Topik 7 - Persekitaran BLK DJH

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PEMBINAAN PERSEKITARAN

BILIK DARJAH YANG MESRA


BUDAYA
Pengurusan Bilik Darjah
Mesra Budaya
Persekitaran Fizikal
Persekitaran
Sosio-emosi
Pengurusan P&P
Pedagogi Kelas
Bercantum
Sosiolinguistik
Penilaian Berasaskan
Budaya
Pedagogi Relevan Budaya
Dan Kepelbagaian Kelompok
Perhubungan Kelompok
Etnik
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengenalan:
Bagaimana mengaplikasikan kelas yang mesra budaya
supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif utk
murid dari latar belakang bangsa dan budaya yang
berbeza?
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengurusan Persekitaran Fizikal:

Pengurusan Fizikal bilik darjah bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur
tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan dalam sesuatu gerakerja.
Ini termasuk proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah, mengawal.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengurusan Bilik Darjah Yang Dinamik:
Dpt mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan
yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi,
rohani, dan intelek.
Penyusunan Bilik Darjah:
Bilik darjah perlu mempunyai peralatan asas-papan
putih, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja kerusi
dll.
Papan kenyataan perlu ada jadual waktu, jadual
bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut
mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi dll.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Persediaan untuk menghasilkan p&p yang berkesan.
Persediaan dari segi keselamatan: sediakan peraturan
Berpandukan pekeliling.
Penyediaan ruang yang selesa
Kebersihan dan keindahan bilik darjah
Pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi
Jadi perangsang membangkit dan mengekalkan minat
murid terhadap p&p.
Woolfolk (1990) = motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkit, mengarah dan mengawal minat dan
tingkahlaku murid.
Langkah yang perlu dilakukan:
i. beri pujian dan galakan
ii. Guru perlu mengurus emosi murid dengan
berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat
terhadap kekuatan dan kelemahan diri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
iii. Emosi murid perlu diurus dengan penuh
kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam
kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan
berhadapan dengan guru dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran.
iv. Hubungan yang positif antara guru dan murid
harus dibina terlebih dahulu. Guru perlu mengamalkan
kepemimpinan demokrasi dan tidak terlalu mengongkong.
v. Hubungan positif dengan rakan sekelas juga perlu
dibina.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Perhubungan Antara Kelompok Etnik
Gol. muda perlu membaca dan memahami serta
menghayati perlembagaan negara.
Gol. muda disaran memahami Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
6 perkara menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan
Malaysia:
i. Perkara 8 : persamaan dan hak sama rata dan pengecualian
peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang
Melayu dan seumpamanya
ii. Perkara 10 (4): batasan hak kebebasan bersuara daripada
menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang Melayu,
kewarganegaraan dan seumpamanya
iii. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-Raja Melayu menghalang
Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan
Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam
iv. Perkara 150 (6a): kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meski pun
dalam keadaan darurat
v. Perkara 152 : Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa
mereka
vi. Perkara 153 : kedudukan istimewa orang Melayu tanpa
menafikan kedudukan yang sah etnik lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Murid digalakkan utk berfikir mengenai hubungan etnik
di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi
dan politik serta aspek penting lain.
Kesedaran murid untuk mengenal pasti bahawa wujud
kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya
dalam kelompok etnik atau dlm bentuk lain spt agama,
budaya, kedudukan ekonomi politik dan sosial.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Guru harus memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan
dengan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
Setiap etnik perlu diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran
Setiap aktiviti dan program yang dirancang haruslah
tidak menyentuh isu-isu sensitif serta yang mampu
mengguris perasaan mana-mana pihak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like