Praktikal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1

PENGENALAN
Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila
menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang
munasabah, beberapa bacaan akan diambil. Beberapa bacaan akan diambil untuk
mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan
ketidaksempurnaan bendayang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter
sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam
mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan
iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat
memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu
ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri
nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya
mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur
adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Antara
alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah pembaris meter,
angkup vernier, tolok skru mikrometer.






Pembaris Meter Angkup Vernier Tolok Skru Mikrometer




2



Jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Antara alat-
alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tiga palang / alur,
neraca tuas dan neraca elektronik.





Neraca Tiga Palang / Alur Neraca Tuas







Neraca Elektronik






3

PRAKTIKAL 1 : UKURAN DALAM KEHIDUPAN
Tujuan : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran dengan
menggunakan pelbagai jenis alat pengukur.
Bahan / Peralatan :
Pembaris Meter
Angkup Vernier
Tolok Skru Mikrometer
Neraca Tiga Palang / Alur
Neraca Elektronik
Wayar Kuprum
Sebatang Pensel
Sehelai Rambut
















4









Langkah-langkah :
Aktiviti 1 : Mengukur Panjang
1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan
menggunakan pembaris panjang, angkup vernier dan tolok skru micrometer.
2. Ukuran yang telah dibuat diulang.
3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.







5

Keputusan :
Aktiviti 1 : Mengukur Panjang
i. Pembaris Meter
Objek
Diameter / cm
Purata / cm
1 2 3
Pembaris Meter
0.6

0.6 0.6 0.6
Wayar Kuprum
0.0 0.0 0.0 0.0
Rambut
0.0

0.0 0.0 0.0

ii. Angkup Vernier
Objek
Diameter / cm
Purata / cm
1 2 3
Pembaris Meter
0.61

0.65 0.67 0.64
Wayar Kuprum
0.00

0.00 0.00 0.00
Rambut
0.00

0.00 0.00 0.00





6

iii. Tolok Skru Mikrometer

Objek
Diameter / cm
Purata / cm
1 2 3
Pembaris Meter
0.66

0.65 0.66 0.67
Wayar Kuprum
0.74

0.72 0.73 0.73
Rambut
7.22

7.23 7.22 7.22


Perbincangan :

1. Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ,yang
manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ?

Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu
ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan
yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka,
tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis.

Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan
nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai
ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru
mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu.


7

2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk
mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk
mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa?

Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm
kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Dengan itu, ukuran
tersebut tidak jitu.

3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas.
Terangkan.
Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas
ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer
ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh
ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama
terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan
10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.
4. Diantara dua alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim, yang
manakah paling persis? Yang manakah paling tepat? Terangkan.
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu
ukuran. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan
yang lebih rapat berbanding neraca tiga palang / alur. Maka, neraca
elektronik merupakan alat menyukat jisim yang paling persis. Satu
ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai
sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang
paling jitu berbanding neraca tiga palang / alur.

5. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian?
Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah
neraca tuas , neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

8


6. Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan?

Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan
diambil untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan
perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa
membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan
benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang
pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama.

Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri
yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan alat
pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang
konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula
bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau
menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat
pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam
kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai
bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.
Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat paralaks harus
dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat sifar bagi alat
pengukur tersebut.

Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik
dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik
mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek.





9

Kesimpulan :
Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik
dalammengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik
mempunyaikejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.

Langkah berjaga-jaga :
1. Mengelakkan ralat paralaks.
2. Mengelakkan ralat sifar.
3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik.
4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

You might also like