Tabika Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan merupakan antara satu program yang diperkenalkan oleh


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1976. Sasarannya
adalah kanak-kanak berbilang kaum yang berumur antara 5-6 tahun. Ia dapat
membolehkan kanak-kanak berbilang kaum memahami adat dan budaya kaum lain
serta menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat.
Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa program Tabika Perpaduan ini dapat
membantu dalam mengukuhkan hubungan etnik di negeri Pulau Pinang. Ini adalah
kerana negeri Pulau Pinang juga mempunyai Tabika Perpaduan yang dibuka di taman-
taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang
mempunyai Skim Rukun Tetangga.
Selain itu, Tabika Perpaduan juga dapat membantu menyemai semangat
perpaduan dalam sanubari kanak-kanak berbilang kaum sejak kecil lagi. Ini dapat
meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan perpaduan di dalam masyarakat
seperti Pulau Pinang yang berbilang kaum.
Sejajar itu, ibu bapa kanak-kanak dapat juga berinteraksi dan bergaul antara satu
sama lain. Ini dapat meningkatkan persefahaman antara mereka. Aktiviti kokurikulum
yang di luar kelas juga memerlukan persetujuan ibu bapa. Melalui aktiviti seperti ini, ia
bukan sahaja dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak
tetapi juga dalam kalangan ibu bapa.

You might also like