersihan Global (GHC)
terhadap responden dari 10 negara termasuk Malaysia baru-baru ini, mendapati bahawa hanya
21 peratus daripada 1,626 rakyat negara ini menyedari kepentingan amalan membasuh tangan
mampu menjauhi seseorang daripada jangkitan penyakit seperti selesema.
Daripada kajian itu juga, kami mendapati hanya 15 peratus daripada responden yang dikaji
melakukan amalan membasuh tangan selama 20 saat selepas menggunakan tandas.
Selain itu, masih ramai antara kita yang tidak membasuh tangan dengan betul iaitu hanya
menggunakan air. Seeloknya, tangan hendaklah dibasuh bersama sabun antibakteria atau
sanitizer yang mampu menghalang penyebaran bakteria.
Perlu diakui masih ramai yang mengambil mudah aspek kebersihan tangan sedangkan
realitinya, ia adalah antara cara mudah dan terbaik untuk melindungi diri sendiri serta
keluarga, katanya.
Pada masa sama, Dr Christopher turut mengingatkan masyarakat terutama ibu bapa supaya
sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah bagi menjamin kesejahteraan keluarga mereka.
Kawasan yang perlu diberi keutamaan adalah dapur kerana ia tempat di mana keluarga
menikmati makanan setiap hari.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa GHC berkata, selain dapur, peralatan dan barangan rumah
seperti pili paip, pemegang mangkuk tandas, alat kawalan jauh (televisyen), ganggang telefon
serta kain pengelap juga perlu sentiasa dibersihkan bagi mengelak bakteria merebak.
Kain pengelap di dapur tidak seharusnya digunakan di kawasan lain di dalam rumah. Ia perlu
dibersihkan sekerap mungkin kerana permukaan kawasan dapur biasanya mempunyai sejenis
bakteria merbahaya, E Coli.
Selain itu, peralatan rumah seperti alat kawalan jauh untuk televisyen dan pili dapur juga perlu
sentiasa dibersihkan kerana ia mengandungi bakteria berbahaya Staphylococcus aureus.
Justeru, masyarakat perlu lebih peka mengenai aspek kebersihan keluarga mereka kerana ia
boleh mengurangkan kadar risiko pelbagai penyakit terutama selesema berkenaan, katanya.
Keperluan membasuh tangan:
# Sebelum makan atau menyentuh makanan, contohnya ketika membantu memasak atau
menyediakan makanan.
# Selepas menggunakan bilik air atau tandas.
# Selepas menggunakan tisu untuk mengelap hidung.
# Selepas menyentuh haiwan.
# Selepas bermain di kawasan luar rumah.
# Selepas melawat orang sakit.
# Selepas balik dari sekolah. Jangan terus menyentuh ahli keluarga atau makanan tanpa
membasuh tangan.

Info amalan membasuh tangan:
# Untuk mengetahui selama mana basuhan tangan itu berkesan, nyanyikan lagu selamat hari
jadi untuk diri sendiri (selama 20 saat secara perlahan-lahan) ketika membasuh tangan, ia
mencukupi untuk memastikan tangan bersih sepenuhnya.
# Basuh kedua-dua tangan, pergelangan tangan dan celah antara jari, sebaik-baiknya
menggunakan air suam.
# Jangan lupa membasuh dengan membersihkan kuku kerana ia lokasi kuman bersembunyi.
# Saintis menganggarkan 80 peratus jangkitan penyakit merebak melalui tangan. Justeru,
untuk mengurangkan risiko jangkitan, amalkan tabiat membasuh tangan sebaiknya.
# Membasuh tangan mengurangkan risiko jangkitan pernafasan sebanyak 16 peratus di negara
membangun.
# Berdasarkan kajian, membasuh tangan dengan betul boleh mengurangkan risiko mendapat
cirit-birit akibat serangan virus pada usus (stomach bug) sebanyak 47 peratus.
# Membasuh tangan juga mengurangkan risiko penyakit ciri-birit sebanyak 43 peratus.

You might also like